"Aku bukan tak nak masuk. Kau pun tengoklah dress up aku pun cincai-cincai je. Lagi pun, aku memang tak nak masuk uji bakat tu." Seboleh-boleh Fiyaa memujuk Shah. "Alaa tu semua hal kecik je Fiyaa. Nanti aku hantarlah kau dekat kedai saloon mana-mana. Nanti pandailah dia ubahkan penampilan kau. Lagi pun dress up kau tak ada lah cincai sangat"
"Itu kata kau. Kalau tiba-tiba aku dah make up semua tu nanti. Juri-juri tu semua gelakkan aku. Eii tak nak!!" Fiyaa terus duduk dikatil sambil menggeleng-geleng kepala. "Apa kau merepek? Motif kenapa dia nak gelakkan kau. Alaa jom Fiyaa. Cubalah." "Sorrylah Shah, aku betul-betul tak nak" Fiyaa terus baring menutup muka.
Suasana malam dihalaman rumah menjadi sunyi. Safyy duduk dihalaman rumah bersama komputer riba dimeja kecil. Safyy mahu berbaik dengan Fiyaa. Sejak Fiyaa tinggal bersama Kak Ros, rumah ini semakin sunyi. Mama pula semakin muram. Mama tiada kawan untuk berbual. Safyy dulunya suka melepak dengan kawan-kawan hingga lewat malam dan adik bongsunya Danish yang selalu menemani mama dan selalu memujuk mamanya jika Safyy tidak pulang ke rumah. Hari ini, Safyy sudah berjanji. Dia mahu berubah. Dia mahu mengutamakan keluarga dari benda lain. Pernah juga Danish menegur Safyy. Tapi, apakan daya. Safyy terlampau keras kepala."Aku kena berubah. Aku nak buktikan dekat mama yang aku tak main-main. Aku betul-betul nak berubah. aku mahu bertaubat Ya Allah, tolong aku..." Air mata menitis laju dipipi.
Puan Hasnilam dengar apa yang Safyy janjikan sebentar tadi. Dia harap agar tuhan memberi petunjuk kepada anaknya. Puan Hasnilam mendekati anak daranya. "Safyy buat apa duduk diluar ni sayang?" Safyy tidak pula terkejut. Malah dia rasa selesa kerana mamanya ada disebelahnya. "Safyy nak amik angin sikit" Puan Hasnilam menggerutkan dahi. "Dekat dalam rumah ni dah panas sangat ke Safyy?" Sambil-sambil itu Puan Hasnilam membetulkan selendang yang dipakai anaknya. Safyy yang dulu sudah lama pergi. Kini hanya Safyy yang baru. Yang tidak mudah mahu menunjukkan auratnya pada yang bukan halal untuknya. "Bukan macam tu maa. Angin luar ni. Sedikit sebanyak dapat menggurangkan masalah yang Safyy hadapi sekarang ni"
Puan Hasnilam memeluk erat anaknya. Dia faham dengan masalah yang dihadapi oleh Safyy. "Yela nak, mama naik atas dulu ye. Mama nak masuk tidur" "Okayy ma, nite" Safyy terus mencium mamanya dengan penuh kasih. Kini misinya mahu berbaik dengan semua orang. Mahu tebus kesalahan yang dia pernah lakukan sebelum ini. Terutamanya Fiyaa. Dia berdosa dengan Fiyaa. Kembarnya sendiri. Rasa malu tak terhingga.
Meriah sungguh suasana di Dewan MayangSari di kolej Fiyaa. Harini sudah masuk hari kedua ujibakat mencari model. "Faris, tolong ambilkan fail tu" Seorang pemuda menyuruh pembantunya ambilkan fail yang ditunjuknya di tepi meja. "Ni bos" "Okay thankyou" "Em bos, dekat luar tu ada lebih kurang 50orang lagi yang tengah tunggu giliran" "Yes I know. and whats the problem Ris?" Faris hanya terdiam. Bosnya memang tegas orangnya. Tapi kalau luar waktu kerja. Bosnya lah yang paling sporting.
"Fiyaa jom tengok budak-budak ni uji bakat nak? Lagi pun, kan kita tak ada kelas petang ni." Shah mengharap sangat yang Fiyaa akan bersetuju dengan permintaan Shah. Fiyaa menggeluh. "Kau ni Shah, dari semalam lah." "Kau tak nak ea? Em takpe aku tak paksa. Jom lah balik." "Elehh merajuk lah tu? Yela jom. Aku pun nak tengok jugak sebenarnya. Hehee" Terlopong Shah. "Hahahaha sabar jela dengan kau ni. Dah lah jom"
Shah dan Fiyaa duduk di kerusi yang disediakan. tidak lah terlalu jauh dari pentas dan juri."Em Shah. Aku nak pergi toilet kejap. Kau nak ikut?" "Eh tak apa lah. nanti tempat kita ada orang kebas" Fiyaa mengangguk. Dia terus pergi ke tandas yang berdekatan.
"Bos! Bos, ni Leiya call banyak kali. Saya cari bos dari tadi tak jumpa." "Its okay Faris. You tolong take over kejap ye." Faris hanya mengangguk. Setelah pemuda itu mengangkat talian dari seorang wanita yang tidak pernah dicintainya "Sayang, macam mana dengan event you harini?" "Apa ni Leiya. I dengan you tak pernah bercinta. So tak perlulah nak panggil sayang" Leiya ketawa. "I peduli apa. Okay sayang, nanti I call you later. bye. Muahh" Sempat lagi Leiya memberi ciuman yang mengelikan.
Fiyaa sudah selesai ke tandas. Dia perlu balik ke Dewan semula. Kesian Shah, mesti sudah lama dia tunggu. Dalam perjalanan Fiyaa ke dewan. Fiyaa terlanggar dengan sorang pemuda berbaju merah. Fiyaa hampir terjatuh. Tapi pantas pemuda itu memaut pinggang Fiyaa. Fiyaa tidak boleh nampak dengan jelas. Siapa pemudah didepan matanya sekarang ini. Pemuda berbaju merah itu pula sudah menyelak rambut Fiyaa yang menutupi muka didepan. Jantung Fiyaa bagaikan mahu meletup. Ini kan Afiq. Ya Allah, macam mana dia boleh ada dekat sini.
"Em Im sorry. Saya tak sengaja." Seboleh-boleh lelaki itu meminta maaf. "Yup, saya pun. Saya pergi dulu. Saya ada kelas" Bohong Fiyaa. "Excuse me, may I know you? Em I mean your name? Sebab saya rasa macam pernah nampak awak. Rasanya lah" Fiyaa seperti tidak percaya. Afiq tidak menggenalinya? "Sayang!!" Suara seorang wanita memanggil Afiq. Mahu saja Fiyaa menangis didepan Afiq sekarang ini. Kejam sungguh Afiq.