Monday, 6 April 2015

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB12


                 Orang-orang yang terlibat dengan mesyuarat itu sudah rasa kebosanan apabila mesyuarat yang sepatutnya dilaksana dari tadi, ditangguhkan selama 10minit. Waktu itu, Syukri baru masuk ke dalam bilik mesyuarat. Di ikuti dengan Rania. Syukri sudah mengerut dahi.
  "Sayang pergi masuk bilik Abang dulu. Lepas tu terus makan." Syukri berbisik pada Rania. Rania menggangguk perlahan. Rania terus keluar dari bilik mesyuarat itu.
  "Ehem! Budak sekolah mana pula yang sesat dekat sini ni. Security!! Security!?" jerit Zyla dengan memegang lengan Rania. Rania terus menolak tangan Zyla.
  "Cakap baik sikit. Kau tak tahu aku siapa. Jaga mulut kau!" balas Rania. Geram pula dia. Dah lah perut tengah lapar.
  "Kau biadap sangat kenapa? Mana bapak kau? Biar aku jumpa dia. Anak kurang ajar macam ni memang kena diajar." Zyla balas dengan bertubi-tubi ayat pedas.
  "Aku datang sini bukan dengan  Bapak aku. Aku rasa lebih baik kau sambung kerja sekang. Daripada kau putih mata sebab kena pecat dengan..." waktu itu Rania terfikir. 'Tak mungkin aku cakap Syukri tu Suami aku. Emmm' Rania berdialog dalam hati.
  "Kau siapa nak pecat-pecat orang dekat sini? Hebat sangat ke kau? Kau ada share apa-apa dekat sini? Eh tolong lah tak payah buat drama dekat sini. Dah sekarang kau berambus dari sini. Dengan pakai baju sekolah sibuk nak menyemak dekat sini." Zyla tidak henti-henti mahu keluarkan Rania dari tempat kerjanya.
  "Tak, yang kau nak sibuk hal aku kenapa? Aku tak kenal kau, dan kau tak kenal aku. Baik kau buat kerja kau. Sebelum aku.." Belum sempat Rania abiskan ayatnya. Zyla dulu yang menjawab.
  "Pecat aku? Eh apa masalah kau ni budak sekolah?" Zyla menolak-nolak bahu Rania. Hinggakan Rania hampir terjatuh. Rania terus menampar Zyla. Tapi tangannya terhenti apabila Zyla memegang tangannya.
  "Berani kau nak tampar aku? Sekali kau sentuh aku. Kau dah mengundang masalah dengan aku!" Zyla terus menampar Rania dengan kuat sekali. Staff-staff yang lain semua terkejut apabila Zyla menampar Rania hingga berdarah di tepi bibir.
  "Kau dengar sini perempuan! Aku takkan lupa kau. Sebab kau berani buat masalah dengan aku!" Zyla terus mencampakkan fail yang dipegangnya dari tadi. Waktu itu Rania dapat rasa ada seseorang yang menolongnya bangkit balik dari jatuhnya.
  "Eh kau dah gila ke? Suka buat kecoh dekat office orang? Kau tak kenal budak ni siapa tu diam jela. Lagi nak tunjuk bagus maki hamun orang!" marah Wana yang sudah merah padam wajahnya.
  "Kau pun nak kena juga macam budak sekolah ni? Aku tak kesah lah dia siapa. Tak penting bagi aku!" Zyla siap menonjol kepala Rania. Rania apa lagi. Terus menarik rambut Zyla yang diikat satu.
  "Eh kau ingat kau je boleh buat suka aku? Nak tampar aku, tonjol kepala aku? Kau dengar sini! Walaupun aku budak sekolah. Tapi aku matang dan tak macam kau!"lepas itu Rania terus menolak Zyla. Terus terlentang dia di lantai. Waktu itu Syukri keluar dari bilik mesyuarat. Wajah yang ketat itu, langsung tidak dihiraukan Rania. Syukri terus menarik Rania dan masuk ke biliknya.
  "Sakit lah!" marah Rania.
