Wednesday, 20 May 2015

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB13


                       Intan Rania yang berpeluh-peluh menjemur kain dengan matahari tengah terik itu sesekali mengelap peluhnya yang meleleh di tepi pipinya. Sudah hampir dua bulan dia menghabiskan masa di rumah. Habis saja SPM dia nekad untuk bekerja. Tapi apakan daya. Syukri Ezam tidak benarkan dia untuk kerja. Katanya Syukri mampu untuk menanggungnya. Jadi Rania tidak perlu bekerja susah payah.
  "Rania.. Amboi lamanya sidai kain tu?" suara Puan Azurin menyedarkannya dari lamunan.
  "Em dah siap lah ni ma.." Rania terus menggangkat bakul dan masuk ke dalam rumah. Puan Azurin melihat saja kerenah anaknya.
  "Rania pergi siap. Harini mama baik hati nak belanja Rania shopping." jelas keceriaan dimuka Rania. Rania terus memusingkan badannya.
  "Betul ke ma?" senyuman yang melebar itu sangat indah dimata Puan Azurin.
  "Ya sayang. Pergi siap. Nanti mama bagitahu Syukri. Mama nak pinjam Rania." Puan Azurin memegang tangan anak perempuannya.
  "Ya ma.. Rania pergi siap ya" Rania memegang juga tangan mamanya. Sejak dia berkahwin dengan Syukri. Dia tidak pernah keluar berdua-dua dengan mamanya. Selalunya Rania akan keluar dengan Syukri saja. naik bosan dia. Tapi kali ini, dia dapat keluar dengan mama kesayangannya.


                      Berjaya Times Square, di sini lah tempat mereka bershopping sakan. Dengan barang yang di shoppingnya penuh ditangan. Mata Rania mula melihat satu kedai yang menjual aksesori wanita, ada jawatan kosong. Dia terus pergi ke sana.
  "Kak? Jawatan kosong tu ada lagi?" Rania bermanis mulut.
  "Ya dik? Ada lagi." balas perempuan tadi dengan mulutnya tersenyum
  "Saya nak kerja kak. Boleh?" Rania beria-ria mahu bekerja. Dia tidak peduli Syukri bagi atau tidak. Ini keputusan dia.
  "Adik betul-betul nak kerja? Kami memang nak pakai orang sekarang. Jadi saya tak nak buang masa saya dan saya tak nak buang masa awak. Esok awak boleh masuk kerja. Boleh?" tercenggang Rania. Biar betul orang ni.
  "Em.. Boleh kak." Rania terus buat keputusan tanpa rasa bersalah kerana tidak minta izin dari suaminya.
  "Okay good. Saya Zaty. Awak nak panggil Kak Zaty boleh atau panggil Zaty je pun boleh. Kalau macam tu, esok awak boleh datang pukul 10 pagi. Balik pukul 10 malam. Ada transport tak, adik?" Zaty terus menanya tentang transport. Risau dia kalau perempuan-perempuan balik malam-malam tak ada transport.
  "Okay Kak Zaty. Saya Rania. Jadi esok pukul 10pagi saya datang. Transport? Ada." wajah Rania ketika itu sangatlah gembira. Tapi gembira itu pasti hilang pabila Syukri tidak benarkan dia bekerja nanti.
  "Rania? Sedap nama. Macam tuannya juga" Zaty memuji sikit pekerja barunya.
  "Eihh Kak Zaty ni. Tak ada lah. Okay lah Kak. Saya nak balik dulu. Terima kasih sebab bagi kerja dekat saya." Rania menghadiahkan senyuman pada Zaty.
  "Sama-sama dik. Akak nak buat kerja dulu. Hati-hati jalan." giliran Zaty pula yang menhadiahkan senyuman.
  "Okay Kak. saya pun nak balik dulu lah." Rania terus pergi ke tempat tadi. Mamanya masih lagi memilih baju. Rania mendekati mamanya.
