Wednesday, 29 October 2014

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB4

          Khairi sudah menunggu Syukri diluar rumah bersama adiknya Intan Rania.
   "Abang, lama lagi ke? Penatlah nak tunggu." Rania sudah mencangkung di atas tanah.
   "Rania jangan cangkung! Tunggulah kejap." Rania terus bangun.
   "Abang try lah call dia. Rania letihlah. Mengantuk tau tak." Rania menutup mukanya dengan rambutnya yang panjang ke depan.
   "Haa mula buat perangai gila ya? Adik buatlah apa-apa yang buat adik hilang mengantuk." Rania terus berfikir. Benda apa yang sepatutnya dia lakukan untuk menghilangkan bosan.
Tidak lama kemudian Rania hilang. Khairi mula gelisah.
   "Dik! Jangan main-mainlah. Tak lawak tau!" Khairi memusing-musing badannya.
   "Abang!" Rania menepuk bahu abangnya.
   "Rania jangan macam ni lah."
   "Abang, tengok ni. Ni muka abang masa tengah makan haritu dekat rumah. Kelakar sangat." Rania ketawa sekuat-kuatnya.
   "Rania ni jahatlah. Buanglah gambar tu." Khairi cuba merampas telefon adiknya. Pantas Rania lari.
   "Abang tau Rania buang gambar tu. Kalau tak, jangan harap nak ikut abang pergi Ipoh."
   "Sikit pun tak kesahlah bang." Kali ni sikap adiknya benar-benar menyakitkan hatinya. Khairi berlari mendapat adiknya. Rania juga terus berlari ke arah jalan raya. Tidak sangka sebuah kereta akan lalu disitu dan Rania hampir dilanggar.
   "Aarrrgghhhhh!!!!!!!" Khairi pantas menarik adiknya. Rupanya kereta tadi si Syukri yang pandu. Nasib Syukri sempat menekan break. Kalau tidak pasti adiknya tidak lagi ceria seperti ini.


           "Rania ni lain kali jangan macam ni lah! Kalau kena langgar tadi macam mana?" Khairi sudah tidak dapat mengawal perasaan. Dia terlampau menjaga adiknya.
   "Rania minta maaf abang." Teresak-esak Rania menanggis.
   "Bro, dah lah tu. Yang penting sekarang dia tak kena apa-apa. Nasib aku sempat break tadi." pujuk Syukri dengan lembut.
   "Terima kasih dekat kau juga sebab sempat tekan break. Kalau tak. Aku tak tahu nak cakap apa dekat parent aku." Syukri melangkah ke arah Rania yang masih menangis-nangis.
   "Rania.. Jangan macam ni abang Syukri percaya dekat abang Khai. Dia sayangkan adik dia. Sebab tu dia marah Rania tadi. Kalau dia tak marah. Mesti nanti Rania ulang lagi kejadian macam tu." pujuk Syukri dengan nada suara yang sangat lembut.
   "Tapi Rania ni degil. Rania selalu buat abang risau"
   "Sudahlah Rania. Jom abang Syukri bawak Rania jalan-jalan. Dah lah tak mau nangis lagi. Nanti Rania tak comel." Rania mula tersenyum dengan kata-kata Syukri.


          Dalam perjalanan ke Ipoh. Rania melihat semuanya tidur dengan riak muka yang teruk sekali. Paling teuk muka Abang Khai lah. Sebesar-besar tidak mulutnya di buka. Sarah pula tidur dengan keadaan yang tenang. mukanya pula tidak lah seteruk abang Khai. Rania sememangnya bosan. Dia cuba untuk terlena. Tapi tidak berjaya. Rania perasan Syukri asyik melihatnya melalui cermin hadapan. Rania hanya buat tak nampak saja. Dia masih ingat peristiwa pagi tadi. Mamanya boleh cakap Syukri adalah jodohnya.
  "Only in dreams ma."
   "Ek apa Rania cakap?" kali ni Syukri tidak henti-henti melihat Rania.
   'Aku terlepas ke?' Rania menepuk dahinya, malu Rania. Tambah pula dengan muka yang makin lama makin merah.
   "Laa kenapa tepuk dahi pula. Abang Syuk tanya ni Rania."
   "Err.. Tak ada pape lah Abang Syuk."
  Syukri hanya senyum melihat Gelagat Rania yang sangat menyerlah dengan perangai kanak-kanaknya.


           Puan Azurin sibuk menyediakan makanan untuk tahlil pada malam hari. Rania awal-awal lagi sudah siap berbaju kurung kuning dengan tudung coklat. Waktu malam pula Tok Mak menjemput para lelaki. Di depan sudah pun penuh dengan orang-orang tahlil.


          "Rania, bila kau balik KL?" tegur Lea, sepupunya Rania.
   "Esok rasanya. Kenapa?"
   "Tak ada apa lah. Aku tanya je. Yela kau kan jarang balik sini. Mana tau tidur sini lama sikit."
   "Mana boleh lama sangat. Aku sekolah lagipun aku ada trainning futsal."
   "Oh aku ingat kau dah abis sekolah" Lea seboleh-boleh nak bertanya. Tapi masa tidak mengizinkan. Puan Azurin sudah memanggil anaknya.
   "Ya ma.  Ada apa?" tanya Rania
   "Tolong bagi lauk ni dekat abang. Suruh dia hantar lauk ni dekat rumah Mak Lijah dengan Pak hussin." sambil menghulurkan dua plastik berisi polisterin.
   "Tapi abang tahu ke rumah tu dekat mana?"
   "Suruhlah kawan dia Syukri tu tunjukkan. Kawan dia mesti tahu." Rania tidak banyak songeh. Dia terus ke depan mencari abangnya.


