Rania dapat rasa badannya membahang. Nak kata demam, tidak pula. Pantas dia membuka mata. Dia melihat aircond masih terbukak. Apa yang bahang? Rania baru sedar yang dia masih berpakaian sekolah. Dia cuba mengingat kembali kejadian sebelum ini.Tapi kepalanya masih sakit. Dia melihat kekanannya. Syukri masih lena disebelahnya. Jelas wajah Syukri yang kepenatan itu. Rania biarkan saja. lagipun bukan berdosa mereka tidur sekatil. Dan dia yakin Syukri tidak berani untuk buat yang bukan-bukan padanya. Rania bangun perlahan-lahan. Terus dia mandi dan makan.
Pak Razak semakin sihat dan sudah boleh membuat kerja-kerja dikampung ini. Maklumlah, ketua kampung kan. Berat tanggungjawabnya. Berkat sokongan Mak Leha dan ini semua kuasa Tuhan. Kerana-NYA Pak Razak sudah semakin pulih.
"Abang tu baru aje sihat. Takkan nak keluar dah? Bawaklah rehat-rehat dulu. Karang sakit lagi susah." tegur Mak Leha sambil memetik lada yang ditanamnya sendiri.
"Mana boleh berehat aje Leha oii. Kalau duduk aje dekat rumah, tak ada udara segar kan susah." suara Mak Jah yang nyaring itu bagaikan speaker yang besar. Kalau boleh suaranya boleh didengar sampai dalam rumah.
"Kau ni, aku cakap dengan laki aku. Bukan dengan kau lah. Nak angkat baju tu, buat cara nak angkat baju." marah Mak Leha.
"Alaa Leha, aku cakap aje. bukan ada niat apa-apa pun. Kan Abang Razak kan?" sempat lagi Mak Jah jengah pada Pak Razak.
"Betul lah tu. Si Leha ni risau sangat dengan aku. Takut aku sakit lagi kalau dah banyak kerja dekat kampung ni." balas Pak Razak.
"Haa.. Leha kau jangan lah buat Razak macam tu. Dia tu ada tanggungjawab dia. Bukan satu tapi dua tanggungjawab dia tau. Satu, tanggungjawab dengan keluarga. Satu lagi tanggungjawab dengan kampung ni." bersungguh-sungguhnya Mak Jah beritahunya. sedangkan benda tu Mak Leha tahu. Dah bertahun-tahun duduk dengan Pak Razak. Dia yang baru lima tahun pinda sini da nak bising.
"Aku tahu lerr. Yang kau duk pegang kain tu pasal apa? letak lah dalam bakul tu Jah oi." selamba Mak Leha
"Iya lah. Aku ni makin besar, makin nyayok pula." Mak Jah terus letak kain baunya didalam bakul. Sesekali Mak Leha memerhati Pak Razak yang baru saja menghidupkan enjin kereta. Dia mahu ke pekan. Beli barang dapur. Nak harapkan Mak Leha? Mak Leha sendiri yang suruh Pak Razak yang belikan. Mak Leha malas mahu keluar. Kakinya lengguh aje dari semalam.
"Abang bawak kereta tu elok-elok. Jangan nak melencong mana-mana pula. Saya nak cepat masak." pesan Mak Leha.
Mak Leha duduk di pangkin rumahnya. Lega rasanya dapat duduk. Sesekali, Mak Leha mengurut-urut kakinya yang lengguh.
"Haa Leha, mengurut ke pagi-pagi ni?" tegur Mak Jah. Selamba saja dia duduk sebelah Mak Leha.
"Apa kau buta ke? Aku tengah lunyai-lunyaikan kulit aku ni." kata-kata Mak Leha membuatkan Mak Jah geli hati.
"Meh sini aku urutkan. Kesian kau." Mak Jah mengangkat kaki kanan Mak Leha yang dikatakan lengguh tadi. Mak Leha pula biarkan saja.
"Haritu Syukri kawin kan? Kenapa tak buat majlis sekali." Mak Jah memulakan bicaranya.
"Menantu aku yang tak nak. Alaa itu semua tak kesahlah. yang penting kawin. Itu yang wajib." balas Mak Leha.
"Iye lerr. Dapat orang mana? Mesti cantik kan? Sesuai lah dengan Syukri tu. Dah lah.. Em.. Apa orang kata tu.." Mak Jah seperti hilang kata-kata.
"Macho lerr!" Mak Leha terus bersuara.
