Rania sibuk mencuci
pinggan mangkuk dibelakang dapur. Puan Azurin pula duduk dimeja makan bersama
Encik Muizzuddin yang tidak jauh dari tempat Raniah mencuci pinggan. Syazran
yang baru sahaja menghabiskan segelas air. Terus ke tempat Rania.
"Hai Rania. Ingat Syaz
lagi?" Ramah Syaz. Rania mula rasa tidak selesa. Ingin saja dia masuk
kedalam bilik sekarang ini.
"Ingat. Yang selalu buli
Rania dulu." Agak pedas juga kata-kata Rania. Tapi Syazran tetap tidak
terasa.
"Syaz nak minta maaf
dekat Rania. Syaz tahu dari dulu lagi Syaz banyak buat Rania sakit hati. Itu
kan masa kita kecil. Sekarang Syaz dah tak macam tu lagi Rania. Syaz ikhlas nak
minta maaf dekat Rania." bersungguh-sungguh cara Syazran memohan maaf
kepada Rania. Dengan cara sebegitu, tidak berjaya melembutkan hati sigadis yang
benama Intan Rania ini.
"Tak apalah Syaz. Rania
pun banyak kerja nak kena buat ni. Syaz janganlah ganggu Rania." kerutan
didahi Rania jelas terpancar. Menunjukkan yang Rania benar-benar tidak menyukai
kehadiran Syazran.
"Okay Rania. Syaz takkan
putus asa untuk memohon maaf dekat Rania. Syaz akan tunggu Rania sampai Rania
betul-betul boleh maafkan Syaz." Syazran terus beredar.
"Eh
Khai, kau sekarang belum dapat job lagilah? Ish kau ni. Belajar dah abis, tapi
tak cari kerja. Macam manalah awek nak melekat dekat kau." usik Syukri
dengan hujung-hujung ayat mengetawakan Khairi.
"Eleh tahulah kau dah
dapat kerja dekat port baik. Umur baru berapa dah jadi bos. Untung betul kau
ni."
"Dah rezeki aku nak buat
macam manakan. Ni pun demi masa depan aku juga. Kalau aku tak terima tawaran
ni. Nak bagi bini aku makan apa nantikan." Syukri ketawa sedikit.
"Amboi kau. Jauh fikir
sampai kahwin. Dah ada calon ke?"
"Belum lagi. Tapi aku dah
bersedia dah untuk jadi seorang suami."
"Kadang-kadang aku sakit
hati dengan kau punya cerita ni." Khairi mula buat muka.
"Alaa kawan aku sorang
ni. Kau patut gembira tau dapat kawan yang dah atur untuk masa depannya."
"Apa-apa jela Syuk. Aku
nak baliklah. Hantar aku cepat." Khai terus bangun.
"Amboi. Ingat kita ni
kuli dia pe"
Rania duduk di anak tangga luar rumah.
Dia masih memikirkan tentang Syazran. Betul ke dia benar-benar mahu minta maaf?
Sukar untuk Rania mempercayai lelaki yang pernah menyakitkan dia dahulu.
"Aku rasa nak balik je KL
sekarang ni. Betul-betul serabut duduk sini. Okay tenang Rania. Bukan lama
pun." Rania menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin.
Tidak lama kemudian. Sebuah kereta BMW X6 membunyikan honnya dengan kuat.
Hampir terjatuh Rania dibuatnya.
"Kurang ajarlah. Berlagak
betul mentang-mentang kereta mahal. Suka-suka hati nak hon kuat-kuat"
Geram Rania dibuatnya.
Lagi mengejutkan tuan punya kereta itu keluar dari keretanya.
"Ish nak culik aku ke apa
ni?" Rania mula takut. Pantas dia masuk kerumah. Rania mengendap ditingkap
yang belum tertutup.
"Eh, itu kan Abang Khai.
Kereta siapa pula dia bawak ni?" Rania melihat di tempat duduk sebelahnya
juga keluar.
"Itu kan anak Mak Leha. Ish takkan lah itu kereta dia. Mewah
betul."
"Okay Syuk,
Esok kita jumpa lagi. By the way, thank you for this." Khai seronok sangat
dapat memandu kereta mewah kawan baiknya. Entah bila dia dapat memiliki sebuah
kereta hasil duit kerjanya.
"Tak ada hal lah. Setakat cuba drive pusing-pusing kampung ni
aku tak kesah." Syukri tidak lagi dengan sifat pemurah dari segi senyuman
manisnya yang mempunyai dua lesung pipit dipipi.
"Okaylah Syuk. Aku rasa kau balik sekarang. Dah lewat ni. Aku
risau kau drive malam-malam macam ni. Walaupun kawasan kampung. Bahaya tetap
bahaya." Syukri pantas masuk kedalam keretanya dan terus memandunya.
Khairi pula dari tadi asyik tersenyum-senyum saja. Terlampau gembira dapat
memandu kereta mewah agaknya. Khairi pantas menaiki anak tangga dan menutup pintu
depan.
Sudah pukul
dua pagi. Rania masi belum tidur juga. Dia tidak selesa dengan nyamuk yang
sangat banyak. Dia melihat telefonnya.
