Tuesday, 16 December 2014

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB8

              Syukri duduk di balkoni rumahnya. Rasa tenang dan nyaman dengan suasana angin malam di kondonya. Syukri masih teringatkan tentang Khairi. Khairi mengharap yang Syukri dapat menjaga Rania. Syukri sendiri sudah rasa otaknya bercelaru dengan masalah-masalah yang dihadapinya.
  "Tapi apa yang aku nampak keluarga Rania semua mengharapkan aku. Patut ke aku terima dia sekarang? Takut menyesal? Argghhh!!" Syukri sudah memicit-micit kepalanya. Rasa sukar untuk membuat keputusan saat ini. Dalam masa yang sama, telefon Syukri berbunyi. Nombor di telefon itu jelas nombor Mak nya.
  "Assalamualaikum, Syuk." Mak Leha memberi salam.
  "Waalaikumusalam, Mak ada apa call Syuk malam-malam ni?" Syukri membalas salam maknya dengan raut muaknya yang agak ketat sedikit. Ya lah baru saja tadi dia memikirkan tentang Rania.
  "Lah tak boleh ke nak telefon anak sendiri." suara Mak Leha mula meninggi.
  "Bukan macam tu Mak. Syuk tanya je. Mana tahu ada apa-apa yang penting" Syukri cuba menyedapkan hati maknya. Dia tidak mahu maknya salah faham.
  "Memang penting pun Syuk." Jelas Mak Leha.
  "Apa yang penting tu Mak?" tanya Syuk pelik.
  "Pasal nak minang Rania lah. Kamu setuju ke tidak Rania tu jadi isteri kamu?"
  "Mak ni, pasal tu esok-esok pun boleh tanya."
  "Banyaklah kamu punya esok. Mak ni dah penat tunggu jawapan kamu tau. Dekat seminggu ni. Tak kan sama lagi jawapannya." Syukri sudah mula rasa bersalah. Mungkin dia patut setuju saja untuk beristerikan Rania. Rania pun apa kurangnya. Cuma dia muda saja.
  "Yela Mak. Syukri setuju. Mak cakap aje lah bila Mak nak pergi minang Rania tu. Syukri ikut aje apa yang Mak nak" Senyum lebar Mak Leha. Mana tak nya. Bakal isterinya nanti adalah gadis yang dulu pernah di jaganya.
  "Betul ke ni Syuk. Alhamdulillah, Mak seronok sangat Syuk." senyum Mak Leha tidak hilang lagi. Terlampau seronok katanya.
  "Hai Mak. Syuk yang nak kahwin, Mak pula yang seronok?"
  "Kamu ni. Mak ni tumpang seronok lah. Mak berkenan sangat dengan Rania tu."
  "Ya Mak. Syuk tahu Mak berkenan sangat dengan dia."
  "Kalau Syuk memang dah setuju. Hujung minggu ni juga Mak nak minang Rania." Syukri menelan air liuh sedikit sebelum berbicara.
  "Mak tak rasa awal sangat ke? Rania tu sekolah lagi Mak"
  "Mak tak rasa pun benda ni awal. Dulu masa umur Mak macam Rania tu dah dapat si along dah."
  "Mak ni. Tu zaman dulu. Sekarang ni dah lain lah Mak."
  "Apa yang lain? Kamu juga tadi yang cakap, kamu tak kesah. Kamu ikut aje apa Mak nak."
  "Yela-yela. Mak Syuk nak masuk tidur ni. Esok ada meeting penting."
  "Yela tu. Nak mengelak dari Mak cakap aje lah. Yela Assalamualaikum" Mak Leha sudah masak dengan perangai anaknya yang suka melarikan diri dalam masalah. Tapi Mak Leha tak kesah. Asalkan Rania jadi menantunya. Dia yakin bahawa Rania lah yang layak untuk Syukri dan menjadi ibu kepada anak-anak Syukri.
  "Waalaikumusalam." terus talian di matikan.
  "Aku harap aku tak salah buat keputusan. Ya Allah, kau permudahkan lah segala urusanku. Semoga ini jalan yang tepat buatku" Syukri berdoa dalam hati.



               Sudah pukul sepuluh pagi tapi Rania masih lena dibuai mimpi. Sudah berkali-kali Puan Azurin menggejutnya. Tapi Rania masih liat mahu bangun dari tempat tidurnya. Sebenarnya hari ini keluarga Syukri akan datang ke sini dan Rania apa lagi. Pastinya dia akan buat hal supaya keluarga Syukri tidak suka padanya.

           "Hei! Rania! Mama suruh apa tadi? Pergi mandi sekarang. Nanti Mak Leha datang tengok Rania tak mandi lagi. Buat malu aje. Pergi mandi cepat." agak tegas suara Puan Azurin.
  "Rania taknak lah ma. Mak Leha datang kan nak jumpa mama dengan papa aje." Rania menutup mukanya dengan selimut tebalnya.
  "Jangan nak mengada eh. Mama panggil papa juga ni karang."
  "Eish mama ni. Rania taknak lah jumpa dia orang."
  "Hei, dia orang tu bakal keluarga kedua Rania tau. Hormat sikit. Mama tahu Rania mandi. Kalau tak, tahu la nanti apa mama nak cakap dekat papa" tanpa berlengah lagi Rania terus masuk ke bilik air. Dengan muka yang tidak ikhlas dia terpaksa mandi juga.