"Haa itu lerr aku nak cakap tadi. Dah lah macho. Dapat anak mesti lah lawa-lawa, comel-comel. Tak gitu Leha?" Mak Leha senyum ketelinga. Sifat Mak Jah sebenarnya, dia sangat kepoh, Tapi bila dah kenal rapat. macam ini lah adinya. Da macam pelawak kampung da.
"Okay dah ni Jah. Kaki aku rasa dah hilang lengguh-lengguhnya. Lega aku ni haa." Mak Jah hanya tersenyum. Macam tersipu malu. Ikutkan Mak Leha, mahu saja dia lempang muka Mak Jah masa tu. Buruk betul rupanya.
"Alaa berkat tangan aku yang handal mengurut ni lah. Lain kali, kalau kau sakit-sakit, lengguh-lengguh. Datang aje rumah. Aku urutkan. Jangan si Razaknya yang lengguh kau bawak jumpa aku. Karang jatuh cinta pula." sempat lagi Mak Jah meloya buruk dengan Mak Leha. Mak Leha sikit pun tidak ambil hati dengan kata-kata Mak Jah. Memang Mak Jah tu janda, sampai lelaki-lelaki di kampung ni suka dengannya. Umurnya pula tidak lah tua mana. Baru pertengahan 40an. Mak Leha sudah lima tahun kenal hati budi Mak Jah. Jadi, Mak Leha saja yang tahu macam mana baiknya Mak Jah sebenarnya. Hanya orang-orang kampung yang tidak rapat dengannya saja yang kata Mak Jah ni miang.
"Banyak lah kau. Haa tu laki aku dah balik. Aku nak masak lah dulu ya.' baru saja Mak Leha mahu bangun. Mak Jah bersuara.
"Ya lah Leha. Nanti petang-petang kita sambung borak lagi. Kau tahu-tahu lah aku ni duduk sorang aje. Anak-anak semua belajar jauh-jauh. kau aje lah yang jadi peneman aku." sedih suaranya.
"Kau ni. Sabarlah. Lumrah kehidupan semua tu. Nanti kan anak kau si Qiera nak graduan kan? nanti dia balik. Kau peluk, cium dia puas-puas." balas Mak Leha.
"Memang lerr. Yela Jah, aku pun nak balik ni. Cerita kau dah start tu rasanya. Balik dulu la ya." Mak Jah terus berlari-lari anak menuju ke pintu dapurnya. Mak Leha pula terus kedalam rumah.
Puan Azurin dan Rania leka menyediakan lauk makan malam. Sebenarnya Encik Muizzuddin bercadang mahu makan malam di luar saja. Tapi memandangkan Rania masih tidak sihat. Dia batalkan saja hasratnya untuk makan di luar. Rania sejak tiga belas tahun lagi sudah sering magrain. Lepas saja tiga tahun. Magrainnya sudah berkurangan. Tapi sejak akhir-akhir ini. Rania sering sakit kepala.
"Papa? Jom makan. Mama dah siap masak dah tu." suara Rania menyedarkan Encik Muizzuddin dari termenung jauh.
"Okay, jom kita makan." Encik Muizzuddin bangun dan terus duduk di tempat meja makan. Ketika itu anak lelakinya, Khairi Iskandar sudah terlebih dahulu duduk dimeja makan itu. Khairi yang menyedari papanya mula memandangnya. Terus dia bersuara.
"Pa? Papa okay tak ni? Khai tengok papa ni dari tadi banyak mengelamun aje." sempat lagi Encik Muizzuddin menghadiahkan senyuman buat anaknya, sebelum dia menjawab soalan anaknya.
"Tak ada pape. Khai ingat tak nanti Khai kena handle syarikat kita dekat Terengganu tu?" balas Encik Muizzuddin. Khairi menghembus nafas sebelum dia bersuara.
"Khai ingat pa. Khai tak ada masalah pun." tenang saja suaranya.
"Baguslah kalau macam tu. Nampaknya papa dah ada orang yang boleh di percayai." belum abis lagi Encik Muizzuddin menghabiskan ayatnya. Rania pula menyampuk.
"Abang nak pergi mana pa?" jelas wajah tidak tenangnya.
"Papa minta Abang Khai kerja dekat syarikat papa yang di Terengganu." sambil Khairi meneguk jus oren yang mamanya buat tadi.
"What?! Berapa lama? Kenapa tak kerja dekat KL je pa?" Rania mula tidak sedap hati.
"Kebetulan syarikat dekat Terengganu tu tak ada lagi C.E.O. Jadi papa rasa, papa nak Khairi yang jadi C.E.O di syarikat itu. Papa yakin Khairi mampu melakukannya." jelas Encik Muizzuddin. Khairi pula mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Jadi Abang Khai nanti dah tak duduk dekat KL lah kiranya?" sayu suaranya.
