Friday, 9 January 2015

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB9

          "Jangan segan-sengan ya nak datang lagi. Rumah ni sentiasa terbuka untuk Kak Leha sekeluarga." Mak Leha dan Syukri sudah pun berdiri di depan kereta. Rania mula rasa serbasalah kerana telah memalukan mamanya tadi. Bukan niatnya untuk malukan mamanya. Dia cuma mahu Syukri benci padanya.
  "Ya la Rin. Macam kita bincang tadi. Kau setuju kan dengan tarikh tu?" mesra Mak Leha melayan kawan sekampungnya.
  "Saya setuju Kak. Abang Muiz pun setuju." jawab Puan Azurin.
  "Alhamdulillah. Semoga ianya berjalan dengan lancar ya." Mak Leha sudah tidak dapat menutup senyumannya lagi.
  "InsyaAllah Kak." pendek saja Puan Azurin menjawab.
  "Aku balik dulu lah Rin. Kesian suami dekat rumah tu." Mak Leha terus salam dan masuk ke dalam kereta.
  "Mak cik, saya minta diri dulu." Syukri bersalam dan terus ke arah Khairi.
  "Bro, aku balik dulu. Nak hantar Mak aku dekat kampung." Syukri dan Khairi berpelukan.
  "Hati-hati Syuk." Syukri hanya senyum. Selepas dia bersalam dengan Khairi. Syukri sempat melihat wajah Rania. Dia cantik tapi sayang. Perangainya kurang cantik. Syukri terus masuk ke dalam kereta dan memandu.

          Malam itu, Encik Muizzuddin baru pulang dari Sarawak atas urusan kerja. Encik Muizzuddin tidak boleh sabar lagi dengan perangai anak perempuannya lagi.
  "Rania sedar tak apa yang Rania buat tadi? Sampai hati Rania malukan mama depan Mak Leha?" suara Encik Muizzuddin boleh didengar dari tingkat atas.
  "Rania buat semua tu pun ada sebab pa. Rania tak nak kahwin dengan lelaki tu. Rania tak kenal dia pa." air mata terus mengalir ke pipinya.
  "Lagi sekali Rania buat perangai macam ni. Jangan harap papa nak maafkan. Silap hari bulan, papa halau Rania dari rumah ni!"
  "Abang! Kenapa sampai macam tu sekali. Jangan lah bang. Bawa mengucap abang." Puan Azurin bagai tidak percaya dengan apa yang suaminya kata kan sebentar tadi.
  "Awak jangan nak menangkan dia. Rania dengar sini. Papa akan cepatkan tarikh pernikahan Rania. Rania kata taknak buat majlis kan? Baik, papa akan ikut apa yang Rania minta. Hujung minggu ni Rania nikah dengan Syukri!" tegas suara Encik Muizzuddin. Nampaknya Encik Muizzuddin tidak bergurau. Dia benar-benar nekad untuk jodohkan Rania dan Syukri.
  "Papa please papa. Rania taknak papa. Rania ada hak untuk pilih siapa yang layak untuk bimbing Rania nanti." Rania sudah menanggis teresak-esak.
Encik Muizzuddin hanya biarkan saja Rania menanggis. Dia terus naik ke atas.
 "Rania sayang. Jangan nangis nak. Mama sayang Rania. Mama taknak tengok Rania nagis macam ni. ini dugaan untuk Rania. Terima Syukri ya nak." Puan Azurin memeluk anaknya
  "Mama pujuklah papa. Rania taknak semua ni ma. Tolong faham Rania ma."


            Malam itu, malam yang paling banyak Rania menggeluarkan air mata. Lagi tiga hari Intan Rania akan menjadi isteri kepada Syukri Ezam. Seperti mimpi saja. Baru usia tujuh belas tahun dia harus menjadi seorang isteri. Rania tidak henti-henti menanggis. Dia rasa kehidupannya akan menjadi gelap selepas berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali sepenuhnya. Dalam masa yang sama. Syukri juga rasa seperti dipaksa untuk bernikah dengan Rania. Bila melihat perangai Rania tengahari tadi. Buatkan Syukri rasa tawar hati.
  "Tak nak aku hidup dengan perempuan macam tu. Tapi gaya dia memang nampak sangatlah yang dia pura-pura tak mandi. Sebab bau Rania wangi sangat." Syukri terus baring di katilnya.
  "Suka atau tidak. Aku kena kahwin juga dengan dia. Kalau tak tahan dengan perangai dia. Aku ceraikan jela." sungguh mudah kata-kata Syukri. Mungkin dia lupa dengan yang tanggungjawab suami itu sangatlah berat. Dan isu cera-berai ini bukan boleh dibuat mudah.


               Lagi beberapa minit sahaja Rania akan bergelar seorang isteri kepada Syukri Ezam. Rania sangat cantik waktu itu. Walaupun wajahnya jelas kelihatan dengan air muka kesedihan. Puan Azurin duduk disebelah anak bongsunya. Ceria mukanya ketika itu. Sesekali Puan Azurin menggenggam tangan Rana. Tanda beri semangat padanya.

         Tidak lama kemudian. Syukri Ezam telah selamat menjadi suami kepada Intan Rania dengan dua kali lafaz. Mahu saja Rania lari dari situ. Tapi dia tidak mahu memalukan mamanya lagi. Cukuplah sebelum ini saja. Syukri menyarungkan cincin di jari manis Rania. Masa itu mau saja Rania menarik tangannya apabila Syukri memegang untuk menyarung cincin di jari manisnya.
   "Rania, cium tangan suami tu" tegur Puan Azurin. Rania tidak banyak cakap. Dia terus mencium tangan suaminya. Setitis airmata Rania keluar dan jatuh ditangan suaminya. Syukri dapat rasakan tangannya basah.Syukri merapatkan mulutnya pada Rania.
   "Intan, jangan nangis. Abang janji abang akan jaga Intan. Abang akan sayang Intan sorang." suara garau itu membuat badan Rania semakin menggigil. Rania melihat wajah tampan Syukri. Dia hanya tersenyum dan mengelap airmatanya.

         Keluarga Rania dan Syukri terus keluar dari masjid apabila mereka sudah sah menjadi suami isteri. Rania memegang lengan mamanya. Tidak henti-henti menangis.
   "Rania tak mahu lah macam ni. Malu lah dengan Syukri. Dia takda pun nangis macam Rania." pujuk Puan Azurin.
   "Mama Rania takut mama. Kalau Syukri dera Rania macam mana?" dengan nada suara yang serak-serak basah.
   "Mengarutlah Rania ni. Jangan fikir bukan-bukan lah. Syukri takkan buat macam tu dekat Rania. Percaya cakap mama ya sayang?" Puan Azurin cuba melembutkan hati anaknya. Rania terus diam. Wajahnya muram saja.

       Dalam diam, rupanya Syukri melihat Rania dari jauh. Dari sudut hatinya. Dia rasa kesian kerana sudah membuat Rania sedih. Mungkin sukar untuk Rania menerimanya. Syukri menundukkan kepala.
  'Aku memang tak layak untuk kau Rania. Tapi aku buat semua ni demi keluarga kita.' Suara Khairi menyedarkan Syukri yang hampir hanyut dengan rasa bersalah.
  "Bro, selamat pengantin baru. Akhirnya kau jadi adik ipar aku ya. Jaga adik aku tu elok-elok. Walaupun dia nampak ego, tapi dia manja sebenarnya. Hati dia cepat lembut. Percaya cakap aku. Ni tips nak pikat ati adik aku." tegur Khairi.
   "Thanks bro. Walau apa pun, aku akan cuba pikat hati adik kau tu." balas Syukri dengan tenang.
   "Baguslah, kau kena banyak sabar sikit dengan adik aku tu. Dia keras kepala. Tapi macam aku cakap tadi lah. Hati dia cepat lembut. Tu semua bergantung pada cara kau layan dia lah." bersungguh-sungguh Khairi memberitahu pada sahabatnya.
   "InsyaAllah aku boleh. Aku cuba." balas Syukri.
Mereka terus naik kedalam kereta dan segera pulang ke rumah keluarga Rania.

          Sampai saja dirumah. Rania terus masuk kedalam biliknya. Dia mahu bersendirian. Ketika itu, Syukri pula sedang mencari Rania. Risau sangat lah kononnya bila isterinya tiada disisinya.
   "Ma, Rania mana? Puas Syukri cari dia." tanya Syukri cemas.
   "Eh Syukri? Mama ingat Syukri dah naik atas juga." Puan Azurin tekejut dengan Syukri yang masih berpakaian baju melayu.
   "Tak ma. Syukri borak-borak sikit dengan papa dekat luar tadi." jawab Syukri dengan penuh rasa hormat.
   "Oh okay. Syukri naik aje atas. Cari pintu bilik sebelah cermin. Haa itu lah bilik Rania. Dia mesti dekat situ. Mana lagi dia nak pergi kalau tak ke biliknya." bersungguh-sungguh Puan Azurin memberitahu kepada menantunya.
   "Terima kasih mama. Syukri naik atas dulu. Nak cari Rania." Puan Azurin hanya menggangguk perlahan.

        Sampai saja didepan bilik Rania. Syukri terus membuka pintu tu dengan perlahan-lahan. Syukri dapat lihat Rania baring dikatil. Syukri terus mendekati Rania.
   "Intan.. Bangun kejap. Abang nak tanya arah kiblat mana?" Rania tidak membalas soalan Syukri. Kelihatan Rania benar-benar tidur. Syukri membuka pintu bilik terus kelibat Khairi kelihatan.
   "Eh bro, aku nak tanya arah kiblat mana?" Khairi masuk kedalam bilik itu dan menggambil sejadah dan terus membentangkannya.
  "Ni arah kiblatnya."
  "Terima kasih." Syukri terus menggambil air sembahyang dan terus menunaikan solat asar.

           Bunyi telefon bimbit Rania menyebabkan Rania terjaga dari tidur. Dia terus mengangkat tanpa melihat siapa pemanggilnya.
  "Rania!!" suara Jue menjerit membuatkan Rania semakin segar.
  "Kenapa Jue"
  "Tahniah Rania" Rania sudah tidak tentu arah.
  "Tahniah untuk apa?" cemas Rania dibuatnya.
  "Kau ni lembab lah. Tahniah sebab kau tak sekolah harini." selamba saja kawannya bicara seperti itu. Juliana memang terkenal dengan sifat kurang ajarnya. Tapi dia baik dan suka menolong orang. Cuma kadang-kadang dia selfish sikit.
  "Eh, tak datang pun kena cakap tahniah ke?" Rania sudah pelik dengan sikap Jue.
  "Ish kau ni. Aku perli kau lah. Kau taknak datang sekolah tak reti bagitahu aku pun eh!" suara jue sudah mula tinggi.
  "Oh pasal tu. Maaflah aku pening kepala lah Jue." Rania jawab dengan suara yang sengaja di serak kan.
  "Yela alasan aje."Jue sudah mencebik bibir.
  "Okay la Jue. Aku nak mandi." Rania terus matikan talian. Jam sudah menunjukkan pukul enam setengah petang. Rania mahu mandi.

        Ketika Rania turun dari katil. Rania terpijak sesuatu yang agak keras   "Arghh!" Rania terlompat sedikit.
  "Apa aku pijak ni?... Ya Allah, eh awak buat apa tidur sini? Bangunlah. Banyak lagi tempat boleh tidur." Syukri membuka matanya perlahan-lahan.
  "Eh Intan. Dah bangun dah isteri abang ni? Best tak tidur atas katil? Sampai abang nak tidur sebelah Intan pun dah tak ada ruang." Rania buat tak dengar saja.
  "Apa yang takda ruangnya? Katil tu besar kot." balas Rania
  "Memang la besar. Tapi Intan tidur macam badak air je tadi. Tidur tengah-tengah bahagian katil. Abang nak tidur celah mana pula." balas Syukri sambil senyum-senyum melihat Rania.
  "Awak cakap saya tidur macam badak air? Ei banyak songeh betul. Tak suka cara saya tidur dah lah." marah Rania dibuatnya. Dalam masa yang sama dia malu sebenarnya apabila Syukri cakap dia tidur seperti badak air.
 'Badan aku takda lah besar mana. Haish tempah penampar maut dia ni tau.' rengus Rania dalam hati.
  "Sayang taknak offer abang baring dekat katil sayang tu ke? Badan abang sakit ni sebab baring dekat lantai." Syukri sengaja muat suara manja-manja dengan Rania. Tapi sayangnya, Rania langsung tidak termakan dengan kata-kata Syukri.
  "Awak tidur lah dekat atas katil tu. Saya tak kesah. Jangan nanti awak pula yang tidur mengalahkan badak air." bengang syukri apabila di perli seperti itu.
 'Alaa tak apa lah. kena perli pun dengan isteri je.' Syukri melembutkan hatinya.
  "Eh tak apa. Badan abang sasa. Badan abang dah biasa baring dekat tempat-tempat macam ni." Di hujung-hujung ayat Syukri itu kedengaran bunyi gelak tawanya.
  "Suka hati awaklah." Rania terus ke almari bajunya. Dia mengambil baju untuk dipakai.
  "Sayang buat apa tu" tegur Syukri.
  "Whats? You call me sayang?"
  "Amboi speaking pula. Yup, why I cannot called you like that ke apa?"
  "Suka hati awak." Rania  terus masuk kedalam bilik air. Syukri ketuk pintu bilik air dengan perlahan-lahan.
  "Intan buat apa?"
  "Awak ni jangan kacau boleh tak. Saya nak mandi lah." Rania mula geram dengan sikap Syukri yang mengada-ngada. Tidak lama selepas itu. Syukri diam. Rupanya Syukri sudah turun kebawah.


         "Ni Syukri. Nanti panggil Rania turun bawah. Kita makan malam sama-sama" tegur Encik Muizzuddin.
  "Ya pa. Nanti Syukri cakapkan. Dia tengah mandi tu" balas Syukri dan dia terus ke keretanya. Mengambil beg baju.

No comments:

Post a Comment