           Sudah satu rumah Rania pusing mencari abangnya. Tapi tidak nampak pun. Syukri juga dia tidak nampak. Tapi kereta mewahnya masih didepan rumah.
   "Rania buat apa dekat luar ni?" tegur Mak Leha dengan nada suara yang sangat lembut.
   "Rania cari abang Khai. Tapi tak jumpa pun. Mama suruh dia hantar lauk ni dekat rumah Mak Lijah dengan Pak Hussin." jelas Rania.
   "Lahh jauh tu rumahnya. Mak Leha pun tak nampak si Khairi dari tadi."
   "Tak apa lah Mak Leha. Rania pergi dulu. Mana tahu dia dekat dalam ke" Mak Leha hanya menghadiakan senyuman yang paling manis buat Rania. Rania juga membalas senyumannya dan pantas pergi kedalam rumah untuk mencari Khairi Iskandar. Tapi sayang, dia tidak jumpa lagi dimana abangnya. Dia hanya nampak lelaki yang bernama Syukri Ezam didepan matanya.
   "Abang Syukri.. Nampak abang Khai tak?" agak gementar Rania mahu berkata.
   "Oh abang Khai keluar tadi pergi kedai depan. Kenapa Rania?" senyum Syukri melihat wajah comel Rania didepannya. Dengan warna baju yang sedondon pula. Syukri mul;a tertark dengan kecantikkan semulajadi Rania.
   "Tak, mama suruh abang Khai hantar lauk ni dekat rumah Mak Lijah dengan Pak Hussin." sambil menunjukkan lauk yang dipegang Rania.
   "Oh tolong hantarkan. Biar Abang Syukri jela yang hantarkan. Kalau bagi abang Khai pun bukan dia tahu. Sini biar abang je yang hantar." Syukri pantas mengambil beg plastik dari tangan Rania.
 Dari jauh lagi Puan Azurin melihat gelagat mereka. Sesungguhnya, Puan Azurin memang berkenan sangat dengan Syukri. Langkah yang sepatutnya Puan Azurin aturkan ialah mengahwinkan mereka dengan secepat mungkin. Puan Azurin terus ke bilik maknya Ramlah.


         "Betul ke abang Syukri nak hantar lauk ni? Tak apa lah. Mama suruh abang Khai tadi." Rania menarik balik beg plastik yang hampir bertukar tangan tadi.
   "Kalau bagi abang Khai pun. Abang Khai akan minta tolong dekat abang Syukri." Syukri mengambil balik beg plastik ditangan Rania. Rania hanya biarkan saja Syukri mengambil beg plastik itu. Memang benar kata Syukri. Abang Khai pun bukan tahu rumah-rumah tu dekat mana.
 "Abang Syuk, Terima kasih."
 "Sama-sama Rania. Rania nampak sesuatu tak?" Tanya Syukri sambil mulutnya tersenyum-senyum.
 "Nampak apa?" Balas Rania pula.
 "Baju kita sama lah Rania. Kebetulan ke jodoh pertemuan ni?" merah padam muka Rania dibuatnya. Entah kenapa dia boleh tidak perasan dari tadi. Abang syukri pula macam suka saje pakai baju sama warna dengan aku.
 "Kebetulan lah ni. Abang Syukri pergi lah hantar lauk ni. Nanti dah lewat malam, takut Pak Hussin tu dah tutup pintu pula." Rania terus kedapur dengan wajah yang terlampau merah. Syukri senyum saja melihat Rania. Syukri  keluar dan terus lenyap dengan keretanya sekali.


         "Betul ke ini yang kau nak Rin? Rania setuju ke? Bukan dia masih bersekolah lagi?" jelas Ramlah neneknya Rania.
   "Memang Rania masih sekolah. Tapi saya tak tahulah mak. Kenapa saya terburu sangat. Saya takut tak sempat je mak" Puan Azurin memegang kuat tangan maknya.
   "Mak tak kesah. Tapi si Syukri tu nak ke dengan Rania? Dengan Rania yang masih muda tu. Apa sangatlah yang Rania tahu."
   "Saya tahu Syukri suka dekat Rania. Mak tolong, saya kena jumpa Kak Leha sebelum saya balik KL" bersungguh-sungguh Puan Azurin merayu pada maknya.
   "Yang kau ni gelabah sangat kenapa. Kalau macam tu pergilah jumpa dengan dia sekarang. Sementara si Leha belum balik tu" Puan Azurin pantas keluar dari bilik maknya dan terus mencari Mak Leha.


           Puan Azurin menceritakan kesemuanya tentang hajatnya pada Mak Leha. Mak Leha seperti tidak percaya dengan apa yang Puan Azurin hajatkan. Sememangnya Mak Leha seronok sangat kalau Rania menjadi menantunya.
   "Macam ni lah Rin. Aku kena tanya dengan tuan punya badan. Kalau dia setuju kita nikahkan mereka dengan cepat. Kalau dia tak setuju, aku minta maaflah Rin."
   "Baiklah kalau macam tu. Aku harap anak kau setuju."
   "Tapi kenapa kau nak kahwin kan anak perempuan kau dulu. Kenapa tak anak lelaki kau?" jelas kelihatan wajah pelik Mak Leha.
   "Aku takut nanti anak perempuan aku tu duduk terbiar. Susahlah aku nak jelaskan. Tapi yang penting memang aku berharap sangah Leha." Mak Leha hanya mengangguk tanda dia faham maksudnya.

No comments:

Post a Comment