"Rania.. Ini lah peluang abang nak cari kerja. Nanti esok lusa abang dah ada keluarga sendiri. Abang ada tanggungjawab yang besar dik. Adik pun dah ada suami. Kita dah tak boleh nak bergurau selalu macam dulu." Khairi cuma menenangkan adiknya. Dia tahu Rania pasti sedih apabila dirinya mahu pindah di Terengganu.
Ketika itu, Puan Azurin pula datang dengan muka yang menyegih-nyegih. Tambah pula Syukri yang mula duduk di sebelah Rania.
"Hai Syukri. Penat ke jaga isteri? Sampai muka tu macam tak cukup tidur aje mama tengok?" Puan Azurin saja mengena menantunya.
"Mana ada penat. Lapar je ni ma." balas Syukri dengan riak muka yang biasa. Sempat pula dia melihat isterinya yang sedang menyeduk lauk ayam masak cili padi.
"Sayang.. Abang nak juga lauk tu." manja Syukri. Sempat lagi Rania menjeling. Mengada!
"Boleh. Sini pinggan." Syukri dengan pantas menghulurkan pinggannya yang berisi nasi. Syukri apa lagi. Makin rapatlah dia dengan isterinya.
"Esok Syuk dah masuk kerja lah ya?" Puan Azurin memulakan ayatnya.
"A'ah ma. Tak boleh cuti lama sangat. Sebab sebelum ni dah banyak cuti sebab Abah sakit." sesekali Rania memerhati tangan Syukri yang mula merayap ditangan kanannya. Pantas Rania menarik. Gatal juga mamat ni.
"Jangan nak mengada eh." perlahan suara Rania.
"Salah ke Abang nak pegang tangan isteri Abang ni?" Syukri sudah mula buat muka simpatinya. Rania langsung tidak melayankannya. Malah Rania terus bangun. Tergesa-gesa dia untuk ke sekolah.
"Tengok tu. Rania! Tak salam pun mama?" marah Puan Azurin. Kelihatan dia sungguh geram dengan perangai Rania yang semakin teruk sejak bergelar isteri orang ni.
"Maaf ma. Rania dah lambat memang macam ni. Tengok semua kelam kabut." Rania terus berpatah balik ke arah mamanya. Dan segera menyalam tangan mamanya. Sementara itu, tangan Syukri sudah pun menghulur kearahnya. Rania sudah tidak berkelip melihatnya. 'Ei jantan ni. Aku tahu lah nak salam kau. Err tak menyabar betul!' bentak Rania dalam hati. Rania terus salam dan segera ke kereta Abangnya.
"Fuhh leganya. Nasib baik lah dia tak hantar aku. Kalau tak, tak tahu lah macam mana kawan-kawan aku dekat sekolah tu tengok muka aku ni masam mencuka." bebel Rania sambil memakai kasut sekolah. Serentak itu Khairi Iskandar datang disebelahnya.
"Adik tak baik lah cakap macam tu. Bedosa tau. Walau apa pun, Syukri tu tetap suami adik yang sah. Abang Khai tak suka lah adik macam ni. Sesekali cuba lah terima takdir tu dengan ikhlas!" marah sungguh Khairi apabila adiknya enggan menerima Syukri sepenuhnya dalam hidupnya. Rania hanya mendiamkan diri.
"Hey tak gerak lagi? Nanti lewat sampai sekolah tu. Pergi cepat." mula lah Puan Azurin sudah buka mulut. abis semuanya jadi binggit.
"Ya ma. Nak pergi ni. Mama hati-hati dekat rumah. Tengahari ni Rania tak balik. Sebab ada kelas petang. Jadi, petang nanti lah baru nampak muka Rania ni." di hujung-hujung ayat kedengaran suara Rania yang agak mula memanja.
"Lah ya ke? Petang nanti mama tak ada dekat rumah. Mama nak keluar dengan papa. Mungkin malam baru balik." bersungguh-sungguh Puan Azurin beritahu.
"Eh tak apa ma. Rania boleh jalan kaki. Lagi pun bukan jauh mana pun. Tak pun, nanti Rania suruh Jue hantar naik motor." Rania segera membalas. Takut nanti si ulat bulu, Syukri tu dengar pula.
"Ishh Rania ni. Ada jalan kaki. Bahaya lah jalan kaki..." baru Puan Azurin mahu menghabiskan ayatnya, Syukri dahulu sudah menyelah.
