Wednesday, 10 December 2014

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB6

         Rania tersedar apabila satu cahaya menembusi kelopak matanya. Rania terus membuka matanya perlahan-lahan. Dia melihat suasana bilik yang agak sunyi dan Rania terbaring diatas katil.
  "Ya Allah, dekat mana aku ni." Rania terus turun dari katil tapi Rania terjatuh juga kerana kakinya tidak pijak kuat pada lantai.
  "Aduhhh!!" Rania menjerit kesakitan. Rania dapat mendengar ada bunyi beberapa tapak kaki yang berlari ke tempatnya. Rania semakin takut.
  "Rania! Kenapa boleh jatuh ni sayang." Puan Azurin memeluk erat badan kecil anaknya. Rania juga membalas pelukan itu.
  "Mama.. Rania dekat mana ni ma? Rania nak balik" menangis-nangis Rania dipelukan mamanya. Rania dapat melihat ada dua orang lelaki yang berdiri dibelakang mamanya. Rania mendonggak sedikit. Rupanya itu Abang Khairi dan Syukri Ezam. Rania malu dengan Syukri. Rania dapat merasakan Syukri mengendongnya waktu dia hampir pingsan. Entah kenapa, waktu itu Rania rasa selamat dengan Syukri. Padahal lelaki ini lah yang dibencinya sejak mamanya mahu menjodohkan mereka.

         Encik Muizzuddin memberi tumpuan sepenuhnya pada jalan raya. Memandu kereta pada waktu pagi sangatlah seronok di tambah pula dengan cuaca yang tidak terlalu panas. Wajah ceria Rania jelas kelihatan apabila dia akan pulang semula ke KL semula. Di sebalik keceriaannya, terselit satu perasaan pedih yang amat dalam. Dia takut jika mamanya masih nekad untuk menjodohkannya dengan Syukri Ezam.
 'Apa hebatnya Syukri tu sampai mama dengan papa beria-ria nak kawenkan aku dengan dia entah. aku paling tak suka kalau kena paksa macam ni. Ini kan melibatkan masa depan aku. Jadi aku lah yang berhak nak pilih siapa pilihan hati aku nanti.' rungut Rania dalam hati. Dia memang tidak puas hati lagi dengan mamanya. Bukan mahunya berdendam atau apa. Cuma sekadar mahu mamanya tahu perasaannya. 

         Sampai sahaja di rumah. Khairi Iskandar terus berbaring dikatilnya.
  "Sedapnya dapat manjakan badan ni. kalau tau daritadi duduk dalam kereta. Sakit!"
 Baru sahaja dia baring. Pintunya diketuk.
  "Khai, mama nak masuk sekejap" perlahan suara Puan Azurin.
  "Masuklah ma. Tak kunci pun" balas Khai. Puan Azurin menguak pintu dengan perlahan-lahan. Wajah tampan anak sulongnya jelas kelihatan apabila dia membuka pintu bilik Khairi.
  "Mama nak bagi ni dekat Khai" sambil memberi satu beg kertas
  "Apa ni ma?"
  "Bukaklah" senyum Puan Azurin. Khairi pantas membuka beg itu. Agak terkejut juga dengan isi didalam beg kertas itu. Khairi bagai tidak percaya apa yang diberi oleh mamanya.
  "You just make a joke right?"
  "Tidak sayang. Ini mama dengan papa yang nak hadiahkan untuk Khai. Khairi pilih lah, lepas tu tunjuk aje dekat mama yang mana Khairi berkenan" Khairi pantas membelek beberapa katelog kereta yang diberi mamanya.

