Sunday, 7 December 2014
EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB5
Encik Muizzuddin dalam perjalanan balik ke Perak. Baru sahaja tadi isterinya menelefon memberitahu ada hal yang perlu dibincangkan tentang Rania. Encik Muizzuddin suruh beritahu di telefon saja. Tapi Puan Azurin tidak mahu. Dia lagi selesa berempat mata.
Syukri sibuk dengan membuat kerja di komputer ribanya. Syukri pulang ke kampung kerana ayahnya sakit. Syukri mengambil cuti seminggu untuk menjaga ayahnya. Walaupun Mak Leha masih ada. Tapi dia tetap mahu menjaga ayahnya. Kurang sikit beban maknya.
"Syuk, mak nak cakap sikit." Mak Leha duduk didepan Syukri. Syukri pantas mengalihkan komputernya ke tepi.
"Ada apa mak? Cakaplah" sempat lagi dia menghadiahkan senyuman manisnya.
"Syukri suka tak dengan Rania?" Syukri tersentak.
"Tiba-tiba pula mak ni kenapa tanya macam ni?" Syukri sudah mengalihkan pandangannya kearah lain.
"Mak bekenan dengan Rania tu. Mak harap kamu pun sama macam mak." Mak Leha mencuit-cuit bahu anaknya.
"Apa ni mak. Rania tu budak lagi lah mak. Syuk anggap dia macam adik je. Lagi pun si Rania tu manalah nak pandang budak kampung macam Syuk ni.
"Apa cakap macam tu. Mak Rania sendiri yang jumpa dengan mak. Dia bekenan dengan kamu"
"Yela mak. Mak dia yang bekenan dengan Syuk. Anaknya tu belum tentu lagi berkenan dengan Syuk mak." Syukri pelik sedikit dengan perangai maknya. Kenapa tiba-tiba mahu menjodohkan dia dengan Rania. Syukri sendiri tidak pernah terfikir untuk kahwin dalam masa terdekat ini. Walaupun dia sedar, dia sudah lebih dari cukup untuk mendirikan rumah tangga.
"Mak, hal kahwin macam ni mana boleh paksa mak. Syuk sendiri pun tak kenal sangat dengan dia mak."
"Memanglah. Tapi mak yakin yang kamu akan bahagia dengan dia. Percayalah Syuk. Mak kenal Rania tu. Dari kecil mak jaga dia dan mak tahu dia jenis macam mana."
"Alaa mak. Sejak bila entah pernah jaga Rania tu. Syuk tak tahu pu. Mak ni meningau lah. syuk masuk tidur dulu lah mak." Syukri terus menggambil komputer ribanya.
"Memang lah kamu tak tahu. Masa tu kamu dekat asrama. Kalau kamu tak duduk asrama masa tu. mungkin kamu akan suka dia dari kecil lagi." Mak Leha tidak berputus asa untuk anaknya bersetuju untuk menerima Rania.
"Cantik sangat ke dia masa kecil tu mak? Ada cantik macam Nora Danish? Kalau tak cantik macam Nora Danish, memang Syuk tak heranlah." Kata-kata syukri membuatkan telinga Mak Leha berdesing mendengarnya.
"Kamu ni fikir macam tu. Abis kamu ingat kamu Handsome sangatlah. Mak percaya satu hari nanti kamu mesti suka dan sayang dekat ania tu." tegas suara Mak Leha.
"Syuk handsome apa. Mak je tu yang taknak mengaku. Sayang?" syukri ketawa sedikit.
"Mak cakap ketawa-ketawa aje. Kalau satu hari nanti mulut mak ni masin. Kamu mesti tak mahu berenggang dengan dia nanti." Syukri seperti kehilangan kata-kata. Dia tunduk mendiamkan diri.
Waktu menunjukkan telah pun pukul tiga pagi. Syukri masih lagi tidak dapat tidur dengan lena. Dia asyik memikirkan tentang Rania.