"Kalau macam tu biar Abang jela yang amek Rania nanti. Mama pun tak ada lah risau nanti." senyum saje wajahnya. Sebelum ini Rania tidak pernah pula nampak wajah suaminya masam.
"Haa yang ini Mama setuju. Eh tapi Syuk tak apa ke? Kan Syuk kerja? Boleh ke bahagikan masa untuk ambil Rania nanti?" bertubi-tubi soalan yang di beri oleh Puan Azurin.
"Boleh aje ma. Demi isteri tersayang, mesti boleh punya." Syukri sudah mula angkat-angkat kening. Meluat Rania melihatnya.
"Okay lah kalau macam tu. Tapi make sure jangan lambat. Sebab saya jenis yang tak suka menunggu!" geram Rania. Terus dia masuk ke dalam kereta milik abangnya.
"Maafkan Rania ya Syukri. Rania memang macam tu. Mama tahu dia masih berat lagi mahu terima Syuk. Tapi mama yakin, yang Rania akan sayang dan cintakan Syuk satu hari nanti." penuh yakin Puan Azurin memberitahunya. Sempat lagi Syukri menghadiahkan senyuman buat ibu mertuanya.
"Tak apa ma. Syuk anggap ni dugaan buat Syuk." Syukri terus salam ibu mertuanya. Lalu masuk ke dalam keretanya.
Suasana di pejabat yang agak tenang membuatkan Syukri leka dengan kerjanya. Sehingga dia lupa mahu menggambil Rania dari sekolah. Pintu biliknya di ketuk dari luar, membuatkan Syukri berhenti dari membuat kerjanya.
"Masuk" sepatah saje perkataan yang keluar dari mulutnya.
"Maaf Encik Syukri. Saya cuma nak ingatkan yang Encik Syukri ada meeting pukul 3 nanti. Dalam masa 30minit ni saya harap Encik Syukri dapat bersedia dengan meeting kita nanti" penuh disiplin P.A Syukri.
"Terima kasih." sambil kepalanya diangguk-anggukkan. Di kala itu, Syukri melihat jam di tangannya. Sudah pukul 2.25minit petang. Syukri terus menyambung kerjanya."
Hampir sepuluh kali Rania berjalan ulang alik. Tiada lagi kelihatan pelajar-pelajar lain selain Rania. Mahu saja Rania balik jalan kaki. Tapi di sebabkan Syukri sudah beritahunya mahu mengambilnya petang ini.
"Eii mana lah si ulat bulu ni? Sampai ke sudah aku ulang alik. Tapi tak muncul-muncul pun." runggut Rania dengan kakinya menhentak-hentak simen yang dipijaknya. Geram!
Dalam masa yang sama, perut Rania mula berbunyi.
"Err Dah lah aku lapar ni. Tak makan lagi emm." Rania menekan-nekan perutnya yang mula sakit.
"Arrghhh tak boleh jadi ni. Lelaki ni memang sah tipu aku. Dah lah malas aku nak tunggu. Baik aku pergi kedai makan. Isi perut aku ni lagi berbaloi!" Rania terus bangun dan pergi dari pondok sekolahnya.
Kelihatan, Syukri memang sibuk dengan kerjanya. Memang betul-betul lupa dia akan Rania yanag masih di sekolah. Tiba-tiba telefon Syukri berbunyi. Jelas nama ibu mertuanya, 'Mama'.
"Ya ma? Haaa?? Ya Allah, Syukri lupa ma. Tak apa Syukri pergi amek sekarang. Maaf ma.." terus talian dimatikan. Syukri bergegas keluar dari biliknya. Masa tu P.A Syukri menahannya.
"Encik nak pergi mana? Meeting lagi 15minit ni." risau betul Wana, P.A Syukri.
"Maaf Wana, saya ada hal sekejap. Kurang dari 15minit, saya akan datang balik." Syukri meneruskan langkahnya. Risau dia kalau terjadi apa-apa dengan Rania.
"Abang! Macam mana ni? Syukri lupa nak amek Rania. Saya risau lah apa-apa jadi dekat Rania dekat luar tu." Puan Azurin mula tidak keruan. Encik Muizzuddin cuba untuk menenagkan isterinya.
"Awak tenang boleh tak. Kan tadi Syukri cakap dia akan amek Rania sekarang. Awak janganlah fikir bukan-bukan."
"Abang ni. Rania tu mana pernah saya kasi jalan kaki. Lagi-lagi jalan kaki sorang-sorang. Kalau dengan Jue pun saya rasa was-was. Ya lah, Jue tu perangai dah macam tomboi." Puan Azurin tidak puas hati lagi.