          Mak Leha yang baru saja lepas memberi ayam-ayamnya makan. Terus menuju ke pangkin kecil untuk melihat apa yang Syukri sedang lakukan.
  "Amboi anak mak ni buat apa sampai senyum sorang-sorang?" kehadiran Mak Leha menggejutkan Syukri.
  "Apa mak ni. Terkejut Syukri."
  "Mak minta maaflah. Abis kamu tu senyum sorang-sorang. Peliklah mak."
  "Mak, Syukri senyum sebab nak hilangkan stress." Syukri terus duduk bersila.
  "Ada pula macam tu? Nak stress kenapa pula. Tahu lah Rania dah balik." senyum Mak Leha
  "Ini lah malas nak cerita dengan mak. Rania tu bukan hal Syuk lah mak. Dia tu Syuk anggap macam adik. Tolonglah mak." runggut Syukri dengan kerutan beribu didahi.
  "Jangan hujung-hujung kelain pula. Tup-tup je nanti minta mak minangkan dia"
  "Mak ni merepeklah. Ni Syukri nak bagitahu mak. Malam ni Syukri da kena gerak KL. Sebab esok Syukri dah kena masuk office."
  "Ya mak tahu. Kan semalam kamu dah bagitahu dekat mak." Syukri hanya tunduk sambil tersenyum.
  "Tapi tak puaslah mak cuti seminggu ni. Abah pun tak sihat lagi. syuk risau mak jaga abah sorang-sorang." jelas wajah kerisauan Syukri.
  "Alaa.. Apa nak risaunya. Sarah ada boleh tolong-tolong mak jaga abah. kamu jangan risaulah..." Mak Leha menepuk lembut bahu anaknya.
   "Lagi pun abah dah sihat sikit. Dah tak seteruk dulu."Mak Leha tidak mahu membebankan fikiran anaknya lagi. Cukuplah Syukri sudah mengambil cuti seminggu. Lagi pula Pak Razak sudah hampir sembuh dari sakitnya. Sebenarnya sakit Pak Razak itu tidaklah teruk mana. Cuma terlampau letih dan tidak cukup tidur membuatkan sakit Pak Razak tidak baik-baik. Pak Razak memang sibuk dengan kerja-kerja di kampung ini. Dah nama pun Ketua Kampung. Haruslah busy dengan tugasan-tugasannya.

          Rania turun anak tangga dengan perlahan-lahan. Mamanya sudah menyuruhnya dari tadi untuk turun kebawah. Ada hal yang mereka sekeluarga mahu dibincangkan.
  "Ma, ada apa ni? Rania dah mengantuk sangat."
  "Duduk dulu Rania. Kita tunggu abang Khai pula." perlahan saja suara Puan Azurin. Rania terus duduk sofa. Sebenarnya dia sudah letih.
  "Ya ma, pa ada apa ni? Macam penting sangat je nak bincangkan harini?" wajah Kahai jelas kelihatan seperti orang cemas.
  "Duduk Khai." arah Encik Muizzuddin. Khai terus duduk dan matanya tidak lepas dari melihat gelagat papanya.
  "Papa nak tanya kamu dah pilih belum kereta mana yang kamu nak?" bulat mata Rania apabila papanya berkata begitu.
  "Apa pa? Dah pilih kereta?" Rania terus menoleh kepada abangnya.
  "Ya. Papa nak hadiakan sebuah kereta untuk Khai."
  "Khai dah pilih dah pa." Khairi terus menghulurkan katelog kereta kepada papanya.
  "Dalam tu Khai dah tandakan kereta yang Khai nak." jelas Khairi Iskandar. Encik Muizzuddin terus membukanya dan terus tersenyum lebar dengan kereta pilihan anak lelakinya.
  "Pa, abang pilih kereta apa?" Rania pantas bersuara. Tak sabar dia mahu melihat kereta yang abangnya pilih. Encik Muizzuddin terus menghulurkan katelog itu kepada Rania.
  "Fuyoooo. Tak ada yang lagi gempak ke pilihan abang. Apa nama kereta ni bang. Cantik sangat" Rania agak teruja.
  "Audi S5" pendek sahaja jawapan abangnya.
  "Nanti boleh lah adik bawa kereta abang sampai pecah"
  "Diam lah dik." Khairi terus merampas katelog itu.
  "Papa setuju untuk beli kereta yang Khairi pilih tu. Khairi jaga baik-baiklah kereta tu nanti."
  "Ya pa, Khai mesti jaga baik-baik. Terima kasih pa" Khairi terus memeluk papanya.