  "Tak abis-abis lagi pilih baju?" berkerut dahi Rania apabila mamanya memilih baju hampir 10 pasang.
  "Banyaknya baju ma? Mama ni betul-betul kekurangan baju ke apa?" Rania membelek-belek baju yang mamanya pilih.
  "Baju banyak-banyak ni bukan untuk mama. Mama pilih ni semua untuk Rania." rania tersentak.
  "Laa kenapa pula. tak apa lah ma. Rania tak nak lah banyak-banyak baju macam ni." Rania terus gantungkan balik baju-baju yang mamanya pilih untuknya.
  "Ish, kan mama dah cakap. Harini mama nak belanja Rania. Rania lupa?" Puan Azurin memandang anak perempuannya.
  "Ya ma. Rania ingat. Tapi banyak ni. Rania pun nak baju paling-paling 3 atau 4 pasang je" Rania mula  masam wajahnya.
  "Takpa lah. Yang lain ni anggap mama yang nak bagi." Puan Azurin terus ke kaunter untuk buat pembayaran. Rania terus menggekori mamanya. Waktu itu, telefon Rania berbunyi. Jelas masej dari Syukri. Rania terus membacanya.
  ``Sayang.. Abang ada suprise nak tunjuk dekat sayang. Nanti sayang balik, kita keluar okayy.``
Rania tidak rasa happy pun. Sampai sekarang hubungan dia dan Syukri masih seperti dulu Hati Rania masih belum terbuka untuk Syukri. Dengan muka yang masam. Rania membalas masej itu.
  ``Okay, saya tunggu awak. Lagi pun, saya dengan mama dah nak balik.``
Syukri tersenyum membacanya. Dia mengaku, memang Rania masih tidak dapat menerimanya dan membuka hatinya untuk Syukri. Tapi Syukri suka dengan cara Rania yang jujur dan tidak membelakanginya.
  "Encik Syukri. Ada seorang perempuan datang untuk interview." suara Wana membuatkan Syukri sedikit terkejut. Tapi pantas Syukri mengawalnya.
  "Okay, suruh dia masuk." Syukri terus memeriksa fail yang diberi oleh Wana.  Semasa Syukri tengah membelek sehelai demi sehelai helaian di dalam fail itu, dia dapat melihat seorang gadis sedang menghala ke arahnya.
  "Duduk." mata Syukri masih fokus di fail. Gadis itu terus duduk. Dengan baju kurung moden merah, dia membetulkan sedikit bajunya yang hampir renyuk. Syukri terus menggangkat mukanya. Tidak dinafikan. Gadis ini memang cantik. Dengan baju kurung merah. Memang sesuai dengan warna kulitnya yang putih.
  "Em Encik?" suara gadis itu terus membuat Syukri tersedar.
  'Ya Allah, kenapa dengan aku ni.' Syukri berkata dalam hati. Dia meraup wajahnya.
  "Kenalkan diri awak." kini Syukri kembali dengan dirinya yang profesional.
  "Nama saya Shaqiera binti Musa. Berasal dari Ipoh dan saya graduate London." gadis itu terus memberi senyuman kepada Syukri yang masih melihatnya.
  "Okay. Shaqiera, boleh saya tahu kenapa awak pilih syarikat ini?" sponton ayatnya. Syukri terus mengambil pin di tepi tangannya.
  "Saya nampak syarikat ni sangat memerlukan arkitek yang berkelulusan dan mampu untuk handle projek yang besar di dalam atau di luar negara. Dan saya mempunyai ciri-ciri tersebut." Syukri mengangguk kepalanya.
  "Betul. Syarikat kami memang memerlukan arkitek yang berkelulusan tinggi. Tapi awak mampu ke handle projek yang besar nanti? Saya tak nak tiba masanya nanti, awak tarik diri sebab awak tak mampu nak handle." Qiera mula membahang mukanya.
