Jam lonceng yang berulang-ulang
kali berbunyi tapi tiada siapa yang bangun untuk menutup suis jam itu. Intan
Rania yang sedang nyenyak dibuai mimpi masih tidak sedar dengan bunyi jam
lonceng yang kuat bagai nak runtuh biliknya itu sehingga Puan Azurin yang menutup
suis jam lonceng itu.
"Bertuah punya anak. Jam dekat sebelah telinga pun tak
sedar." Puan Azurin menupuk-nepuk lembut pipi anaknya.
"Hei Rania! Bangunlah dah lewat ni. Nanti papa bisinglah
tengok Rania tak bangun-bangun lagi"
"Ma, ni kan weekend. Bagilah Rania bangun lewat sikit.
Lagipun Rania tidur lewat semalam." Intan Rania yang masih mamai
membuatkan Puan Azurin rasa geram.
"Rania lupa ke? Kan kita nak pergi rumah Tok Mak harini.
Cepatlah Rania. Nanti papa bisinglah." Puan Azurin menarik-narik tangan
anak perempuan bongsunya.
"Okay fine. I go to shower now." Intan bangun dari katil
dengan keadaan yang terpaksa. Dia sebenarnya malas mahu keluar. Dia mahu duduk
dirumah mengulangkaji pelajaran. Tapi kerana mamanya. Dia harus akur dengan
kehendak mamanya.
"Mandi cepat sikit Rania. Dah lambat ni. Baju tak packing
lagi."
"Ya ma, Rania tengah gosok gigi ni. Kejaplah ma."
Kedengaran suara Rania yang mulut penuh dengan buih ubat gigi.
"Haa sayang, Rania mana?"
Encik Muizzuddin mula bertanya tentang anaknya kepada isterinya, Puan Azurin.
"Ada dekat atas bang. Kejap lagii turunlah dia. Anak abang tu
bukan sekejap bersiap. Lamanya tu macam satu hari." Puan Azurin cuba untuk
mengubah topik. Sambil menyedokkan nasi goreng.
"Papa, Khairi dah siap. Can we go now?" Khairi Iskandar
yang membawa semua beg-beg pakaiannya terus diletak didepan pintu.
"Makan dulu Khai. Buat alas perut." Encik Muizzuddin
menyuruh anak sulongnya sama-sama bersama-sama dengannya.
Khairi hanya menurut sahaja apa yang disuruh papanya. Khairi makan dua tiga
suap nasi goreng mamanya. Suapan yang keempat, dia tesembur sedikit.
"Pfftttttt!!!" Dan dia tidak dapat menahan ketawa
melihat adiknya turun dengan membawa beg yang besar. Seperti mahu bercuti
setahun.
"Ya Allah Khairi! Kenapa macam ni. Nasib baik tak tersembur
dekat papa." Puan Azurin geram melihat anaknya yang beperangai
keanak-anakkan.
"Ma, Khai tesembur ni pun sebab adik tau ma. Mama tengoklah
kecik tak kecik beg yang dia bawak tu. Kita tidur rumah Tok Mak bukan lama pun.
Dua hari je." Khairi menjelaskan kepada mamanya yang mula kelihatan
tegang.
"Hey! Suka hatilah. Beg besar salah, beg kecik salah. Janji
bawak beg." Rania mula naik angin dengan sikap dengki abangnya.
"Betul cakap abang tu Rania. Kita bukan lama pun. Dua hari je
sayang." Encik Muizzuddin cuba berlembut dengan anaknya. Dia tahu Rania
terasa dengan dengkian abangnya tadi.
"Tak apa lah pa. Dah kemas pun. Lagipun tak ada beg
kecil." Rania terus menuju ke meja makan. Sempat lagi dia menepuk cawan
yang sedang diminum oleh abangnya. Hampir tertumpah air milo panas yang diminum
abangnya.
"Adik ni kenapa? Air panaslah ni dik." monyok saja wajah
tampan Khairi. Rania pula sudah senyum lebar kerana dapat membalas balik.
Dalam perjalanan pulang ke kampung. Rania yang sedang membaca buku sekolah
untuk membuat ulangkaji. Sempat lagi mengusik abangnya yang tertidur tempat
duduk sebelah.
"Ehemm!" Encik Muizzuddin
berdehem sedikit. Rania terus terbantut untuk mengusik abangnya. Rania
tutup buku dan mengeluarkan earphone untuk mendengar lagu. Rania tidak
suka pulang ke kampung. Masa dia kecil dulu. Dia ditinggalkan oleh mama dan
papanya di kampung. Di kampung Rania selalu dikacau dengan sepupunya Syazran.
Syazran sebaya dengan Rania dan mereka sudah hampir sepuluh tahun tidak menegur
sapa.