  "Apa Sayang buat ni? Tolong lah Abang ada meeting ni. Kan Abang dah pesan. Duduk dekat dalam bilik Abang." mata Rania dan Syukri bertentangan. Tajam Rania melihatnya.
  "Awak memang tak tahu apa-apa kan? Awak tak nampak perempuan tu tampar saya! Sampai lebam tepi bibir saya ni. Awak busy kan? Busy dengan meeting tu? Saya nak balik!" Rania terus mengambil begnya. Syukri terus memegang tangannya.
  "Sayang. Sayang.. Abang minta maaf." perlahan Syukri mengelap darah di tepi bibirnya. Waktu itu Rania mula menangis. Ingin saja Syukri memeluknya. Tetapi, apabila memikirkan Rania masih belum boleh terimanya dengan sepenuhnya. Dia menahan saja.
  "Awak, saya sedar saya dah buat silap. Saya buat kecoh dekat sini. Tapi saya tak ada niat pun. Perempuan tu yang mula dulu. Dia hina saya. Dia maki saya. Saya nak balik!" Rania terus menolak badan Syukri.
  "Ya okay. Kita balik. Tapi please, bukan sekarang. Tunggu Abang abiskan meeting ni okay? Lepas tu Abang janji kita terus balik. Pasal perempuan tu, tahu lah apa Abang nak buat." Syukri mengusap lembut pipi Rania. Rania tunduk dengan air mata yang mengalir tanpa henti dari tadi.

             
                   Semua staff-staff di situ rasa tidak selesa bila Zyla masih lagi dengan kepala anginnya. Wana sudah berkali-kali menyuruhnya pergi dari situ.
  "Zyla tolonglah pergi. Kau tengok semua orang nak buat kerja pun tak senang." sambil Wana menunjuk staff-staff di office itu.
  "Aku tak kan keluar selagi budak sekolah tu minta maaf dekat aku! Tak ada siapa tau yang berani malukan aku!" Wana cuba menahan Zyla dari memasuk bilik Syukri.
  "Kau boleh pula malukan budak tu? Siapa suruh bergalak sangat!" Zyla tidak pula cakap apa-apa. Dia terus menuju ke bilik Syukri. Waktu itu pintu bilik itu dibuka dari dalam. Makin laju langkah Zyla.
  "Eh perempuan!" silap Zyla. Malangnya bukan Rania yang keluar. Tapi Syukri.
  "Kau nak apa? Nak tunjuk bagus lagi?" masa tu, Rania pula yang keluar dari bilik tu. Syukri memeluknya. Besar mata Zyla melihatnya.
  "En.. Encik Syukri.. Sa.. Saya.." tergagap-gagap Zyla mahu berbicara.
  "Aku nak kau bawak keluar semua barang-barang kau! Mulai harini, aku pecat kau. Ni notis berhenti kerja dengan gaji kau untuk bulan ni." sambil Syukri memeberi surat berhenti kerja dan gaji. Mahu menanggis Zyla rasa.
  "Zyla.. Aku nak minta maaf pasal tadi. Tadi aku tak dapat control perasaan aku. Orang tengah geramkan." Rania memberanikan diri untuk memulakan bicaranya.
  "Tak apa lah. Tak payah nak buat baik sangat. By the way, Thankyou Encik Syukri." Zyla terus pergi dan kemas barang-barangnya.

                Satu demi satu barang-barangnya di letakkan ke dalam kotak. Perasaan tidak puas hati masih membara di dalam hati.
  "Kau ingat aku nak biarkan aje? Kau tunggu budak. Hidup kau takkan aman!" geram Zyla.
  "Itu lah. Kalau dah busuk hati. Tuhan bayar cash je. Kau tu lain kali jangan sombong. Jangan berlagak. Aku cuma nak nasihat aje. Tapi kalau kau tak nak terima. Terpulanglah." Wana yang berdiri di belakang Zyla mencebikkan bibir apabila Zyla tidak memberikan respon.
  Dalam masa yang sama, Syukri dan Rania sedang berjalan ke arah lif. Tajam Zyla melihatnya. Benar-benar geram dia dibuatnya.
  "Kau tak payah lah nak tengok diaorang macam tu." tegur Wana perlahan. Zyla terus berpaling kearah Wana.
  "Kau diam boleh tak? Tak payah sibuk hal aku. Kau pun sama je kan. Seronok lah kau bila aku dah kena berhenti kerja?" bentak Zyla.
  "Tu lah kau. Aku cakap sikit kau dah melenting. Sekarang ni lantak kau lah. Malas aku layan kau." lalu Wana terus meninggalkan Zyla yang sibuk menyumbat-nyumbat barang didalam kotak yang hampir penuh.

                  Dari tadi Syukri asyik ulang alik jalannya. Rania merayu mahu balik sekarang. Tapi Syukri masih lagi risau dengan keadaan Rania. Risau meninggalkan Rania sendirian di rumah. Mama dan Papa pula keluar. Khairi pula sudah mula kerja di Terengganu. Jadi hanya Rania seorang diraumah nanti.
  "Awak tolonglah. Saya nak balik. Saya duduk sini pun bukan ada apa. At least dekat rumah saya boleh rest." berulang-ulang kali Rania berkata begitu. Tapi Syukri tetap dengan berdegil.
 "Abang tahu. Tapi Abang ada meeting ni sayang. Meeting ni pun Abang terpaksa tunda setengahjam. Dekat rumah tu tak ada siapa. Sayang rehat jela dekat sini. kan lagi selamat." balas Syukri lagi dengan nada suara yang masih lagi tenang.
  "Tak apa lah. Kalau macam tu biar saya naik teksi aje. Call kan teksi, biar saya balik sendiri. Awak busy aje kan memanjang." Rania terus bangun dan mencapai beg sekolahnya. Sempat lagi dia menolak bahu Syukri. Syukri meraup wajahnya berkali-kali sebelum berjumpa dengan P.A nya, Wana. Selesai berjumpa Wana. syukri terus berlari menggejar Rania yang baru saje mahu membuka pintu teksi. Tangan Rania ditarik perlahan. Rania menoleh perlahan. Dia sudah agak. Pasti lelaki ini yang menarik tangannya.
  "Dah kenapa awak ni? Kenapa dekat sini pula? Bukan awak busy sangat dengan kerja awak tu? Saya dah cakap, yang saya boleh naik teksi." marah Rania. Lengannya di tarik sekuat hati dari peganggan Syukri.
  "Tak payah lah naik teksi. Abang boleh hantar."perlahan Syukri memujuk Rania. Walaupun dia tahu Rania masih dingin dengannya.
  "Apa awak cakap? Nak hantar saya? Saya tak nak susahkan orang. Awak ada meeting kan? Pergi lah dengan meeting awak tu. Saya bukan jenis yang kuat merajuk. Tapi awak fikirlah. Saya baru lepas kena tampar dengan staff awak. Mana boleh saya nak duduk situ. Sakit hati saya, awak tahu tak?!" Rania terus masuk ke dalam perut teksi. Tapi Syukri menarik tangannya. Langkah Rania terhenti. Dia keluar semula dari dalam teksi. Syukri terus memasukan sedikit kepalanya.
  "Bang, maaf ya. Dia tak jadi naik teksi. Saya hantar dia."
  "Lain kali cakaplah awal-awal. Rugilah saya. Dekat luar sana rramai lagi yang nak naik teksi saya tau. Awak berdua ni kan, buang masa saya aje. teksi itu terus pergi dengan selaju-lajunya. Rania sudah mula angin satu badan. Mana tidaknya, Syukri menyuruh teksi tu pergi aje. Rania terus menepuk tangan Syukri.
  "Awak kenapa hah suka cari pasal dengan saya? Awak faham tak saya nak balik??" mahu saya airmata ini keluar. Tapi Rania tidak akan keluarkan airmatanya hanya lelaki yang tidak dicintainya ini. Baginyabuang masa saje.
  "Ya abang faham. Abang nak hantar Sayanglah. Sebab tu Abnag suruh driver teksi tadi pergi aje." Syukri terus menarik tangan Rania hingga ke depan kereta milik Syukri. Rania masih lagi pelik. 
  "Bukan awak kata meeting tu tunda setengahjam ke? Ni kan dah lebih. Awak sepatutnya dekat dalam bilik meeting tu sekarang kan?" soal Rania.