"Kalau betul lah mulut mak tu masin dan Rania jodoh aku. Aku redha je. Aku akan terima dia dengan seadanya." Syukri terus mengambil air sembahyang dan segera mendirikan solat sunat istikharah. Agar tuhan permudahkan segala urusannya.
Selesai menunaikan solat. Syukri teringat peristiwa pagi tadi di tempat membeli-belah di Ipoh. Rania membeli kasut sukan dengan menggunakan duit dari dompetnya. Kenapa dia tidak tanya dahulu pada Khairi. Sepertinya Rania tidak suka menggunakan wang dari orang lain. Masa makan tengah hari tadi juga dia membayar dahulu makanan yang di makannya. Sememangnya Syukri suka dengan cara Rania yang tidak menyusahkan orang lain.
"Kenapa mesti Rania? Umur dia dengan Sarah lebih kurang aje. Tak boleh bayangkan kalau aku dah kahwin dengan dia. Macam mana hidup aku nanti. Aku nak makan apa nanti. Rania tu mesti tak pandai masak. Ya Allah, serabutnya!!!!"
Encik Muizzuddin masih tidak faham dengan isterinya. Kenapa harus menikahkan Rania dengan lebih awal. Sedangkan Puan Azurin sendiri tahu bahawa Rania masih bersekolah dan tahun ini akan mengambil SPM. Mana mungkin Rania dapat menjalankan dua tanggungjawab yang penting dalam satu masa.
"Tapi bang. Syukri tu baik budaknya bang. Saya ibu yang melahirkan Rania dan firasat seorang ibu tu kuat. Saya yakin anak kita akan bahagia dengan Syukri." rayu Puan Azurin.
"Awak tengok macam tu je dah berkenan? Saya sendiri pun belum tengok rupa si Syukri tu."
"Abang saya merayu sangat. Tolong satukan Rania dengan Syukri. Saya yakin Syukri dapat jaga anak kita dengan baik." pujuk Puan Azurin lagi.
"Saya kena tengok dulu budak tu macam mana dan saya perlukan alasan kukuh kenapa dia terima Rania nanti." tegas suara Encik Muizzuddin. Puan Azurin tidak putus-putus berdoa dalam hati agar hati suaminya lembut. Rania dan Syukri juga akan dapat bersatu suatu hari nanti.
Rania terdengar perbualan mama dan papanya diluar pintu bilik. Waktu itu Rania seperti hilang kawalan. Dia keluar rumah dan berlari ke arah sawah padi. Sampai saja disana. Rania terus menjerit semahu yang mungkin. Menangis-nangis dia jadinya.
"Kenapa mama beria-ria nak kahwinkan aku dengan si Syukri tu! Apa ada pada dia sampai mama nak jodohkan aku dengan dia?! Arrgghhhh!!!" Rania menjerit lagi. Kali ini dia sangat buntu. Apa harus dia mengikut kata-kata mamanya atau lari dari masalah. Hari semakin lama semakin gelap. Rania masih tidak mahu pulang ke rumah. Dia duduk di bawak pokok besar. Matanya tidak henti-henti mengeluarkan air mata yang terkumpul dari tadi.
"Tujuh tahun aku dah tak balik sini. Bila umur aku dah tujuh belas tahun. Terus kena kahwin dengan Syukri! Merepek semua ni!" Dihujung-hujung ayatnya terdapat sedikit jeritan yang kuat. Kali ini Rania benar-benar tidak dapat menerima hakikat. Awan yang mendung sudah pun membasahi kawasan itu dengan lebat sekali. Rania biarkan saja dirinya dibasahi dengan air hujan. Dia sudah kaku untuk bertindak apa-apa. Dia hanya duduk berdiam diri disitu.
"Abang! Abang!!" cemas suara Puan Azurin.
"Kenapa awak ni? Terjerit-jerit?"