           Puan Azurin sudah selesai masak makanan tengahari sambil dibantu dengan anak sulongnya, Khairi. Seperti Khairi pula yang anak dara. Rania mana mahu buat semua perkara didapur ni. Bila disuruh, baru buat.
Tidak lama kemudian, lonceng rumahnya berbunyi. Tanda ada tetamu diluar.
  "Hah itu pasti Kak Leha" Puan Azurin segera membuka pintu. Ceria mukanya.
  "Assalamualaikum Rin."
  "Waalaikumusalam, sila masuk." Mak Leha datang hanya berdua dengan Syukri. Suaminya tidak sihat. Terpaksa lah duduk dirumah sahaja. Mak Leha dan Syukri disuruh duduk di ruang tamu. Khairi berborak kosong sedikit sementara menunggu mamanya menghantar air.

          "Ni nak tanya. Mana Intan?" Mak Leha perasan daritadi lagi tiada kelibat Rania.
  "Dia ada dekat atas tu. Nanti Rin panggil. Dia tengah baca buku la tu. Maklum lah SPM lagi berapa minggu aje lagi." bersungguh-sungguh Puan Azurin beritahu pada Mak Leha.
  "Oh lupa pula Intan tu sekolah lagi" jawap Mak Leha
  "Pandai mak berlakon eh. Padahal dah tahu kan Rania tu sekolah lagi." bisik Syukri
  "Kamu ni banyak songeh lah. Memang mak lupa." balas Mak Leha.

     "Eh jum kita makan. Rin ada masak sikit tu. Jom Kak Leha, Syukri."
Mereka terus bangun dan duduk dikerusi makan.
  "Khai, panggil adik cepat. Paksa dia turun." Khairi tidak banyak cakap. Dia terus naik keatas memanggil adiknya.
  "Dik! Turunlah."
  "kejap-kejap. Lagi lima minit Rania turun." sayup-sayup suara Rania.
  "Adik jangan buat hal. Kesian mama."
  "Ye adik turunlah" Khairi terus turun ke bawah.
  "Eh mana Intan? Tak turun sekali ke?" tegur Mak Leha. Tak sabar betul dia mahu berjumpa dengan bakal menantunya.
  "Ada Mak Leha. Kejap lagi dia turun." balas Khairi.
  "Biasa lah Kak. Nak jumpa dengan bakal suami. Mesti kena cantik-cantik." sambung Puan Azurin lagi.Serentak itu, Syukri mula tersedak. Mana tidaknya. Mamanya Rania boleh cakap si Syukri macam tu. abis merah-merah mukanya. Nasib Baik Rania belum turun. Kalau tak buat malu aje lah.
 "Itu lerr.. Makan macam budak-budak." Mak Leha memberi air kosong kepada Syukri yang muka macam kena cekik dengan hantu saje.


           Tidak lama kemudian Rania turun ke bawah. Terperanjat Puan Azurin. Syukri juga lagi terperanjat. Mak Leha hanya riak biasa saja. Sudah masak dengan perangai orang sebegini barangkali.
  "Rania! Apa pakai macam ni?" marah Puan Azurin.
  "Sorry mama. Rania belum mandi lagi."
  "Kak, jangan percaya. Dia dah mandi tadi. Dia ni memang suka buat hal. Rania tukar baju tu!"
  "Taknak lah ma. Rania lapar sangat. Nak makan dulu. Eh Mak Leha bila sampai? Maaflah Rania macam ni. Malu pula. Abang Syukri pun ada ea." Rania terus salam tangan Mak Leha. Mak Leha tersenyum lihat telatah Rania.
  "Mama masak apa ni? Em sedap bau sampai dekat atas pun boleh bau" Rania duduk di kerusi makan bersebelah dengan mamanya.
  "Rania, apa ni. Jangan lah bagi mama malu. Tolonglah Rania. Hormat mama ni." Rania sudah mula letih.
  "Ma, Rania minta maaf. Rania buat semua ni sebab Rania taknak kahwin dengan Syukri." perlahan saje dua beranak ini bercakap
  "Buatlah Rania. Mama letih tau macam ni." Puan Azurin sudah buat muka monyok. Rania langsung tidak pedulikannya. Malah dia makin bersikap kurang ajar. Makan dengan gelojoh.

  "Perempuan macam ni ke mak nak Syuk jadi kan isteri? Perangai buruk ni mak. Syuk tengok pun dah macam apa dah." Syukri sudah mula tunjukkan muka meluatnya pada Rania.
  "Mak tahu dia pura-pura. Dia sengaja buat macam tu sebab nak kamu batalkan hasrat kamu untuk berkahwin dengan dia." sambil menyuap makanan di mulutnya.
  "Mak ni yakin betul eh dengan budak tu" Syukri tidak puas hati lagi.
  "Mestilah. Dah makan cepat."
Mak Leha seperti suka dengan telatah Rania yang kebudak-budakkan. Tapi Mak Leh tidak tahu betapa hancurnya hati Puan Azurin ketika itu.

No comments:

Post a Comment