"Doa lah baik-baik. Tahu lah Rania nak jaga diri dia dekat luar tu. Awak ni tak baik tau cakap pasal anak orang. Bukan awak tu dah anggap Juliana tu macam anak sendiri ke?" Encik Muizzuddin mula geram dengan sikap isterinya.
"Emm. Tak apa lah kalau macam tu. Kita tunggu jela nanti Syukri call balik." akhirnya Puan Azurin mengalah juga.
Syukri seperti orang hilang akal. Dengan membawa kereta dengan had laju yang terlampau. Dengan tidak memakai tali pinggang kereta. Sudah sampai di sekolah. Tapi batang hidung Rania tidak pula nampak. Syukri mula risau. Dia meraup wajahnya berkali-kali.
"Kenapalah aku boleh terlupa. Kalau apa-apa jadi dekat Rania. Memang aku takkan maafkan diri aku sendiri!" sambil itu, Syukri keluar dari kereta. Langkahnya lurus menghala ke pondok pengawal sekolah.
"Maaf Pakcik, tumpang tanya boleh? Pakcik ada tak nampak budak perempuan dekat sini?" Syukri menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Mudah-mudahan Pakcik ini nampak Rania. Doanya dalam hati.
"Ramai tadi. Tapi tadi ada lah sorang budak perempuan tu. Lama juga Pakcik tengok dia duduk dekat pondok tu. Tapi dia dah jalan kaki dah. Kenapa ya nak?" giliran Pakcik tu pula yang menggaru kepala.
"Ohh iya ke? Terima kasih ya Pakcik." Syukri terus berlari ke keretanya dan segera mencari Rania.
Peluh di dahi yang bula menitik, terus dilap perlahan. Rania berjalan, dan terus berjalan. Hampir semua kedai makan yang pernah dia nampak sebelum ini, tutup.
"Apehal semua kedai makan ni tutup? Time aku tengah lapar lah nak tutup." Rania seperti orang gila dengan rambutnya yang tidak terurus. Malas dia mahu betulkan. Masa itu kedengaran bunyi kereta membunyikan hon. Terkejut Rania dibuatnya. Dia menoleh kebelakang. Besar matanya.
"Pandai pula nak amek aku! Dasar penipu" Rania terus berjalan. Malas dia mahu naik kereta Syukri.
Syukri membuka tingkat.
"Eh, awak ni kenapa? Tak reti nak berhenti ke? Cepatlah saya dah lambat ni." suara Syukri mula meninggi. Rania terkejut mendengarnya. Sebelum ini dia tidak pernah lagi melihat wajah ketat Syukri. Rania tiada pilihan. Dia masuk saja ke dalam kereta.
"Dah lah amek lambat. Lepas tu nak marah-marah pula. Kalau rasa terpaksa amek saya. Lepas ni tak payah buat baik nak amek." marah sungguh dia.
"Abang minta maaflah. Abang tak perasan. Lepas ni Abang ada meeting. Sayang duduk dekat office Abang je okay?" lembut suara Syukri. Dia sedar akan kesilapannya.
"Taknak! Saya nak makan, saya lapar." Tajam mata Rania melihat Syukri.
"Makan dekat sana jela. Abang betul-betul dah lambat ni. Rania nak makan apa? Abang call dia." sesekali Syukri melihat wajah Rania yang masih tegang.
"Nak makan nasi lah. Saya dari pagi tadi tak makan tau." Rania terus menekan perutnya. Sakit itu masih ada lagi. Syukri terus menoleh kearah Rania.
"Hahh?! Kenapa tak makan? Mama tak bagi duit belanja ke?" Rania dapat lihat wajah cemas Syukri. Tapi itu tidak langsung membuatkan hatinya mahu memaafkan kesalahan Syukri.
"Mama bagi. Tapi saya nak menabung." Rania dengan wajah tidak bersalah. Biarkan saje suaminya raisau.
"Lepas ni jangan buat macam ni lagi lah sayang. Setakat duit simpanan tu. Abang boleh aje bagi. Sekarang cakap nak makan apa?" Berkerut dahi Rania.
"Awak jangan nak mengada. Saya tak nak pun duit awak. Kan saya dah cakap nak makan nasi." sambil Rania menepuk lengan Syukri.
"Okay, sayang suka makan tomyam? Abang order tomyam okay?"
"Suka aje." Syukri terus keluarkan telefonnya.
"Hello Wana. Tolong order kan nasi putih, tomyam. Saya lagi 5minit sampai." tegas suaranya. Rania pula rasa seronok dapat makan. Mesti lah. Perutnya dah lapar dari tadi lagi.
No comments:
Post a Comment