"Ada text? Wow, dah
malam-malam buta macam ni baru dapat line?"
Rania membaca mesej tersebut. Rupanya mesej dari kawannya Juliana.
"Rania, kau dekat Perak
lagi ke? Berapa hari? Aku cuma nak ingatkan kau je. Tiga hari lagi kita ada
trainning futsal. Kau jangan sampai tak datang. Nanti Miss Anne mengamuk
lagi."
Habis saja membacanya. Rania terus membalas masej dari Jue.
"Kau rilek okay. Lusa
aku balik. Mestilah aku tak lupa beb. Sorry dekat sini susah nak ada
line."
Rania terus menghantar. Tapi malangnya. Ketika Rania mahu menghatar. Line
terus tiada.
"Arghhhh!!"
Puan Azurin terus tersedar dari tidurnya.
"Rania kenapa sayang?"
"Maaf ma. Rania tak sengaja. Tadi nyamuk banyak sangat. Itu yang
Rania geram sampai terjerit kuat."
"Sudahlah Rania. Tidur je ya. Biasalah dekat kampung memang
banyak nyamuk"
Rania terus menutup matanya serapat-rapat yang mungkin. Dia tidak tahan mahu
ketawa melihat mamanya yang bercakap sambil matanya dipejam. Dan akhirnya Rania terlena juga.
Pagi-pagi lagi rumah Tok Mak sudah meriah dengan kehadiran jiran-jiran Tok Mak.
Rania tersedar apabila abangnya menupuk-nepuk pipinya.
"Jangan kacaulah abang!"
Rania paling tak suka apabila orang lain kacau dia tidur.
"Hey adik bangunlah. Nak ikut
abang tak pergi bandar Ipoh. Kalau nak pergi siap sekarang." Terus segar
biji mata Rania.
"Ipoh? Wow, nak naik apa? Bas?
Buat lawak ke bang?" Rania ketawa sepuas-puasnya.
"Ish budak ni. Naik keretalah.
Kalau naik bas memang tak ada makna Rania nak ikut."
"Kereta siapa pula? Abang reti ke
drive dekat sini?"
"Kau ni dik banyak tanyalah. Nak
ikut ke tak? Dengan kawan abanglah anak Mak Leha tu. Kalau tak silap adik
Syukri pun ikut sekali."
"Ya ke? Adik dia lelaki ke
perempuan?" Rania mula tersenyum-senyum.
"Eh gatal juga dia ni. Adik dia
perempuan. Cepatlah dik. Pukul sembilan nanti dia datang amik"
"Okay-okay Rania mandi okay."
Encik
Muizzuddin pagi-pagi lagi sudah ke KL kerana urusan kerja yang tidak dapat
dielak. Pada mulanya Puan Azurin juga mahu mengikut suaminya ke KL. Tapi
memikirkan tentang tahlil petang ini. Terpaksa dia berpisah dengan suaminya
untuk satu hari.
"Mama!" Rania mengejutkan
mamanya.
"SubhanaAllah. Rania, tekejutlah
mama"
"Maaf mama. Rania saja je taknak
mama moody sebab papa takda dekat sini."
"Yela tu. Rania ni memang selalu
usika mama. Ni anak mama lawa-lawa nak kemana pula?" Puan Azurin membelai
rambut anaknya yang lurus dengan warna hitam berkilat.
"Ikut abang pergi bandar Ipoh.
Saja jalan-jalan."
"Naik apa pula? Jangan lama-lama.
Balik sebelum tahlil tau."
"Ya ma. Rania pergi naik kereta
anak Mak Leha." Puan Azurin senyum dan pantas memeluk anaknya.
"Rania suka tak dengan
Syukri?" Rania terdiam.
"Kenapa mama tanya macam tu?"
"Sebab mama berkenan sangat dengan
dia. Dia baik sangat Rania." "Rania tak tahu dia baik ke tak.
Sebab Rania pun tak kenal dengan dia ma."
"Kalau Syukri tu jodoh Rania.
Rania kena terima dia juga." Rania semakin pelik dengan sikap mamanya.
"Mama tolonglah Rania anggap
Syukri tu macam abang je ma. Rania tak ada perasaan apa-apa pun." Puan
Azurin hanya menunduk dengan riak wajahnya yang muram.
"Mama, Rania janji Rania akan jadi
anak yang baik. Rania tak nak jadi anak derhaka. Mama tolong jangan buat Rania
macam ni." pujuk Rania.
"Mama tak paksa. Cuma mama dapat
rasa dia lelaki yang baik-baik." Rania sudah malas mahu mendengar.
Rania terus pergi meninggalkan mamanya. Dia
tidak menyangka yang mamanya akan bertindak dengan sedemikian. Walaupun hanya
percakapan. Tapi kalaulah mulut mamanya masin. Tidak mahu dia mempunyai keluarga sendiri dalam umurnya yang masih muda. Baginya Syukri terlalu tua. dia mahukan lelaki yang sebaya dengannya. Tapi Rania lupa akan takdir yang ditetapkan Allah. Jodoh mereka memang kuat.
No comments:
Post a Comment