  "Dah lah. Just go in." suruh Syukri perlahan. Rania terus masuk ke dalam kereta.
  'amboi mamat ni. Tadi cakap ada meeting lah apa lah. Sampai nak hantar aku tadi pun bukan main lembab lagi.' bebel Rania dalam hati. Dalam masa yang sama. Rania masih lagi tidak lepas pandang ke arah Syukri.
  'Nak kata mamat ni happy? macam tak. Nak kata mamat ni terpaksa hantar aku? Macam tak juga. Kenapa dia ni eh?' Rania berteka teki dalam hati.
   "Awak kenapa eh? Saya rasa awak lain sangat. Awak terpaksa ke hantar saya?" Rania masih tidak puas hati.
  "Abang nampak macam orang lain ke? Sampai nak cakap Abang lain?" Syukri memulakan perjalanannya.
  "Bukan macam tu. Tapi Awak lain. Muksud saya, awak lain dari sebelum ni." balas Rania.
  "Iya ke lain? Abang rasa sama je. Mungkin Rania je kot yang rasa macam tulepas kena tampar tadi." Amekkow setepek kena bahan dengan Syukri. Merah padam muka Rania.
  "Awak ni kan. Be serious boleh tak?" Rania sudah menghalakan kepalanya ke tingkap. Sakit hatinya apabila dia tengah serius, Syukri memain-mainkan dia.
  "Okay-okay, maaf Sayang.... Actually, Abang dah cancel meeting tu." terlopong mulut Rania.
  "Dah kenapa buat macam tu?" tanya Rania
  "Dah lah. Malas nak cerita pasal ni. Sayang dari tadi tak makan lagi kan? Kita pergi makan dulu nak." pelawa Syukri.
  "Awak pandai masak kan?" Syukri tersedak
  "Kenapa tanya?"
  "Awak masakkan lah untuk saya. Kata Mak Mertua saya. Suami saya ni pandai masak. Saya nak juga rasa awak masak." puji Rania dengan senyuman mula mekar dibibir.
Sebelum Syukri menjawab. Dia ketawa sedikit.
  "Patutnya Abang yang rasa masakan Sayang. Ni terbalik pula?" perli Syukri. Pedas betul.
  "Awak ni kan. Saya sedar saya tak tahu masak. Tapi saya dalam proses nak belajar. Lagi pun saya kan sakit ni. So awak lah masak untuk saya." spontan Rania memeluk lengan Syukri. Eh berpeluk pula.
Syukri hanya beriak biasa saje. Bukan dosa pun. Dah halal.
  "Okay Abang masak. Nasiblah Sayang ni dapat Abang tau. Ada juga yang tolong masak. Sayang nak makan apa?" tanya Syukri.
  "Iya ke? Belum tentu sedap. Tekak saya nak makan Ayam masak merah lah." jawab Rania manja.
  "Ohh menggidam ke? Hahahaha" Rania terus melepaskan pelukannya. Sempat lagi dia menepuk lengan Syukri.
  "Banyaklah! Ni nak terus pergi pasar ke?" Rania menukar topik
  "Eh Sayang tahu pasal Pasar? Ingat tak tahu." Lagi sekali Syukri mengenakan Rania.
  "Tahu lah. Ingat saya duduk rumah aje ke? Saya pun pernah pergi Pasar lah." balas Rania.
  "Eh Sayang pernah pergi Pasar juga? Ingat Abang je yang pernah pergi." kali ketiga Syukri mengenakan Rania. Sakitnya hati.
  "Suka hati awak lah. Malas layan." Rania terus tidur. Pada mulanya, dia hanya berpura-pura. Tapi tertidur betul-betul.


                 Encik Muizzuddin dan Puan Azurin seronok dalam kereta sambil berborak-borak kosong. Mata Encik Muizzuddin masih fokus di jalan. Hanya mulut yang bergerak.
  "Abang, tak apa ke ni kita tinggalkan Syukri dengan Rania berdua?" soal Puan Azurin.
  "Apa pula? Mereka dah jadi suami isteri. Tak perlu lah risau lagi." Encik Muizzuddin beriak biasa.
  "Tak ada lah. Dia orang tu macam anjing dengan kucing. Pantang jumpa mesti gaduh. Ni pula dia berdua aje dekat rumah tu. Lagi-lagi ni kita otw ke rumah Khairi. Resah Rania nanti." balas Puan Azurin.
  "Awak jangan bimbanglah. Tahu lah menantu kita nak jaga dia. Kita dekat sini ni. Nikmati rasa suasana pantai yang cantik." Encik Muizzuddin menyedapkan hati isterinya.

                  Puan Azurin terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Nama Khairi Iskandar jelas tertera di skrin telefonnya. Terus dia menjawab.
  "Assalamualaikum ma.. Dah dekatr mana?" Khairi memberi salam.
  "Waalaikumusalam.. Dah nak sampai rumah baru Khai dah ni." jawab Puan Azurin
  "Ohh iya ke? Alhamdulillah selamat pun Mama, Papa sampai." ceria suaranya.
  "Iya. Okay lah nanti kita jumpa dekat sana ya. Assalamualaikum.." Puaz Azurin terus mematikan talian.
  "Waalaikumusalam.. Mama ni. Orang belum jawab salam lagi, dia dah matikan. Em" Khairi terus ke dapur. Menegur segelas air fresh orange yang disejukkan dari tadi.

            
                   Rania tersedar dari tidur apabila terdengar bunyi sesuatu terjatuh. Rania mula cuak. Macam mana dia boleh terbaring di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Sesekali dia terdengar bunyi seperti orang bersin. Siapa?
  "Awak.." perlahan-lahan Rania bangun dari sofa. Sesekali dia memanggil Syukri yang tidak kelihatan dari tadi.
  "Awak!!!" Rania menjerit. Syukri di dapur terus kedepan mendapatkan Rania.
  "Kenapa Sayang?" risau Syukri. Dengan senduk ditangan.
  "Awak buat apa ni? Dengan senduk? Awak masak ke?" Rania terus ke dapur. Syukri hanya mengikut Rania ke dapur.
  "You cooking for me? Seriously? How sweet." Rania terus menoleh ke arah Syukri yang masih terpaku.
  "Kenapa? Awak bukan masak untuk saya eh? Saya syok sendiri lah ni?" Rania menanti jawapan dari suaminya.
  "Bukan untuk siapa-siapa pun. Ni Abang punya sorang." Syukri terus bergerak sedikit untuk mengambil mangkuk untuk dihidangkan.
  "Em abis saya nak makan apa? Awak masak tu kan banyak." Rania tidak berpuas hati.
  "Nak makan? Dengan tak mandi. Lepas tu still wearing school uniform. Pergi mandilah." arah Syukri tegas.
  "No, I want eat first." Rania terus mengambil pinggan. Tapi dihalang oleh Syukri.
  "Janganlah macam ni. Pergi mandi dulu. Lepas tu kita makan sama-sama." pujuk Syukri.
  "Okay fine. Tapi awak jangan makan dulu. Makan sama-sama. Saya tak suka makan sorang-sorang." lalu Rania terus masuk ke bilik air.



                 Pintu masuk di tutup dengan sekuat-kuatnya. Hatinya masih membara. Zyla terus mencampak barang-barangnya dari office.
  "Tak guna kau perempuan! Silap besarlah kau nak cari gaduh dengan aku. Aku akan pastikan, yang kau akan mereput! Masa tu baru kau tahu siapa aku." Zyla duduk di sofa. Mukanya seperti orang tak betul.
  "Kak, kenapa ni? Dari atas tadi Zaty dengar bunyi pintu tertutup kuat..." waktu itu mata Zaty melihat barang-barang milik kakaknya berselerak diatas lantai.
  "Ya Allah, kenapa dengan akak ni? Barang-barang ni bersepah" Zaty terus mengemas barang-barang yang berselerak itu. Zyla terus menarik adiknya.
  "Kau jangan sebuk hal aku! Kau pergi masuk bilik kau! Jangan kacau aku!" merah padam muka Zyla. Zyla dan Zaty adalah adik beradik yang sangat suka bergurau. Sejak Mama dan Papa mereka meninggal, hubungan adik beradik sudah hilang. Zyla mengganggap Zaty lah punca Mama dan Papa meninggal.
  "Kak, Zaty minta maaf. Niat Zaty nak tolong kemas je kak. Kenapa akak mesti nak layan Zaty macam ni?" Zaty sudah menitiskan air matanya. Perlahan-lahan dia mengelap dengan tangannya.
  "Aku tak  suruh pun kau kemas. Dah jangan kacau aku. Aku tengah serabut ni. Kau jangan sampai aku hilang sabar, aku campak kau dekat luar!" merah padam mukanya menahan marah. Zaty terus masuk ke bilik. Sedih hatinya apabila kakak kandungnya melayan dirinya dengan macam tu. Zaty duduk di atas katil. Wajah Mama dan Papanya dilihat. Zaty mengambil gambar itu. Perlahan-lahan dia menyentuh wajah Mama dan Papanya didalam gambar. Rasanya seperti mereka masih ada disini.
  "Mama, Zaty rindu mama. Zaty rindu masakan mama, Zaty rindu semua tentang mama. Kalau Zaty sedih, pasti mama lah orang pertama yang akan ada untuk Zaty. Papa pula akan selalu menangkan Zaty. Papa memang amik berat tentang Zaty. Tapi sekarang... Semuanya dah jadi lain mama.. papa.. Kak Zyla pun dah lain. Sejak mama dengan papa tak ada. Kak Zyla selalu marah-marah Zaty. Hidup Zaty sekarang ni macam dah tak ada makna lagi mama.. papa.. Kalau Zaty terpaksa melawan kakak.. Zaty minta maaf mama.. papa.." airmata kembali jatuh.. Zaty terus baring. Dan menangis semahu-mahunya.


                Selesai makan malam,Syukri terus duduk di ruang tamu. Rania pula sibuk membasuh pinggan. Syukri yang leka menonton tv, tidak sedar kehadiran isterinya yang sudah duduk di sebelahnya. Rania mengerut dahi.
  "Awak?" Rania memulakan ayat.
  "Ya" sepatah saja ayat yang dikeluarkan. Mata Syukri masih tidak bergalih dari menghadap tv.
  "Terima kasih sebab masak tadi. Betul lah kata Mak. Awak memang pandai masak." Syukri terus memandang isterinya.
  "Kenapa nak terima kasih pula? Tu dah memang tanggungjawab Abang untuk jaga Intan. Intan dah makan ubat? Sakit lagi bibir tu?" Syukri yang memandang isterinya tidak berkelip. Malu pula Rania.
  "Dah. Saya dah makan ubat. Bibir saya pun dah tak sakit sangat." Rania senyum sedikit apabila melihat Syukri tersenyum.
  "Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu." Syukri terus mengalihkan siaran tv.
  "Em.. Awak.. Saya nak naik atas dulu ea. Saya nak study, minggu depan saya dah start exam SPM." lembuat nada suaranya.
  "Alamak! Abang lupa pula. Kalau macam tu, Intan pergilah study. Abang taknak ganggu Intan tangah study." Syukri menggusap lembut rambut Intan Rania. Rania senyum. Dia terus naik keatas. Di pertengahan jalannya, dia memusingkan badannya ke arah Syukri. Tersenyum dia.
  'Maafkan aku Syukri. Aku nampak cara kau bersungguh-sungguh nak amik hati aku, jaga aku. Tapi aku tak tahu kenapa susah untuk aku terima kau dalam hidup aku' Intan Rania mula berkata-kata dalam hati. Semoga tuhan membuka pintu hatinya untuk menerima takdir-Nya dengan redha dan ikhlas.
  "Laa. Kenapa tak naik lagi? Abang ingat Intan dah naik tadi." Rania agak terkejut sedikit.
  "Em nak naik lah ni." Rania terus berlari naik ke atas. Syukri pelik sedikit dengan isterinya. Biarlah. Budak-budak apa yang dikesahkan. Paling-paling pun tengah berangan. Syukri pula yang berkata-kata dalam hati.