"Rania bang. Rania takda dalam rumah. Mana dia pergi bang. Dekat luar hujan lebat tu bang. Saya risau bang." menangis-nangis Puan Azurin memberitahu kepada suaminya.
"Awak ni, mana tahu dia ada dekat dapur ke. Carilah betul-betul."
"Tak ada pun bang. Saya dah cari semua tempat. Rania lari ke bang." Encik Muizzuddin sudah menggurut kepalanya.
"Macam mana awak jaga Rania ni? Dia selalu dengan awakkan" suami isteri ini sudah mula bertengkar. Kebetulan Syukri lalu dibelakang mereka. Puan Azurin pantas menarik tangan pemuda itu.
"Syukri ada nampak Rania?" Syukri agak pelik sedikit melihat mata Puan Azurin. Seperti baru lepas menangis.
"Ada tadi. Nampak dia berlari dari dalam rumah sampai ke sawah." lurus tangannya menunjuk sawah padi yang mula berlecak.
"Bang, jom kita pergi sana. Mana tahu Rania masih dekat sana." Puan Azurin menarik-narik lengan suaminya.
"Tak perlu! Saya rasa kita suruh Syukri saja lah yang pergi cari Rania. Sebab saya rasa Rania dah terdengar perbualan kita tadi." Syukri agak terkejut sedikit apabila Encik Muizzuddin menyuruhnya mencari Rania.
"Syukri, tolong kami ya? Carikan Rania." Puan Azurin cuba untuk memujuk Syukri.
"Baiklah makcik. Saya akan cari Rania untuk makcik." pantas Syukri berlari sambil membawa payung dirumah Tok Mak.
Dari jauh Syukri sudah nampak Rania tersandar dibatang pokok besar. Rania kelihatan lembik sangat. Pantas Syukri berlari kearah Rania.
"Rania!" jerit Syukri. Rania tidak pula memandang Syukri. Rania sudah lembik dan tidak larat untuk bergerak.
"Kenapa Rania duduk sini. Mama dengan papa Rania risau tau." Rania hanya memandang wajah tampan Syukri.
"Kenapa nak cari saya? Saya selesa duduk dekat sini." sambil ketawa kecil dihujung ayat.
"Rania jom balik. Saya kena bawak awak balik sekarang." Syukri terus memegang lengan Rania untuk membangunkannya.
"Nanti! Kalau saya kena paksa kahwin dengan awak nanti. Awak akan layan saya macam ni ke atau dengan cara kasar." Syukri terus terduduk didepan Rania. Dia mengelap wajah Rania yang penuh dengan titisan air hujan.
"Kalau awak jodoh saya. Saya akan jaga awak dengan sebaik-baiknya." jujur Syukri mengatakan kepada Rania.
"Awak sanggup terima saya kalau saya tidak menganggap awak sebagai suami saya?" berdesing telinga Syukri mendengarnya. Tapi Syukri tidak pula melenting.
"Saya akan terima awak dengan seadanya jika awak jodoh saya." lembut saja nada suara Syukri.
"Sudahlah Rania. Jangan seksa diri dengan buat benda yang boleh menjejaskan kesihatan awak." Rania tersenyum sedikit. Nampaknya hatinya sudah lembut. Rania terus bangun. Syukri pula pantas memayungkan Rania dengan payung yang bersaiz sederhana besar. Tapi kaki Rania tiba-tiba rasa tidak bermaya untuk memijak tanah. Pandangan matanya juga sudah mula menjadi gelap. Badannya yang lembik terus terjatuh tapi pantas Syukri mendakapnya dan Rania pengsan didakapan Syukri. Syukri menepuk-nepuk pipi Rania agar Rania dapat sedar kembali. Syukri dapat merasakan pipi Rania sejuk. Syukri risau kalau apa-apa akan terjadi pada adik kawan baiknya. Syukri segera mengendong Rania dan terus membawa pulang ke rumah Tok Mak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment