Wednesday, 29 October 2014

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB4

          Khairi sudah menunggu Syukri diluar rumah bersama adiknya Intan Rania.
   "Abang, lama lagi ke? Penatlah nak tunggu." Rania sudah mencangkung di atas tanah.
   "Rania jangan cangkung! Tunggulah kejap." Rania terus bangun.
   "Abang try lah call dia. Rania letihlah. Mengantuk tau tak." Rania menutup mukanya dengan rambutnya yang panjang ke depan.
   "Haa mula buat perangai gila ya? Adik buatlah apa-apa yang buat adik hilang mengantuk." Rania terus berfikir. Benda apa yang sepatutnya dia lakukan untuk menghilangkan bosan.
Tidak lama kemudian Rania hilang. Khairi mula gelisah.
   "Dik! Jangan main-mainlah. Tak lawak tau!" Khairi memusing-musing badannya.
   "Abang!" Rania menepuk bahu abangnya.
   "Rania jangan macam ni lah."
   "Abang, tengok ni. Ni muka abang masa tengah makan haritu dekat rumah. Kelakar sangat." Rania ketawa sekuat-kuatnya.
   "Rania ni jahatlah. Buanglah gambar tu." Khairi cuba merampas telefon adiknya. Pantas Rania lari.
   "Abang tau Rania buang gambar tu. Kalau tak, jangan harap nak ikut abang pergi Ipoh."
   "Sikit pun tak kesahlah bang." Kali ni sikap adiknya benar-benar menyakitkan hatinya. Khairi berlari mendapat adiknya. Rania juga terus berlari ke arah jalan raya. Tidak sangka sebuah kereta akan lalu disitu dan Rania hampir dilanggar.
   "Aarrrgghhhhh!!!!!!!" Khairi pantas menarik adiknya. Rupanya kereta tadi si Syukri yang pandu. Nasib Syukri sempat menekan break. Kalau tidak pasti adiknya tidak lagi ceria seperti ini.


           "Rania ni lain kali jangan macam ni lah! Kalau kena langgar tadi macam mana?" Khairi sudah tidak dapat mengawal perasaan. Dia terlampau menjaga adiknya.
   "Rania minta maaf abang." Teresak-esak Rania menanggis.
   "Bro, dah lah tu. Yang penting sekarang dia tak kena apa-apa. Nasib aku sempat break tadi." pujuk Syukri dengan lembut.
   "Terima kasih dekat kau juga sebab sempat tekan break. Kalau tak. Aku tak tahu nak cakap apa dekat parent aku." Syukri melangkah ke arah Rania yang masih menangis-nangis.
   "Rania.. Jangan macam ni abang Syukri percaya dekat abang Khai. Dia sayangkan adik dia. Sebab tu dia marah Rania tadi. Kalau dia tak marah. Mesti nanti Rania ulang lagi kejadian macam tu." pujuk Syukri dengan nada suara yang sangat lembut.
   "Tapi Rania ni degil. Rania selalu buat abang risau"
   "Sudahlah Rania. Jom abang Syukri bawak Rania jalan-jalan. Dah lah tak mau nangis lagi. Nanti Rania tak comel." Rania mula tersenyum dengan kata-kata Syukri.


          Dalam perjalanan ke Ipoh. Rania melihat semuanya tidur dengan riak muka yang teruk sekali. Paling teuk muka Abang Khai lah. Sebesar-besar tidak mulutnya di buka. Sarah pula tidur dengan keadaan yang tenang. mukanya pula tidak lah seteruk abang Khai. Rania sememangnya bosan. Dia cuba untuk terlena. Tapi tidak berjaya. Rania perasan Syukri asyik melihatnya melalui cermin hadapan. Rania hanya buat tak nampak saja. Dia masih ingat peristiwa pagi tadi. Mamanya boleh cakap Syukri adalah jodohnya.
  "Only in dreams ma."
   "Ek apa Rania cakap?" kali ni Syukri tidak henti-henti melihat Rania.
   'Aku terlepas ke?' Rania menepuk dahinya, malu Rania. Tambah pula dengan muka yang makin lama makin merah.
   "Laa kenapa tepuk dahi pula. Abang Syuk tanya ni Rania."
   "Err.. Tak ada pape lah Abang Syuk."
  Syukri hanya senyum melihat Gelagat Rania yang sangat menyerlah dengan perangai kanak-kanaknya.