  "Maaf Encik. Saya tahu, saya perempuan. Tapi saya bukan perempuan yang lemah. Saya jenis yang kasar dan tak suka dipijak kepala. Saya berani janji dengan Encik, yang saya akan buat yang terbaik untuk menaikan lagi nama syarikat." lega Qiera. Dia bukan jenis perempuan yang mengalah.
  "Good. Saya suka cara awak yang penuh confident. Tapi saya tak suka kalau pekerja saya suka berjanji kosong. Buktikan pada saya." giliran Syukri pula yang bersuara. Syukri paling tidak suka dengan orang yang hanya berjanji kosong. Mahukan gaji besar, tapi kerja satu apa pun tidak jalan.
  "Jika saya di terima kerja di sini. Saya akan buktikan pada Encik." Qiera membetulkan sedikit kedudukannya di kerusi.
  "Bagus kalau macam tu. Terima kasih kerana memilih syarikat kami. Dalam seminggu kami akan beri surat. Tanda awak layak atau tidak bekerja di syarikat kami." Syukri terus melihat jam di tangan. Pasti Rania sudah pulang. Dia sudah berjanji untuk memberi suprise kepada Rania.
  "Em terima kasih juga Encik. Saya keluar dulu." Qiera terus bangun. Waktu itu Qiera mahu bersalam dengan Syukri, tanda terima kasih mungkin. Tapi Syukri tidak menyambut salamnya. Dia hanya senyum dan mengangguk perlahan. Malu Qiera dibuatnya.

 
                           Puan Azurin yang membelek-belek barang kemasnya. Dia nekad mahu memberi semua barang kemasnya pada Rania. Dia ingin barang kemasnya menjadi terun temurun. Pintu biliknya diketuk. Rania membuka pintu bilik mamanya.
  "Kenapa mama panggil Rania?" berkerut dari Rania melihat mamanya keluarkan semua barang kemasnya di atas katil.
  "Kenapa dengan barang kemas mama ni?" Rania duduk di sebelah mamanya. Puan Azurin memegang tangan anaknya.
  "Mama nak kasi semua ni dekat Rania." lagi bertambah kerut dahi Rania.
  "Kenapa nak bagi Rania pula? Ni kan mama punya."
  "Ya memang. Tapi mama nak barang kemas mama ni jadi turun temurun. Bila mama dah tak ada. Rania ambil lah. Lepas tu kalau Rania dah ada anak nanti. Rania kasi pada dia pula." Rania jadi sebak pula mendengar kata-kata mamanya.
  "Terima kasih ma. Rania akan jaga barang kemas mama ni dengan sebaik-baiknya. Tapi Rania akan ambil bila tiba waktunya. Sekarang ni mama simpan lah." Rania menyeka airmata yang mahu keluar. Puan Azurin perasan anaknya mahu menangis.
  "Ma.. kejap lagi Rania nak keluar dengan Abang Syukri. Dia kata ada sesuatu nak tunjuk." Rania terus menukar cerita.
  "Lagi satu mama nak pesan. Rania tolong hormat pada Syukri. Dia suami Rania. Dia ada hak atas Rania." Puan Azurin pula yang mahu menangis. Tapi dia juga sama seperti Rania. Dia menyeka airmatanya. Dia tidak mahu anaknya sedih. Rania terus memeluk mamanya. Airmatanya tidak dapat di tahan lagi.
  "Rania janji ma. Rania cuba untuk jadi anak yang baik dan isteri yang baik buat Abang Syukri." Puan Azurin mengusap lembut rambut anaknya.
  "Rania cuba untuk sayang Abang Syukri. Tapi dalam masa yang sama Rania takut ma. Ramai yang suka dengan Abang Syukri. Rania takut kalau Rania dah suka dia, Abang Syukri akan tinggalkan Rania. Rania takut mama.." tersedak-sedak Rania menangis. Kali ini memang dia benar-benar keluarkan semua yang terbuku dalam hati kecilnya. Puan Azurin cuba meredakan anaknya.
  "Rania dengar sini. Syukri sayang Rania, Syukri cintakan Rania. Sebab tu sampai sekarang dia bersabar untuk tunggu Rania terima dia. Bukalah hati Rania untuk dia nak. Ibu mana yang sanggup tengok anaknya terseksa. Mama mahukan Rania bahagia dengan Syukri. Mama yakin Syukri tak akan tinggalkan Rania. Percaya ya sayang." makin kuat tangisan Rania. Dalam mereka yang tengah hanyut dengan kesedihan. Syukri yang jadi pendengar itu juga turut rasa sedih. Sampai macam tu sekali Rania pendam semuanya. Sedikit pun Rania tidak cerita padanya.
  'Abang takkan buat macam tu dekat sayang.. Abang akan setia dan sayang Intan sampai akhir nafas Abang..' Syukri terus pergi dari pintu bilik mentuanya.

                   
                          Syukri yang bersandar di keretanya, sesekali dia terfikir tentang masa depan dia dan Rania. Mungkinkah mereka masih dapat teruskan hubungan ini? Mungkinkah Rania akan jujur dengan dia, bahawa dia sudah mula suka kan Syukri? Soalan demi soalan yang hadir di fikirannya mula buat hatinya makin gelisah. Dia sudah mula sayang pada Rania. Dia tidak mahu kehilangan Rania. Waktu itu Rania baru keluar dari pintu rumah ibu mertuanya. Syukri mengawal perasaannya. Dia tidak mahu Rania perasan akan mukanya yang agak sedih itu.
  "Awak? Saya dah siap." Rania terus berdiri di depan Syukri. Berkerut dahi Rania.
  "Hei, awak kenapa ni? Mata merah?" Rania terus memegang tepi mata Syukri. Ingin saja Syukri meluahkan perasaannya ketika itu. Tapi lidahnya kelu.
  "Awak? Saya tanya ni?" Rania berdiri betul-betul di depan Syukri. Syukri terus memusingkan badannya.
  "Dah jom lah masuk." Syukri terus masuk ke dalam kereta. Rania yang melihat, rasa pelik. Dia malas nak cakap banyak. Dia terus masuk ke dalam kereta.
   Dalam perjalanan mereka. Syukri tidak banyak cakap. Biasanya dia lah yang selalu bercakap tak henti. Mungkin dia ada masalah dekat tempat kerja. Rania cuba bersangka baik dengan suaminya. Sesekali Rania melihat wajah suaminya. Benarkan lelaki ini yang akan menjaganya sampai hujung nafasnya? adakah lelaki ini akan terus setia dengan dirinya? Rania masih belum ada jawapan. Yang pastinya, Rania akan cuba untuk membuka hatinya.
  "Intan lapar?" Rania terus memandang Syukri, tersenyum.
  "Dah tadi dengan mama." Rania dapat rasakan, suaminya ada menyembunyikan sesuatu darinya. Melihat wajah Syukri tidak seperti hari-hari sebelumnya.Waktu itu Syukri memberi signal kiri. Rania terus menoleh. Taman perumahan?
  "Awak nak bawak saya pergi mana ni?" Rania mula memegang lengan Syukri. Syukri masih berdiam. Syukri menghentikan keretanya di depan rumah bonglo dua tingkat yang agak besar juga.
  "Jom masuk. Kita dah sampai." Syukri terus keluar dari kereta. Rania melihat sekitar rumah itu. Gelap. Rumah siapa ni? Syukri membuka pintu penumpang.
  "Jom lah Intan. Kita dah sampai." Rania keluar juga akhirnya. Dia masih tidak faham. Kenapa Syukri membawanya ke sini? Masuk saja rumah itu, Rania tergangga sedikit. Cantik!
  "Awak, cantiknya. Rumah siapa ni?" Rania mula melihat sekeliling ruang itu. Rania melihat Syukri senyum padanya. Haihh, tadi dalam kereta bukan main lagi masam je muka.
  "Betul cantik?" Syukri memegang tangan Rania.
  "Kalau Intan nak tahu, ini lah rumah kita." rasa nak berhenti jantung Rania. Kalau boleh burung-burung di luar juga pun boleh berhenti apabila mendengar Syukri cakap tadi.
  "Awak janganlah nak bergurau. Cakaplah rumah siapa ni? Kalau rumah kita, takkan sebesar ni, awak." Rania menantikan jawapan dari Syukri.
  "Kenapa tak percaya? Ini rumah Encik Syukri Ezam dan Puan Intan Rania. Dia besar sebab akan datang, akan ada baby." Syukri menyengeh pada Rania yang masih blur di depannya.
  "Ja.. Jadi betul ini rumah ki.. Kita?" Syukri mengangguk.
  "Tapi awak. Besar sangat rumah ni. Kan kita duduk berdua?" Rania masih tidak berpuas hati dengan rumah yang suaminya beli.
  "Kan abang dah cakap. Rumah ni besar sebab akan datang, akan ada baby." Rania menelan air liyuh. Baby?
  "Intan.." Syukri menggambil kotak seberhana besar di atas rak. Syukri membukanya. Rantai emas. Perlahan-lahan Syukri memakaikan di leher isterinya. Rania jadi kaku pula. Syukri terus mencium tangan kanan isterinya.
  "Abang nak buat satu pengakuan pada hari ini. Abang tak kesah Intan suka atau tak. Abang nekad nak bagitahu." Rania tidak berkelip melihat suaminya yang mula menjatuhkan airmatanya.
  "Dari mula kita nikah. Sampai sekarang. Abang dah mula sayang dan cintakan Intan. Intan lah pelengkap hidup abang sekarang. Abang beul-betul dah jatuh cinta dengan Intan. Abang pendam semua ni sebab abang hormat dengan Intan. Abang tahu Intan tak dapat terima abang dalam keadaan Intan yang masih muda. Tapi hari ini, abang betul-betul tak tahan nak pendam semua ni sayang.. Intan tolong bagi peluang untuk abang buktikan yang abang beul-betul cintakan sayang.." kata-kata Syukri itu benar-benar menusuk ke dalam hatinya. Rania juga mahu menangis. Tapi pantas dia menahan.
  "Awak.. Saya sepatutnya bangga dapat suami macam awak. Saya sepatutnya hargai semua pengorbanan awak. Tapi siapa saya? Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu baik dan saya sebagai isteri awak dalam tiga bulan ni. Saya tak pernah nak layan awak macam suami saya. Saya minta maaf awak. Sepatutnya panggilan 'Abang' tu dah lama saya gunakan." kini Rania pula yang menjatuhkan airmatanya. Syukri menggelap perlahan airmata yang jatuh di pipi Rania.
  "Tak.. Intan tak salah pun. Ini takdir yang dah tertulis untuk kita sayang. Kalau Intan dah mula cintakan abang, abang harap lepas ni kita dapat teruskan hidp bersama. Abang sayang Intan." Syukri menggusap lembut tangan Rania.
  "Intan sanggup hidup susah. Yang penting abang ada disisi Intan." Syukri mengangkat kepala. Senyuman yang ikhlas diberi pada isteri tercintanya.
  "Intan betul dah daapt terma abang?" bersungguh-sungguh Syukri menanya. Rania mengganguk perlahan dan senyuman terus dilemparkan kepada suaminya. Syukri terus mendakap isterinya. Rasa syukur tidak putus-putus keluar dalam hatinya.
  "Alhamdulillah, Tuhan makbulkan doa abang selama ni." Rania juga rasa lega kerana dia sudah pun  berturus terang pada suaminya. Jadi tidak perlu dia mahu pendam dan telan semuanya sendiri. Makin erat pelukannya.



                          Puan Azurin dari tadi tidak berhenti-henti memerhati di luar rumah. Cemas wajahnya. Encik Muizzuddin yang perasan sikapnya yang tidak reti duduk diam itu, terus di tegur.
  "Awak ni kenapa? Cuba bawak bertenang. Haihh saya pula yang rimas nengoknya." Encik Muizzuddin menggelengkan kepalanya sedikit.
  "Abang ni. Anak kita tak balik lagi ni. Awak suruh saya bertenang? Saya tak boleh lah." balas Puan Azurin dengan wajah yang tegang.
  "Iye.. Saya pun risau. Tapi fikirkan balik. Dia keluar dengan suami dia. Jadi apa yang nak di risaukan. Kalau Rania tu keluar sorang-sorang. Memang patut saya risau." Encik Muizzuddin terus naik ke atas katil.
  "Memanglah. Tapi kalau balik lambat pun, bagitahu lah. Tak ada lah saya risau macam ni" Puan Azurin terus mendail nombor Rania. Sempat lagi dia mencekak pinggang.
  "Hello Rania? Dekat mana ni? Mama risau tau Rania tak balik lagi."
  "Em mama. Rania minta maaf sebab tak bagitahu mama dari tadi. Abang Syukri dah beli rumah. jadi Rania tidur dekat sini. Esok Rania balik, nak amek baju-baju." lega Puan Azurin mendengarnya. Tangannya menyapu perlahan di dadanya.
  "Kalau macam tu, baguslah. Dah kawin duduk rumah sendiri. Mama ni bukan apa. Mama risau, dah dekat pukul 12malam Rania dengan Syukri tak balik-balik."
  "Yela mama, Rania minta maaf sangat-sangat. Rania janji tak buat mama risau lagi." Rania senyum sedikit.
  "Betul ni? Janji?" Puan Azurin mengangkat kening sedikit.
  "Iye betul. Janji!"
  "Em okay lah. Mama nak tidur ni. Rania jadi diri ye bila mama tak ada. Jaga makan pakai suami tu betul-betul" pesan Puan Azurin.
  "Ye ma. Rania tak pernah lupa pesan mama tu. Dalam sehari, dekat 2-3 kali mama pesan macam tu." Puan Azurin ketawa sedikit.
  "Okay lah mama nak tidur ni. Papa pun dah tidur tu. Assalamualaikum."
  "Okay ma. Waalaikumusalam.." terus talian di matikan. Rania terus melihat jam seduah 12:10.
  "Patutlah mama risau. Dah pukul 12:10 rupanya.
  "Siapa yang risau ni sayang?" Syukri terus memeluknya dari belakang. Terkejut jugalah Rania.
  "Haihh Abang ni. Boleh tak jangan buat Intan terkejut." Intan Rania terus menggeluh.
  "Yela, Abang minta maaf ya. Tak tahu pun Intan nak terkejut." Intan Rania terus memandang suaminya. 'Banyak lah tak terkejut!'
  "Eleh marah lah tu. Dah-dah, tak elok marah-marah. Nanti cepat tua. Muka kedut-kedut. Intan tu dah lah muda lagi. Nanti orang lain ingat umur Intan 30-an." Syukri terus ketawa.
   'Hey kau ni. Aku tengok kau kecik besar je. Pakal je suami aku. Kalau kawan aku, memang dah balon je' marah Rania dalam hati. Rania masih dengar lagi suara suaminya ketawa.
  "Eee Abang ni kan!" Rania terus baring dan menutup mukanya dengan selimut. Geram hatinya!! Syukri terus ketawa. Apa entah yang melucukannya.
  "Alaa sayang. Abang gurau lah. Jangan lah merajuk. Nanti muka kedut." di akhir-akhir ayatnya ada sedikit gelak. Tapi pantas Syukri menahan ketawanya. Intan malas layan suaminya. Menyakitkan hati.