Ketika umur Syazran sudah sembilan tahun.
Syazran pindah diSabah, kerana papanya dinaikkan pangkat. Rania amat benci
kepada Syazran. Peristiwa yang paling menyakitkan hati apabila Syazran kurung
Rania di stor belakang rumah Tok Mak. Menangis-nangis Rania ketika itu. Kata
Puan Azurin, kali ini keluarga Syazran turut hadir ke tahlil arwah datuknya.
Tidak dapat bayangkan, macam mana sikap Syazran padanya nanti.
"Rania.. Khairi... Bangun
sayang. Kita sudah sampai ni." Puan Azurin mengejutkan kedua anaknya.
"Cepatnya sampai? Rasa macam sepuluh minit je Khai
tidur." Khairi mula mengeliat. Melihat adiknya yang lena tertidur
dibahunya. Membuatkan langkah Khairi terhenti untuk mengeliat.
"Baru sepuluh minit apanya. Khai tu tidur je. Dah empat jam
kita dalam kereta ni. Dah kejut adik tu. Mama nak angkat beg." Khairi
terus mengejutkan adiknya. Guna cara lembut tidak jalan. Haa kali ni guna cara
kasar. Mesti bangun punya.
"Woii keping! Bangunlah!!!" Khairi menjerit di telinga
adiknya. Rania terus terjaga.
"Abang Khai ni kenapa jerit-jerit."
Rania sudah menjeling-jeling abangnya.
"Mata tu jaga. Kita dah sampailah dik. Dah cepat masuk pergi
salam Tok Mak. Biar abang angkat semua beg"
Rania terus keluar dengan muka mengantuk. Dari jauh lagi Rania sudah nampak
mama Syazran, Maksu adik kepada mama.
"Assalamualaikum Maksu." Sambil tangan Maksunya dicium. Maksunya sudah
tersengeh-sengeh melihat Rania.
"Waalaikumusalam. Rania sihat?" ramah Puan Laili.
"Eh Laili. Dekat sini kau. Penat aku meround dekat dalam tu
cari kau." Puan Azurin terus memelu adiknya dengan seerat yang mungkin.
"Mari lah masuk. Kita borak-borak dekat dalam, sedap sikit
ada kipas." Puan Laili menyuruh masuk ke dalam. Puan Azurin hanyak
mengikut saja.
Selesai Khairi menganggat kesemua
beg-beg baju keluarganya. Dia terus baring disofa. Hilang sikit sengal-sengal
badan. Di kampung, Khairi tiada kawan. Sepupu-sepupunya yang lain ramai yang
perempuan. Khairi tidak berapa minat dengan sepupu perempuannya. Mereka semua
beperangai mengada-ngada dan gedik. Akhirnya Khairi terlena juga disofa.
Seronok betul Rania melihat mamanya
berborak dengan adiknya. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Rania sangat letih.
Sepupunya yang belum sampai lagi. Rania mengambil keputusan untuk baring
disebelah mamanya. Rania terus menghampiri mamanya.
"Ini anak dara kau dah berapa umurnya?" Puan Laili terus
mengubah topik apabila melihat Rania disebelah kakaknya.
"Nampak macam dah anak dara. Tapi perangai tak macam anak
dara pun Li. Sekarang tujuh belas tahun."
"Ish kau ni. Biasalah tu. Dah besar muka dia banyak ikut muka
kau Rin." Puan Azurin tersenyum mendengarnya.
Khairi tersedar dari tidur apabila
mendegar suara bising berhampirannya. Dia terus bangun. Bulat matanya apabila
dapat tahu suara bising itu datang dari sepupunya yang gedik.
"Eh betul lah tu Khairi. Makin handsome lah Wany." Lea sudah
menepuk-nepuk lembut lengan sepupunya Wany.
"Memang handsome pun. Nak-nak lagi bila dia baru bangun
tidur. Pehh cair aku."
Khairi mula rasa tidak selesa. Dia terus keluar. Dalam langkah dia mahu keluar.
Telefon bimbitnya berbunyi. Dia terus angkat.
"Bro, kau dekat mana? Dah sampai Perak belum. Jom lepak rumah
aku. Rindu pula dekat kau"
"Ye sayang, I baru sampai kampung ni. Sini kejap-kejap tak
ada line lah sayang." Khairi terpaksa memanggil panggil sebegitu kepada
kawannya. Dia mahu sepupunya tahu yang dirinya sudah ada yang punya.
"Woi. Kau tebiat apa panggil aku sayang? Mengigau ke kau
ni."
"Rania, panggil abang Khai makan." Rania hanya mengikut
saja.
"Wei dia dah ada girlfriend ke? Patah hati aku! Ergh!" Wany
dan Lea sudah mula merah padam.
"Abangggg!!!!!!!!!!" Rania dari dapur sudah berlari
kedepan dengan menjerit-jerit panggil abangnya.
"Kenapa ni dik."
"Mama panggil suruh makan." jawab Rania.
Khairi terus mematikan talian.
Dia hanya menghantar masej ringkas kepada rakannya. Khairi bersyukur sangat
kerana adiknya memanggilnya walaupun dengan cara yang kurang sopan. Khairi
terus menarik rambut adiknya dan terus berlari kedapur.
"kurang ajar punya abang!!" Rania turut berlari
menggejar abangnya.
Selepas makan tengah hari.
Khairi terus mencari Udin. Sepupunya yang tinggal bersama Tok Mak. Khairi mahu
meminjam motor untuk pergi ke rumah rakannya Syukri di kampung yang sama dengan
kampung Tok Mak.
"Udin!" Khairi berlari mendapatkan Udin.
"Apehal kau Khai?"
"Nak pinjam motor boleh? Nak pergi rumah kawan aku dekat area
sini."
"Kau ada kawan dekat sini? Siapa?" Udin pelik. Bila masa
pula si Khai ni ada kawan dekat sini.
"Anak ketua kampung tu. Syukri lah. Kenal dia masa aku
belajar dekat UK dulu."
"Ouhh si Syukri tu. Em yelaa nah kunci motor. Elok-elok bawak
motor tu"
"Okay Din, aku pergi dulu. Terima kasih tau Din." Khai
terus hidupkan enjin motor. Baru saja Khai mahu bergerak. Dia sudah nampak
adiknya berlari kearahnya.
"Abang nak pergi mana? Pusing-pusing kampung ke?"
Beria-ria Rania bertanya.
"Em lebih kuranglah. Tapi.." belum sempat Khairi
menghabiskan ayatnya. Rania terus duduk dibelakang abangnya. Khai tiada
pilihan. Terpaksalah bawak sekali adiknya ke rumah kawannya.
Rania seronok sangat dapat
pusing-pusing kampung. Rambutnya yang panjang diikat satu. Untuk mengelakkan
rambutnya mengerbang macam hantu. Tiba-tiba abangnya berhenti disebuah rumah
besar. Sepertinya orang-orang kaya.
"Ini rumah siapa bang?" tanya Rania.
"Ini rumah kawan abang. Rania tunggu kejap." Khai turun
dari motor dan segera memberi salam.
Rania hanya memerhati gerak geri abangnya.
"Bila masa pula dia ni ada kawan dekat sini? Tak pernah pula
dia bangitahu." Rania nampak ada seorang lelaki keluar dari rumah itu.
Yang paling geram bila abangnya masuk ke dalam rumah tu tidak bawa dia sekali.
"Boleh abang Khai tinggalkan aku. Ish geramnya. Ni kalau aku
pandai bawak motor. Memang aku dah balik dah. Tinggalkan dia
sorang-sorang." Rania mengomel sorang-sorang sambil menepuk-nepuk motor
yang diduduknya.
"Anak ni okay ke?" Tegur seorang wanita yang sudah agak
berumur.
Rania tekejut apabila seorang wanita
menegurnya dari belakang. Hampir terjatuh dia situ. Tapi pantas wanita itu
memegang Rania.
"Makcik ni siapa? Tiba-tiba je ada dekat belakang?"
tanya Rania.
"Panggil Mak Leha je. Ini rumah Mak Leha. Anak kenapa duduk
sini?" jawab Mak Leha dengan lembut.
"Oh yeke? Maaf Mak Leha. Abang saya jumpa siapa entah dekat
dalam tu. Lepas tu dia biarkan saya dekat luar." Rania mengadu dekat Mak
Leha sambil menyalam wanita itu.
"Em kesian dia. Nama anak ni siapa? Mak Leha tak pernah
nampak pun sebelum ni."
"Nama saya Intan Rania. Saya baru balik kampung nenek
saya." sambil mengelap peluh didahinya.
"Oh ya ke? Cucu siapa ni?" tanya Mak Leha lagi.
"Cucu Ramlah dengan Kamal. Saya anak Azurin. Yang dekat
dengan gerai makan." jelas Rania.
"Lahh, ini cucu Ram? Ya Allah sudah besar dah dia sekarang."
Mak Leha mencium-cium wajah comel Rania. Rania biarkan saja wanita ini
menciumnya. Mungkin dia kenal sangat dengan dirinya.
"Mak Leha kenal saya ke?" tanya Rania pula.
"Ya nak. Mak Leha kenal sangat dengan Intan. Mari masuk, kita
sambung cerita dekat dalam." Rania hanya mengikut saja.
No comments:
Post a Comment