Wednesday, 10 December 2014

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB7

           "Bro kau dekat mana? Aku nak jumpa kau la." kedengaran suara Khairi yang agak tegas dan serius.
  "Aku dekat office ni. Ada hal apa?" jawap Syukri.
  "Oh yeka? Benda ni tak boleh cerita dalam telefon." wajah Khairi jelas dengan kerutan di dahinya.
  "Okay, kalau macam tu kita jumpa lagi setengah jam. Boleh lunch sekali."sambil melihat jam ditangannya.
  "Okay juga tu. Apa-apa nanti aku call kau." Khai mengangguk tanda faham.

           Sejak hadir ke sekolah pagi tadi, sampailah waktu balik. Rania asyik menyendiri saja dan banyak tidur di dalam kelas. Cikgu-cikgu lain perasan dengan sikap Rania yang berubah.
  "Rania, nak pergi mana kau?" tegur Juliana kawan baik kepada Rania.
  "Aku tak sedap badanlah Jue. Aku nak balik." lemah suara Rania
  "Kau jangan cari pasal wei. Kau lupa ke habis sekolah kita ada trainning futsal?"
  "Aku tahu tu tapi aku memang tak sihat ni Jue." jelas Rania.
  "Aku tengok kau sihat je. Cuma lemah sikit je. Nanti Miss Anne bisinglah" suara Julianna agak kasar sedikit kerana manahan marah.
  "Kau faham tak aku cakap tak sihat!" Rania terus pergi meninggalkan Juliana. Juliana sendiri tidak faham kenapa Rania jadi seperti itu. Tiba-tiba Rania terfikir balik.
  "Kalau aku balik rumah pun buat tambah stress je. Baik aku ikut je trainning ni. Dapat sikit hilangkan stress aku ni" Rania terus berlari mendapatkan Juliana.
  "Jue!" Rania memegang bahunya
  "Eh kau tak balik lagi?"
  "Aku rasa nak ikutlah trainning. Lagi pun aku dah sihat sikit ni." Juliana senyum mendengarnya dan mereka sama-sama ke padang.

         "Bro, sorry lambat sikit. Jalan jem pula" tegur Syukri. Sambil menyalam sahabatnya.
  "Takpa, aku pun baru sampai juga ni."Khairi menyambut salaman Syukri.
  "Okay dah order?" tanya Syukri sambil memegang telefon bimbitnya.
  "Belum. Aku tunggu kau" Syukri terus memanggil pekerja disitu untuk mengoder.

          Dengan cuaca yang panas terik. Rania berjalan kaki dari sekolah sampai ke rumah. Biasanya dia menelefon mamanya untuk menggambilnya di sekolah jika dia pulang lewat. Tapi kali ini dia tidak mahu menelefon. Dia masih lagi tertekan dengan masalah jodoh yang papanya beritahu semalam. Rania tidak mahu usia mudanya habis dengan kerja-kerja di dapur. Seperti insan biasa yang ingin kebebasan sedikit selepas habis SPM. Tapi Rania tidak. Dia harus segera berkahwin dengan pilihan keluarganya dalam masa yang terdekat ini.

           "Ni apa hal tiba-tiba nak jumpa? Macam ada hot issue je" Syukri ketawa sedikit
  "Hot issue apa pula? Tak ada lah. Patut aku yang cakap hot issue untuk kau" Syukri sudah mengangkat keningnya. Tanda dia terkejut agaknya.
  "Lah kenapa aku pula yang kena ni?" Syukri buat muka pelik.
  "Yela, tak lama lagi kau akan jadi adik ipar aku. Tahniah bro." ceria wajah Khairi.
  "Kau ni merepek apa. Aku tak cakap pun aku setuju." runggut Syukri.
  "Dah tu kau tak jadi adik ipar aku lah?" kalau tadi wajah Khairi kelihatan ceria. Sekarang tidak lagi. wajahnya menjadi muram sedikit.
  "Yela rasanya. Rania muda sangat. Aku tak tahu kenapa mak aku beria-ria nak aku kahwin dengan adik kau." Syukri menyedut air fresh oren sedikit.
  "Aku tak kesah. Tapi kalau kau dijodohkan dengan adik aku. Aku harap sangat kau dapat jaga dia macam mana aku jaga dia. Dia jela satu-satunya adik yang aku ada dan paling aku sayang." bersungguh-sungguh Khairi memberitahu pada Syukri.
  "InsyaAllah. Aku cuba bro" selesai mereka makan tengah hari. Mereka terus keluar dari kedai makan itu. Dalam mereka sibuk berkata sesuatu. Syukri sudah terlanggar seorang hambar Allah hingga dia hampir terjatuh.
  "Aduhh!" Suara lembut itu pasti datang dari seorang gadis
  "Maaf cik. Maaf sangat" Syukri terus membantu gadis itu
  "Apa cik-cik. Adik ni. Tengok betul-betul. Ingat tua sangat ke. Aduh! Dah lah boleh bangun sendiri."
  "Rania?" Khairi terus menyebut nama itu. Ternyata gadis yang dilanggar Syukri tadi adalah Rania.
  "Abang buat apa dekat sini?" Rania dengan wajah yang pelik terus pergi kearah abangnya.
  "Abang keluar makan dengan Syukri" Rania terus menoleh ke Syukri. Rasa malu pula pada Syukri kerana Rania bersikap kurang sopan tadi.
  "Rania dari mana ni? Dengan pakai t'shirt sukan"
  "Rania ada trainning futsal dekat sekolah tadi. Ni jalan kaki jela balik sekolah."
  "Kenapa tak call mama?" Syukri hanya melihat gelagat dua beradik ini.
  "Malas. Okay lah bang, Rania balik dulu."
  "Balik naik abang jela. Abang nak balik juga ni" Rania menggangguk.
  "Pegang helmet ni kejap. Pergi tunggu dekat motor abang tu. Abang nak cakap sikit dengan Syukri" sambil menghulur helmet biru royal. Rania terus mengambil helmet ditangan abangnya Khairi.
  "Syuk, ingat pesan aku. Tolong jaga Rania untuk aku."
  "InsyaAllah." pendek sahaja jawapan Syukri. Khari hanya senyum sambil melangkah ke motorsikalnya..

          Sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Rania langsung tidak bersuara. Biasanya mulut Rania akan berbunyi macam kereta api yang tak berhenti.
Tiba di traffic light merah. Khairi mulakan perbualan.
  "Adik abang ni kenapa diam pula? Ada batu ke dekat dalam mulut?" Rania langsung tidak mempedulikan gurauan abangnya.
  "Ke tengah berangan pasal Syukri? Haa baik mengaku." Khairi Iskandar sudah mula gelak besar.
  "Tak lawak pun" wajahnya beria biasa saja. Rania tidak ada mood. Tambah pula dengan kepanasannya ditengahari ini.
  "Okay nampaknya abang bengang sendiri lah ni?"
  "Nampaknya macam tu lah." Rania masih lagi dengan wajah yang ketat.
  "Adik, jangan tinggi sangat ego tu. Percaya lah dengan mama dengan papa. Syukri akan bahagiakan Rania. Abang sendiri tahu perangai Syukri tu macam mana. Dia memang baik sangat."
  "Percaya memang boleh. Tapi untuk terima dia dalam hidup adik memang susah bang."
  "Adik, dengar cakap abang. Mesti ada sebab kenapa mama dengan papa nak Rania kahwin dengan Syukri. Mungin mama dah nampak yang Syukri memang orang yang layak untuk Rania." Khairi cuba memujuk adiknya. Dia tahu adiknya memang ego. Susah untuk dikawal.
  "Abang cakap senanglah. Hal kahwin tak boleh buat main. Faham tak?!" Rania mula hilang sabar. Khairi hanya mendiamkan diri sahaja.

No comments:

Post a Comment