          "Abang jangan lupa pula cakap dekat Rania" pesan Puan Azurin.
  "Kenapa dengan Rania?" celah Rania pula.
  "Papa ada benda nak cakap. Ini soal masa depan kamu" tegas suara Encik Muizzuddin.
  "Ya, just tell me whats?"
  "Papa dah buat keputusan untuk kahwinkan Rania dengan Syukri hujung bulan ni." bulat mata Rania memandang papanya.
  "Pa, apa ni? Im seventeen pa and Im still young for be a wife." Rania mula berdiri. Dia sudah tidak keruan.
  "Siapa Syukri pa?" celah Khairi
  "Syukri kawan kamu lah."Khairi Iskandar terkejut mendengarnya.
  'Tapi kenapa Syukri?' soalnya dalam hati.
  "Kenapa Syukri tu pa dan kenapa nak kahwin kan adik dengan umur dia yang masih muda. Kalau mama dengan papa tak sabar sangat nak dapat cucu. Khai rela kahwin dulu. Kesian dekat adik. Lagi sebulan lebih je dia nak amik SPM." dari dulu sampailah sekarang Khairi tidak jemu untuk membela adiknya. Khairi tidak ada masalah kalau Syukri pilihannya. Tapi dia kesian pada Rania. Rania masih muda untuk menjalani hidup sebagai seorang isteri.
  "Apa pun keputusannya. Papa tetap mahu nikahkan Rania dengan Syukri." Encik Muizzuddin terus masuk ke bilik.
  "Ma, tolong ma... Rania taknak kahwin ma. Rania tak kenal Syukri tu macam mana. Macam mana kalau Syukri dera Rania. Mama tak kesian ke dengan Rania." Rania memujuk-mujuk mamanya dengan berlinang airmatanya.
  "Rania terimalah Syukri ya. Mama yakin Syukri tu budak yang baik. Percayalah cakap mama." Puan Azurin memujuk anaknya yang sudah tidak dapat dikawal lagi.
  "Rania benci mama! Rania benci papa. Semua orang tak faham perasaan Rania." Rania terus berlari masuk kebilik.
  "Aku benci kau Syukri!!" Rania terus baling segala benda yang berhampirannya. Rania menanggis semahu-mahunya sehingga dia terlena dilantai.


        "Selamat pagi Encik Syukri." tegur salah seorang dari pekerjanya. Syukri hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya.
  "Kau tengok bos kita tu. Comelkan dengan lesung pipit dia. Lepas tu dengan badan ketaknya lagi. Cair beb aku. Kalaulah aku jadi wife dia, mesti best!" puji Wana salah seorang pekerja yang sudah lama berhidmat di syarikat itu sebelum Syukri menjadi bosnya lagi

          "Kau ingat bos nak pandang kau ke? Kau ni overlah. Dah sah-sahlah kau bukan test dia. Please lah, dia tu dah lah berlagak. Menyampah aku." jawab Sufian lelaki lembut yang sangat kuat menggosip.
  "Hei! Buat kerja. Jangan nak makan gaji buta pula. Kau Wana. Dah tak ada kerja ke? Dari tadi berkepit dengan Pian ni? Agak-agaklah kalau nak date pun. Tak kena tempatlah kau ni!" tengking Zyla.
 "Eiii choyy!! Kau mulut ular sawa diam eh. Aku photostet juga muka kau yang tak berapa nak lawa tu!" Marah Pian!  Sufian ini bukan boleh dengar orang mulut celupar macam Zyla ni. Kerja menggedik 24jam. Haa memang makan lah makian Sufian.
 "Eh lembut ni. Kau tu yang ada masalah mata. Sibuk nak cakap mula aku tak lawa. Abis kau dah lawa sangatlah! Dengan lembut sana sini?" balas Zyla dengan hati yang puas.
  "Kau tu pun sama je Zyla. Menyemak dekat sini buat apa. Tak ada kerja lain selain nak goda bos aku. Lakonan kau tu dah lapok tau. Hari-hari tayang muka dekat office orang. Tak malu ke? Aku tau lah kau memang tak da perasaan malu. Sebab tu sebuk terhegeh-hegeh kejar bos aku." balas Wana sambil Wana dan Pian ketawa bagai tidak ingat mereka di office.
  "Biadab kau ni kan. Kau tak kenal aku siapa lagi." Zyla menepuk meja berdekatannya.
  "Buang masa untuk kenal dengan perempuan murah macam kau ni" Wana dan Pian sama-sama menyambung ketawa.
  "Lembut plus ganas. Kelakar sangat" ejek Zyla dan terus pergi dari mereka. Wana dan Pian pula terus menyambung kerja mereka.Tanpa disedari, staff-staff yang lain memandang mereka dengan muka yang tegang. Mana tidaknya. Mereka sibuk nak bergaduh mulut ditempat office.

No comments:

Post a Comment