           Puan Azurin sibuk menyediakan makanan untuk tahlil pada malam hari. Rania awal-awal lagi sudah siap berbaju kurung kuning dengan tudung coklat. Waktu malam pula Tok Mak menjemput para lelaki. Di depan sudah pun penuh dengan orang-orang tahlil.


          "Rania, bila kau balik KL?" tegur Lea, sepupunya Rania.
   "Esok rasanya. Kenapa?"
   "Tak ada apa lah. Aku tanya je. Yela kau kan jarang balik sini. Mana tau tidur sini lama sikit."
   "Mana boleh lama sangat. Aku sekolah lagipun aku ada trainning futsal."
   "Oh aku ingat kau dah abis sekolah" Lea seboleh-boleh nak bertanya. Tapi masa tidak mengizinkan. Puan Azurin sudah memanggil anaknya.
   "Ya ma.  Ada apa?" tanya Rania
   "Tolong bagi lauk ni dekat abang. Suruh dia hantar lauk ni dekat rumah Mak Lijah dengan Pak hussin." sambil menghulurkan dua plastik berisi polisterin.
   "Tapi abang tahu ke rumah tu dekat mana?"
   "Suruhlah kawan dia Syukri tu tunjukkan. Kawan dia mesti tahu." Rania tidak banyak songeh. Dia terus ke depan mencari abangnya.


           Sudah satu rumah Rania pusing mencari abangnya. Tapi tidak nampak pun. Syukri juga dia tidak nampak. Tapi kereta mewahnya masih didepan rumah.
   "Rania buat apa dekat luar ni?" tegur Mak Leha dengan nada suara yang sangat lembut.
   "Rania cari abang Khai. Tapi tak jumpa pun. Mama suruh dia hantar lauk ni dekat rumah Mak Lijah dengan Pak Hussin." jelas Rania.
   "Lahh jauh tu rumahnya. Mak Leha pun tak nampak si Khairi dari tadi."
   "Tak apa lah Mak Leha. Rania pergi dulu. Mana tahu dia dekat dalam ke" Mak Leha hanya menghadiakan senyuman yang paling manis buat Rania. Rania juga membalas senyumannya dan pantas pergi kedalam rumah untuk mencari Khairi Iskandar. Tapi sayang, dia tidak jumpa lagi dimana abangnya. Dia hanya nampak lelaki yang bernama Syukri Ezam didepan matanya.
   "Abang Syukri.. Nampak abang Khai tak?" agak gementar Rania mahu berkata.
   "Oh abang Khai keluar tadi pergi kedai depan. Kenapa Rania?" senyum Syukri melihat wajah comel Rania didepannya. Dengan warna baju yang sedondon pula. Syukri mul;a tertark dengan kecantikkan semulajadi Rania.
   "Tak, mama suruh abang Khai hantar lauk ni dekat rumah Mak Lijah dengan Pak Hussin." sambil menunjukkan lauk yang dipegang Rania.
   "Oh tolong hantarkan. Biar Abang Syukri jela yang hantarkan. Kalau bagi abang Khai pun bukan dia tahu. Sini biar abang je yang hantar." Syukri pantas mengambil beg plastik dari tangan Rania.
 Dari jauh lagi Puan Azurin melihat gelagat mereka. Sesungguhnya, Puan Azurin memang berkenan sangat dengan Syukri. Langkah yang sepatutnya Puan Azurin aturkan ialah mengahwinkan mereka dengan secepat mungkin. Puan Azurin terus ke bilik maknya Ramlah.


         "Betul ke abang Syukri nak hantar lauk ni? Tak apa lah. Mama suruh abang Khai tadi." Rania menarik balik beg plastik yang hampir bertukar tangan tadi.
   "Kalau bagi abang Khai pun. Abang Khai akan minta tolong dekat abang Syukri." Syukri mengambil balik beg plastik ditangan Rania. Rania hanya biarkan saja Syukri mengambil beg plastik itu. Memang benar kata Syukri. Abang Khai pun bukan tahu rumah-rumah tu dekat mana.
 "Abang Syuk, Terima kasih."
 "Sama-sama Rania. Rania nampak sesuatu tak?" Tanya Syukri sambil mulutnya tersenyum-senyum.
 "Nampak apa?" Balas Rania pula.
 "Baju kita sama lah Rania. Kebetulan ke jodoh pertemuan ni?" merah padam muka Rania dibuatnya. Entah kenapa dia boleh tidak perasan dari tadi. Abang syukri pula macam suka saje pakai baju sama warna dengan aku.
 "Kebetulan lah ni. Abang Syukri pergi lah hantar lauk ni. Nanti dah lewat malam, takut Pak Hussin tu dah tutup pintu pula." Rania terus kedapur dengan wajah yang terlampau merah. Syukri senyum saja melihat Rania. Syukri  keluar dan terus lenyap dengan keretanya sekali.


         "Betul ke ini yang kau nak Rin? Rania setuju ke? Bukan dia masih bersekolah lagi?" jelas Ramlah neneknya Rania.
   "Memang Rania masih sekolah. Tapi saya tak tahulah mak. Kenapa saya terburu sangat. Saya takut tak sempat je mak" Puan Azurin memegang kuat tangan maknya.
   "Mak tak kesah. Tapi si Syukri tu nak ke dengan Rania? Dengan Rania yang masih muda tu. Apa sangatlah yang Rania tahu."
   "Saya tahu Syukri suka dekat Rania. Mak tolong, saya kena jumpa Kak Leha sebelum saya balik KL" bersungguh-sungguh Puan Azurin merayu pada maknya.
   "Yang kau ni gelabah sangat kenapa. Kalau macam tu pergilah jumpa dengan dia sekarang. Sementara si Leha belum balik tu" Puan Azurin pantas keluar dari bilik maknya dan terus mencari Mak Leha.


           Puan Azurin menceritakan kesemuanya tentang hajatnya pada Mak Leha. Mak Leha seperti tidak percaya dengan apa yang Puan Azurin hajatkan. Sememangnya Mak Leha seronok sangat kalau Rania menjadi menantunya.
   "Macam ni lah Rin. Aku kena tanya dengan tuan punya badan. Kalau dia setuju kita nikahkan mereka dengan cepat. Kalau dia tak setuju, aku minta maaflah Rin."
   "Baiklah kalau macam tu. Aku harap anak kau setuju."
   "Tapi kenapa kau nak kahwin kan anak perempuan kau dulu. Kenapa tak anak lelaki kau?" jelas kelihatan wajah pelik Mak Leha.
   "Aku takut nanti anak perempuan aku tu duduk terbiar. Susahlah aku nak jelaskan. Tapi yang penting memang aku berharap sangah Leha." Mak Leha hanya mengangguk tanda dia faham maksudnya.

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB1

           Jam lonceng yang berulang-ulang kali berbunyi tapi tiada siapa yang bangun untuk menutup suis jam itu. Intan Rania yang sedang nyenyak dibuai mimpi masih tidak sedar dengan bunyi jam lonceng yang kuat bagai nak runtuh biliknya itu sehingga Puan Azurin yang menutup suis jam lonceng itu.
   "Bertuah punya anak. Jam dekat sebelah telinga pun tak sedar." Puan Azurin menupuk-nepuk lembut pipi anaknya.
   "Hei Rania! Bangunlah dah lewat ni. Nanti papa bisinglah tengok Rania tak bangun-bangun lagi"
   "Ma, ni kan weekend. Bagilah Rania bangun lewat sikit. Lagipun Rania tidur lewat semalam." Intan Rania yang masih mamai membuatkan Puan Azurin rasa geram.
   "Rania lupa ke? Kan kita nak pergi rumah Tok Mak harini. Cepatlah Rania. Nanti papa bisinglah." Puan Azurin menarik-narik tangan anak perempuan bongsunya.
   "Okay fine. I go to shower now." Intan bangun dari katil dengan keadaan yang terpaksa. Dia sebenarnya malas mahu keluar. Dia mahu duduk dirumah mengulangkaji pelajaran. Tapi kerana mamanya. Dia harus akur dengan kehendak mamanya.
   "Mandi cepat sikit Rania. Dah lambat ni. Baju tak packing lagi."
   "Ya ma, Rania tengah gosok gigi ni. Kejaplah ma." Kedengaran suara Rania yang mulut penuh dengan buih ubat gigi.

          "Haa sayang, Rania mana?" Encik Muizzuddin mula bertanya tentang anaknya kepada isterinya, Puan Azurin.
   "Ada dekat atas bang. Kejap lagii turunlah dia. Anak abang tu bukan sekejap bersiap. Lamanya tu macam satu hari." Puan Azurin cuba untuk mengubah topik. Sambil menyedokkan nasi goreng.
   "Papa, Khairi dah siap. Can we go now?" Khairi Iskandar yang membawa semua beg-beg pakaiannya terus diletak didepan pintu.
   "Makan dulu Khai. Buat alas perut." Encik Muizzuddin menyuruh anak sulongnya sama-sama bersama-sama dengannya.
Khairi hanya menurut sahaja apa yang disuruh papanya. Khairi makan dua tiga suap nasi goreng mamanya. Suapan yang keempat, dia tesembur sedikit.
   "Pfftttttt!!!" Dan dia tidak dapat menahan ketawa melihat adiknya turun dengan membawa beg yang besar. Seperti mahu bercuti setahun.
   "Ya Allah Khairi! Kenapa macam ni. Nasib baik tak tersembur dekat papa." Puan Azurin geram melihat anaknya yang beperangai keanak-anakkan.
   "Ma, Khai tesembur ni pun sebab adik tau ma. Mama tengoklah kecik tak kecik beg yang dia bawak tu. Kita tidur rumah Tok Mak bukan lama pun. Dua hari je." Khairi menjelaskan kepada mamanya yang mula kelihatan tegang.
   "Hey! Suka hatilah. Beg besar salah, beg kecik salah. Janji bawak beg." Rania mula naik angin dengan sikap dengki abangnya.
   "Betul cakap abang tu Rania. Kita bukan lama pun. Dua hari je sayang." Encik Muizzuddin cuba berlembut dengan anaknya. Dia tahu Rania terasa dengan dengkian abangnya tadi.
   "Tak apa lah pa. Dah kemas pun. Lagipun tak ada beg kecil." Rania terus menuju ke meja makan. Sempat lagi dia menepuk cawan yang sedang diminum oleh abangnya. Hampir tertumpah air milo panas yang diminum abangnya.
   "Adik ni kenapa? Air panaslah ni dik." monyok saja wajah tampan Khairi. Rania pula sudah senyum lebar kerana dapat membalas balik.

            Dalam perjalanan pulang ke kampung. Rania yang sedang membaca buku sekolah untuk membuat ulangkaji. Sempat lagi mengusik abangnya yang tertidur tempat duduk sebelah.


          "Ehemm!" Encik Muizzuddin berdehem sedikit. Rania terus terbantut untuk mengusik abangnya. Rania tutup  buku dan mengeluarkan earphone untuk mendengar lagu. Rania tidak suka pulang ke kampung. Masa dia kecil dulu. Dia ditinggalkan oleh mama dan papanya di kampung. Di kampung Rania selalu dikacau dengan sepupunya Syazran. Syazran sebaya dengan Rania dan mereka sudah hampir sepuluh tahun tidak menegur sapa.

          Ketika umur Syazran sudah sembilan tahun. Syazran pindah diSabah, kerana papanya dinaikkan pangkat. Rania amat benci kepada Syazran. Peristiwa yang paling menyakitkan hati apabila Syazran kurung Rania di stor belakang rumah Tok Mak. Menangis-nangis Rania ketika itu. Kata Puan Azurin, kali ini keluarga Syazran turut hadir ke tahlil arwah datuknya. Tidak dapat bayangkan, macam mana sikap Syazran padanya nanti.

           "Rania.. Khairi... Bangun sayang. Kita sudah sampai ni." Puan Azurin mengejutkan kedua anaknya.
   "Cepatnya sampai? Rasa macam sepuluh minit je Khai tidur." Khairi mula mengeliat. Melihat adiknya yang lena tertidur dibahunya. Membuatkan langkah Khairi terhenti untuk mengeliat.
   "Baru sepuluh minit apanya. Khai tu tidur je. Dah empat jam kita dalam kereta ni. Dah kejut adik tu. Mama nak angkat beg." Khairi terus mengejutkan adiknya. Guna cara lembut tidak jalan. Haa kali ni guna cara kasar. Mesti bangun punya.
   "Woii keping! Bangunlah!!!" Khairi menjerit di telinga adiknya. Rania terus terjaga.
   "Abang Khai ni kenapa jerit-jerit."
Rania sudah menjeling-jeling abangnya.
   "Mata tu jaga. Kita dah sampailah dik. Dah cepat masuk pergi salam Tok Mak. Biar abang angkat semua beg"
Rania terus keluar dengan muka mengantuk. Dari jauh lagi Rania sudah nampak mama Syazran, Maksu adik kepada mama.



         "Assalamualaikum Maksu." Sambil tangan Maksunya dicium. Maksunya sudah tersengeh-sengeh melihat Rania.
   "Waalaikumusalam. Rania sihat?" ramah Puan Laili.
   "Eh Laili. Dekat sini kau. Penat aku meround dekat dalam tu cari kau." Puan Azurin terus memelu adiknya dengan seerat yang mungkin.
   "Mari lah masuk. Kita borak-borak dekat dalam, sedap sikit ada kipas." Puan Laili menyuruh masuk ke dalam. Puan Azurin hanyak mengikut saja.

          Selesai Khairi menganggat kesemua beg-beg baju keluarganya. Dia terus baring disofa. Hilang sikit sengal-sengal badan. Di kampung, Khairi tiada kawan. Sepupu-sepupunya yang lain ramai yang perempuan. Khairi tidak berapa minat dengan sepupu perempuannya. Mereka semua beperangai mengada-ngada dan gedik. Akhirnya Khairi terlena juga disofa.

          Seronok betul Rania melihat mamanya berborak dengan adiknya. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Rania sangat letih. Sepupunya yang belum sampai lagi. Rania mengambil keputusan untuk baring disebelah mamanya. Rania terus menghampiri mamanya.
   "Ini anak dara kau dah berapa umurnya?" Puan Laili terus mengubah topik apabila melihat Rania disebelah kakaknya.
   "Nampak macam dah anak dara. Tapi perangai tak macam anak dara pun Li. Sekarang tujuh belas tahun."
   "Ish kau ni. Biasalah tu. Dah besar muka dia banyak ikut muka kau Rin." Puan Azurin tersenyum mendengarnya.

           Khairi tersedar dari tidur apabila mendegar suara bising berhampirannya. Dia terus bangun. Bulat matanya apabila dapat tahu suara bising itu datang dari sepupunya yang gedik.
  "Eh betul lah tu Khairi. Makin handsome lah Wany." Lea sudah menepuk-nepuk lembut lengan sepupunya Wany.
   "Memang handsome pun. Nak-nak lagi bila dia baru bangun tidur. Pehh cair aku."
Khairi mula rasa tidak selesa. Dia terus keluar. Dalam langkah dia mahu keluar. Telefon bimbitnya berbunyi. Dia terus angkat.
   "Bro, kau dekat mana? Dah sampai Perak belum. Jom lepak rumah aku. Rindu pula dekat kau"
   "Ye sayang, I baru sampai kampung ni. Sini kejap-kejap tak ada line lah sayang." Khairi terpaksa memanggil panggil sebegitu kepada kawannya. Dia mahu sepupunya tahu yang dirinya sudah ada yang punya.
   "Woi. Kau tebiat apa panggil aku sayang? Mengigau ke kau ni."
  "Rania, panggil abang Khai makan." Rania hanya mengikut saja.
  "Wei dia dah ada girlfriend ke? Patah hati aku! Ergh!" Wany dan Lea sudah mula merah padam.
   "Abangggg!!!!!!!!!!" Rania dari dapur sudah berlari kedepan dengan menjerit-jerit panggil abangnya.
   "Kenapa ni dik."
   "Mama panggil suruh makan." jawab Rania.

          Khairi terus mematikan talian. Dia hanya menghantar masej ringkas kepada rakannya. Khairi bersyukur sangat kerana adiknya memanggilnya walaupun dengan cara yang kurang sopan. Khairi terus menarik rambut adiknya dan terus berlari kedapur.
   "kurang ajar punya abang!!" Rania turut berlari menggejar abangnya.

          Selepas makan tengah hari. Khairi terus mencari Udin. Sepupunya yang tinggal bersama Tok Mak. Khairi mahu meminjam motor untuk pergi ke rumah rakannya Syukri di kampung yang sama dengan kampung Tok Mak.
   "Udin!" Khairi berlari mendapatkan Udin.
   "Apehal kau Khai?"
   "Nak pinjam motor boleh? Nak pergi rumah kawan aku dekat area sini."
   "Kau ada kawan dekat sini? Siapa?" Udin pelik. Bila masa pula si Khai ni ada kawan dekat sini.
   "Anak ketua kampung tu. Syukri lah. Kenal dia masa aku belajar dekat UK dulu."
   "Ouhh si Syukri tu. Em yelaa nah kunci motor. Elok-elok bawak motor tu"
   "Okay Din, aku pergi dulu. Terima kasih tau Din." Khai terus hidupkan enjin motor. Baru saja Khai mahu bergerak. Dia sudah nampak adiknya berlari kearahnya.
   "Abang nak pergi mana? Pusing-pusing kampung ke?" Beria-ria Rania bertanya.
   "Em lebih kuranglah. Tapi.." belum sempat Khairi menghabiskan ayatnya. Rania terus duduk dibelakang abangnya. Khai tiada pilihan. Terpaksalah bawak sekali adiknya ke rumah kawannya.

         Rania seronok sangat dapat pusing-pusing kampung. Rambutnya yang panjang diikat satu. Untuk mengelakkan rambutnya mengerbang macam hantu. Tiba-tiba abangnya berhenti disebuah rumah besar. Sepertinya orang-orang kaya.
   "Ini rumah siapa bang?" tanya Rania.
   "Ini rumah kawan abang. Rania tunggu kejap." Khai turun dari motor dan segera memberi salam.
Rania hanya memerhati gerak geri abangnya.
   "Bila masa pula dia ni ada kawan dekat sini? Tak pernah pula dia bangitahu." Rania nampak ada seorang lelaki keluar dari rumah itu. Yang paling geram bila abangnya masuk ke dalam rumah tu tidak bawa dia sekali.
   "Boleh abang Khai tinggalkan aku. Ish geramnya. Ni kalau aku pandai bawak motor. Memang aku dah balik dah. Tinggalkan dia sorang-sorang." Rania mengomel sorang-sorang sambil menepuk-nepuk motor yang diduduknya.
   "Anak ni okay ke?" Tegur seorang wanita yang sudah agak berumur.

          Rania tekejut apabila seorang wanita menegurnya dari belakang. Hampir terjatuh dia situ. Tapi pantas wanita itu memegang Rania.
   "Makcik ni siapa? Tiba-tiba je ada dekat belakang?" tanya Rania.
   "Panggil Mak Leha je. Ini rumah Mak Leha. Anak kenapa duduk sini?" jawab Mak Leha dengan lembut.
   "Oh yeke? Maaf Mak Leha. Abang saya jumpa siapa entah dekat dalam tu. Lepas tu dia biarkan saya dekat luar." Rania mengadu dekat Mak Leha sambil menyalam wanita itu.
   "Em kesian dia. Nama anak ni siapa? Mak Leha tak pernah nampak pun sebelum ni."
   "Nama saya Intan Rania. Saya baru balik kampung nenek saya." sambil mengelap peluh didahinya.
   "Oh ya ke? Cucu siapa ni?" tanya Mak Leha lagi.
   "Cucu Ramlah dengan Kamal. Saya anak Azurin. Yang dekat dengan gerai makan." jelas Rania.
   "Lahh, ini cucu Ram? Ya Allah sudah besar dah dia sekarang." Mak Leha mencium-cium wajah comel Rania. Rania biarkan saja wanita ini menciumnya. Mungkin dia kenal sangat dengan dirinya.
   "Mak Leha kenal saya ke?" tanya Rania pula.
   "Ya nak. Mak Leha kenal sangat dengan Intan. Mari masuk, kita sambung cerita dekat dalam." Rania hanya mengikut saja.