Friday, 7 November 2014
EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB2
Khairi seronok bercerita dengan Syukri sehingga lupa adiknya menunggunya diluar.
"Bro, aku tak boleh lama. Aku bawak adik aku ni."
"Adik kau? Mana tak ada pun." sambil Syukri melihat ditinggap luar.
"Ada, dia duduk dekat motor. Takkan kau tak nampak?" tanya Khairi.
"Kau janganlah buat lawak. Mana ada siapa dekat luar tu. Ada motor je aku tengok." Syukri mula ketawa kecil.
Khairi pantas bangun melihat diluar.
"Ya Allah, mana adik aku ni? Rania! Rania!!!!" Khairi berlari keluar untuk mencari adiknya. Syukri pantas menahannya.
"Bro tenanglah. Cuba try call dia"
"Tenang kau cakap? Adik aku hilang wei. Macam mana nal tenang. Adik aku tu perempuan masalahnya. Rania! Rania!!!" Syukri cuma untuk tenangkan rakannya yang mula hilang kawalan.
"Okay, apa kata kita berpecah. Mungkin dia tak jauh dari sini."
Mereka pantas berlari untuk mencari Rania.
Suasana dalam rumah Mak Leha ni sangat sunyi. Tak dengar pula suara abang Khairi. Padahal dia masuk dekat rumah ni tadi.
"Rania duduk dulu ye. Mak Leha buatkan air."
"Eh tak apa Mak Leha. Rania tak haus pun" Rania menghalang Mak Leha untuk membuat air. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.
"Tak apa. Sikit je ni. Rania duduk ye." Rania tiada pilihan. Dia terpaksa akur saja. Rania duduk di kerusi dibelakang dapur. Cantik halaman rumah Mak Leha. Memang orang yang pembersih. Dalam Rania sibuk memerhati sekeliling laman Mak Leha. Terdengar suara Mak Leha memanggilnya. Rania menyaut dan terus begegas bergerak masuk ke dalam rumah.
Semasa Rania mahu melangkah masuk. Seorang lelaki terlanggar dirinya. Sehingga mereka sama-sama jatuh ke rumput yang hijau.
"Aww!" Rania mengadu kesakitan.
"Maaf-maaf, saya tidak sengaja." lelaki itu terus menolong Rania bangun.
"Jangan sentuhlah!" Marah Rania.
"Hey kenapa ni?" Mak Leha terus keluar mendapatkan Rania.
"Ni Mak Leha. Lelaki ni main langgar-langgar orang sampai jatuh." ngadu Rania. Mak Leha hanya ketawa kecil.
"Intan.. Ini anak Mak Leha, Syukri. Syukri.. Ni Intan. Intan ni dulu pernah tinggal dekat kampung ni dulu..."
"Rania!" Khairi menjerit memanggil Rania.
"Abang.." Rania terus berlari mendapatkan abangnya. Khairi terus mendakap adiknya.
"Adik pergi mana tadi dik. Puas tau abang cari." Khairi mula menitiskan air matanya. Jelas kasih sayangnya kepada adiknya terlalu besar.
"Abang yang tinggalkan Rania sorang-sorang dekat luar. Nasib baik Mak Leha ada temankan Rania"
"Abang minta maaf ya dik. Abang janji tak akan buat adik macam ni lagi." Syukri tersenyum melihat rakan baiknya sudah berjumpa dengan adiknya.
Selesai minum petang dirumah Mak Leha. Khairi minta diri untuk pulang. Pasti mama dan papa risau kerana kedua-dua anaknya tiada dirumah Tok Mak.
"Kami balik dulu lah Mak Leha. Esok Mak Leha jangan lupa datang rumah. Ada buat tahlil arwah datuk." Lembut nada suaranya.
"Ya nak. Mak Leha mesti datang. Hati-hati bawak motor tu. Lain kali datang aje rumah Mak Leha. Bawak sekali si Intan ni. Boleh buat teman Mak Leha berborak." Mak Leha tidak lari memandang Rania yang berdiri di sebelah abangnya.
"Baiklah Mak Leha. Kami balik dulu."
Puan Azurin sudah tidak sedap hati memikirkan tentang anaknya. Hilang begitu sahaja.
"Bang, mana anak-anak kita pergi ni bang? Tak balik-balik lagi. Dah nak lewat petang ni."
"Awak ni cuba duduk bertenang. Kejap lagi mereka baliklah. Kan Udin cakap si Khairi tu pergi rumah ketua kampung jumpa kawan dia." Puan Azurin cuba menyenangkan dirinya. Dia meneguk segelas air putih.
"Haa tu anak awak dah balik dah" Encik Muizzuddin memberitahu kepada Puan Azurin. Puan Azurin bergegas mendapatkan kedua anaknya.
"Mana anak mama pergi ni. Risau tau mama." Puan Azurin memeluk erat kedua anaknya.
"Rania pergi rumah Mak Leha tadi ma. Mak Leha kata dia kenal sangat denga Rania. Tapi Rania lupa dia. Siapa dia ma dengan Rania ma?" Puan Azurin senyum sambil membelai-belai rambut panjang anaknya.
"Pergi masuk mandi dulu. Baru mama cerita. Ni anak mama dah masam dah baunya." usik Puan Azurin lagi. Khai hanya mengikut langkah mereka.
Suasana dimalam hari sangatlah meriah dengan kehadiran sedara mara dan anak-anak kecil diruang tamu. Puan Azurin dan yang lain didapur menyiapkan lauk untuk hidangan malam ini. Khairi diluar bersama dengan Syukri dan Udin. Mereka berborak kosong. Manakala Rania hanya seorang diri didalam bilik. Dia malas mahu bergaul dengan sepupunya.
Rania duduk berhampiran dengan tingkap berdaun. Dia masih teringat lagi apa yang mamanya cerita tentang Mak Leha siang tadi. Dulu waktu Rania berusia tujuh tahun. Rania tinggal dikampung bersama dengan Tok Mak. Rania dan Khairi terpaksa berpisah untuk tiga tahun. Dulu Puan Azurin dan Encik Muizzuddin sangat sibuk. Bagi mereka untuk menguruskan Khairi sudah cukup membebankan. Tambah pula dengan kerja dipejabat yang banyak. Mereka terpaksa menghantar Rania kekampung.
Sejak itu, Rania bersekolah dikampung dan banyak mengikut neneknya kesurau. Mak Leha lah yang banyak membantu neneknya menjaga Rania. Mengajar Rania mengaji, solat dan perkara-perkara yang melibatkan ibadah. Mak Leha juga sering membawa Rania kerumahnya. Dulu Rania tidak pernah jumpa dengan Syukri. Sebab Syukri sekolah di asrama penuh.
Rania tidak pernah menganggap mama dan papanya orang yang tidak bertanggungjawab. Dia redha, mungkin ada hikmah disebaliknya.
"Dik.." lembut Khairi memanggil adiknya.
"Kenapa bang?"
"Jom makan. Mama dah siap masak tu."
"Haa sini Rania duduk sebelah Maksu. Rania nak makan apa? Banyak lauk ni semua mama Rania dengan Maksu yang masak." ramah maksu melayannya. Tapi Rania tahu Maksunya hanya berlakon saja. Masih ingat lagi peristiwa Rania diberi lauk ikan goreng dan kicap. Maksunya menyumbat makanan itu di mulutnya.
Bukan itu sahaja. Masa Rania pulang lewat ke rumah. Rania disuruh duduk diluar. Waktu tu hujan lebat diluar. Sampai petir sambung menyambung. Rania terpaksa merahsiakan perkara ini kerana tidak mahu hubungan antara mama dan maksunya menjadi renggang.
"Tak apa Maksu. Rania nak duduk sebelah mama" Rania segera duduk bersila disebelah mamanya.
"Rania nak lauk ayam ni? Ni mama yang masak." Puan Azurin menyedokkan lauk ayam masak merah tu keatas pinggan Rania.
Ketika Rania sedang menjamu selera. Dia perasan ada mata yang memerhatinya. Siapa lagi kalau bukan Syazran. Sejak petang tadi Rania tidak bertegur dengan Syazran. Padahal Syazran sudah berkali-kali menegurnya.
"Dik, nak ikut abang tak?" tekejut Rania bila abangnya menyergah dengan cara tiba-tiba.
"Pergi mana?"
"Rumah Mak Leha. Nak tak?"
"Haa? Nak-nak. Bila?" jelas wajah ceria Rania yang sangat cantik.
"Ehem. Ada mama kata boleh?" nyampuk Puan Azurin.
"Alaa ma. Bolehlah." pujuk Rania."
"Rania kena tolong mama cuci pinggan. Nanti sepupu Rania cakap apa pula kalau Rania tak tolong" Rania terpaksa menurut perintah mamanya.
"Kalau macam tu Khai pergi sorang jela ma. Boleh?" pujuk Khai pula.
"Kalau Khai takpa. Tapi jangan balik lewat. Bising papa nanti."
"Baik mamaku sayang" sempat lagi Khai mencuit dagu mamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment