Friday, 9 January 2015

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB10

             Syukri baru saja memulas tombol pintu. Tapi pintu itu dikunci dari dalam.
  "Intan.. Bukak lah pintu ni. Abang nak masuklah." Syukri sudah bersandar di pintu bilik Rania.
  "Kejap-kejap" balas Rania dengan tergesa-gesa.
  "Intan buat apa sampai nak  kunci pintu ni?"
Hampir lima minit berlalu. Rania membuka pintu biliknya. Jelas kelihatan kerutan di dahi Syukri.
  "Rania minta maaf. Tadi Rania salin baju."
Syukri tidak pula berkata apa-apa. Dia diam sahaja dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
  "Dia marahkan aku ke? Aduhh"
Rania setia menunggu Syukri di luar. Entah mengapa dia rasa tidak sedap hati dengan melihat wajah Syukri yang masam mencuka tadi.

     Waktu makan malam, Syukri langsung tidak menegur Rania. Mungkin dia masih marah dengan sikap Rania kunci pintu tadi.
   'Kunci pintu je. Takkan nak merajuk sampai macam ni sekali.' runggut Rania dalam hati.
  "Dik kenapa senyap aje? Biasa bising je mulut tu" perli Khairi. Rania hanya membesarkan matanya. Dia tidak mahu  menunjukkan sikapnya yang suka bising ketika makan. Syukri masih diam membisu disebelah Rania. Rania pula rasa bersalah. Rania terus bersuara.
  "Ma, nak lauk udang masak lemak tu." sambil mulutnya menunjuk-nunjuk ke arah lauk itu.
Puan Azurin terus memberikan lauk itu kepada anaknya. Rania mengambilnya dengan penuh berhati-hati. Kemudian dia melihat Syukri. Syukri pula memandang Rania. Rania terus memberi satu senyuman yang manis buat suaminya.
  "Abang Syukri kena rasa udang ni. Sebab mama kalau masak udang lauk lemak cili padi ni memang selalu sedap. Jadi, rugilah kalau Abang Syukri tak rasa." sambil tangannya menyeduk lauk itu. Syukri hanya membiarkan. Malah Syukri tersenyum melihat sikap Rania yang melayan di seperti gitu rupa.
 

     Malam itu, Syukri meminta izin untuk masuk ke dalam bilik dulu. Dia terlampau letih, tambah pula kerja di pejabat yang semakin banyak. Rania juga mahu masuk tidur.
  "Ma, Rania naik atas dulu lah. Nak gosok baju lagi."
  "Yela, kalau boleh Rania gosokkan baju Syukri sekali." senyum Puan Azurin.
  "Tak nak lah. Tak berani nak sentuh barang-barang dia." Rania sudah membuat muka malasnya.
  "Rania minta izin dia dulu lah." Rania mengangguk dan terus naik ke atas.

          Perlahan-lahan dia membuka pintu biliknya.  'Amboi, sedapnya kau baring dekat katil aku.' marah Rania dalam hati. Rania masuk kedalam bilik dan terus menggosok bajunya. Dalam Rania tengah menggosok baju. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk erat dari belakang. Rania tekejut, siapa lagi yang ada didalam bilik ini selain dia dan Syukri.
  "Syukri! Awak ni kenapa!" Rania memukul-mukul tangan sasa Syukri.
  "Ni kan malam pertama kita." sempat lagi mulut Syukri hinggap di pipi Rania.
  "Lepaskan lah! Awak jangan nak buat hal. Saya sekolah lagi." Syukri terus melepaskan pelukannya.
  "Abang tahu." pendek saja jawapannya
  "Dah tahu kenapa nak sentuh saya? Kalau saya mengandung sebelum SPM. Siaplah awak!" Rania benar-benar marah dengan tindakkan Syukri tadi. Tapi Syukri langsung tidak menunjukkan sikap kerjasamanya. Malah dia menggelakkan Rania.
  "Awak ni kelakar lah. Tak ada maknanya mengandung kalau peluk macam tu "
  "Dah tu? Saya tak peduli. Ni amaran!" Syukri terus baring di katil sambil ketawa.
  "Okay Abang tak buat lagi. Tapi Intan boleh tolong gosokkan baju Abang tak?" Rania terus menoleh kearah Syukri.
  "Boleh. Asalkan awak tak kacau saya." Syukri hanya senyum melihat sikap Rania.
   'Seronok pula dapat isteri macam ni. Ada je benda nak ketawa' Syukri berkata-kata di dalam hatinya.

     "Okay, tak ada masalah. Abang takkan kacau Intan." Rania berhenti dari menggosok baju sekolahnya dan terus menuju ke arah Syukri.
  "Kenapa awak panggil saya Intan? Padahal awak tahu semua orang panggil saya Rania." Syukri sempat menghadiahkan satu senyuman manis kepada Rania.
  "Tak boleh ke abang panggil dengan nama Intan?" balas Syukri.
  "Saya tak cakap pun macam tu. Cuma nak tahu lah kenapa panggil saya dengan nama Intan."
  "Abang rasa nama Intan tu sedap. Lembut je didengar dan Intan kena tahu yang abang ni istimewa buat Intan." Rania terkedu sebentar.
  "Tapi saya tak rasa pun yang awak istimewa bagi saya." balas Rania dengan selamba saja.
  "Sebab sayang tak faham maksud abang." balas syukri pula,
  "Apa yang tak fahamnya? Just straight to the point lah" Rania sudah mula naik angin.
  "Abang nak kehadiran abang dalam hidup Intan ni adalah satu keistimewaan dan sebab itu abang nak panggil sayang dengan nama Intan. Sebab abang tahu, abang sorang aje yang panggil nama tu dekat sayang." bersungguh-sungguh Syukri meluahkan kata-kata manisnya kepada Rania.
  "Oh, cuma itu? Saya tak nampak apa-apa yang istimewa pun." Rania menunjukkan muka sinisnya pada Syukri. Tapi Syukri hanya diam saja. Dia tahu jika dia masih bersungguh-sungguh untuk meluahkan hal itu kepada Rania, pastinya Rania mempunyai seribu satu jawapan difikirannya.


            Pagi ini, Khairi akan bermula bekerja sebagai C.E.O di syarikat papanya. Kebetulan Khairi sudah mempunyai kereta sendiri. Jadi baginya ini adalah satu hadiah paling terbesar dan tak akan pernah dilupakannya. Sebenarnya Khairi sudah lama mahu bekerja di syarikat papanya. Tapi memandangkan dirinya masih lagi tidak berminat. Papanya tidak boleh buat apa-apa.
  "Segaknya anak mama ni. Semoga cepat melekat dengan anak dara. Boleh mama dengan papa dapat cucu cepat." usik Puan Azurin.
  "Apa ni ma. Khai datang sana nak kerja. Tak ada istilah nak ngorat anak dara ma. Lagi satu kalau mama dengan papa nak cucu, mama cakap dekat adik. Apa guna dia dah kawin kan." balas Khairi dengan tangannya membetulkan sedikit bajunya.

         Tidak lama kemudian Rania turun ke bawah dengan berpakaian lengkap uniform sekolah. Rania terus duduk di kerusi makan. Semua orang yang ada di situ melihat Rania tanpa berkelip. Rania yang menyedarinya terus bersuara.
  "Kenapa semua tengok adik macam tu? Tak salahkan kalau adik nak datang sekolah harini?" sambil tangannya memegang roti bakar yang dibuat oeleh mamanya.
  "Mana suami Rania? Rania tak kejutkan dia ke?" tanya Puan Azurin dengan tegas.
  "Dia taknak bangun, nak buat macam mana lagi. Rania dah kejutkan dah ma. Tapi dia tidur lagi" Rania terus meneguk air milo panas yang mamanya sediakan.
  "Rania pergi naik atas sekarang. Kejut suami Rania sampai bangun. Kalau dia lambat pergi kerja kan susah nanti." arah Puan Azurin.
  "Tapi Rania dah lambat nak pergi sekolah. Mama jela kejut dia." Monyok saja wajah Rania.
  "Lambat sikit je. Berdosa tau Rania keluar rumah tanpa izin suami. Walaupun niat Rania baik, nak belajar. Dah pergi kejut Syukri sekarang" Rania tiada pilihan. Dia terpaksa naik ke atas semula. Dalam perjalanan ke biliknya. Sempat lagi dia mengomel sendiri. Perlahan-lahan Rania membuka pintu biliknya. Syukri masih terbongkang di katil. Rania terus mendekati Syukri.
  "Eh awak. Bangunlah tak kerja ke? Dah pukul berapa dah ni. Bangun lah cepat" Rania menarik-narik lengan Syukri. Syukri pula seperti orang kepenatan saja.
  "Awak bangunlah." Rania sudah duduk di tepi katil. Sambil tangannya menepuk-nepuk pipi Syukri. Syukri masih tidak memberi respon.
  "Suka hati awaklah. Nanti jangan cakap yang saya tak kejutkan awak pula. Saya nak pergi sekolah dulu." Rania terus menyalam tangan suaminya. Bila Rania mahu melepaskan tangannya, dia dapat rasakan tangan Syukri mengenggam tangannya. Dia terus bangun. Tapi waktu Rania bangun, Syukri terus menarik ke pangkuannya. Rania mula tidak keruan.
  "Eh lepaslah! Awak faham tak saya nak pergi sekolah." rungut Rania.
  "Abang tahu. Tapi tak salahkan abang nak manja-manja dengan isteri abang dulu." haih banyaklah kau punya manja. Manja kebenda macam ni. Sampai peluk-peluk. Marahnya dalam hati
  "Lepaslah! Renyuk lah baju saya nanti. Awak tu dah la tak mandi lagi." Rania sudah mula menolak-nolak badan Syukri. Syukri terus memusingkan badannya. Kini Rania tidak dapat melawannya lagi.
  "Kalau renyuk boleh gosok balikkan. Apa yang nak di bisingkan." Syukri terus mencium pipi Rania tanpa rasa segan silu.
  "Awak ni kenapa. Anggau sangat kenapa. Lepaslah!" jerit Rania. Syukri tidak mempedulikannya. Kini Rania sudah tenggelam dalam pelukkan Syukri.


          Perlahan-lahan Rania membuka mata. Kepalanya sakit seperti ada orang menghentak kepalanya ke dinding. Dia tidak larat untuk bangun. Dia melihat didalam bilik itu tiada siapa-siapa. Akhirnya Rania kembali melelapkan mata kerana kepalanya yang terlampau sakit.

         Syukri yang berada di sisi Rania tidak jemu menunggu isterinya sedar. Sambil tangannya mengusap lembut rambut isterinya.
  "Syukri jangan risau sangatlah. Rania kadang-kadang memang macam ni. Magrain dia sejak dari kecik lagi. Lama-lama nanti dia sedar lah tu." pujuk Encik Muizzuddin.
  "Tak apa pa. Walau apa pun, Syuk tetap kena risau pa. Sebab Rania isteri saya." jawab Syukri perlahan.
  "Terpulang lah Syukri. Mama minta maaf sangat. Sebab Rania, Syukri kena ambil cuti. Mama harap kamu boleh jaga Rania elok-elok." celah Puan Azurin.
  "Tak apa ma.. Saya cuti pun sebab isteri saya. Yang penting sekarang Rania kena sihat." jelas wajah kerisauan Syukri.
  "Ya Syukri.. Mama faham. Siapa tak sayang isteri kan. Mama dengan papa keluar dulu ya" Puan Azurin dan Encik Muizzuddin sudah pun keluar dari biliknya.

        "Sayang.. cepat sembuh ya. Izinkan abang tidur disebelah sayang ya. Abang takkan tinggalkan sayang sorang-sorang." Syukri terus baring disebelah Rania. Syukri pula tidak sampai sepuluh minit sudah lena dengan isterinya didalam pelukannya, Hari ini, Syukri sudah berjanji pada dirinya. Yang dia akan jaga dan sayang pada isterinya sorang saja. Alangkah indahnya jika Rania impikan benda yang sama seperti Syukri impikan. Pasti mereka akan bahagia sekarang. Syukri dapat rasakan dirinya dipeluk oleh seseorang. Syukri tidak larat untuk membuka matanya.  Dia tau itu pasti Rania. Dia membiarkan saja.

No comments:

Post a Comment