Leiya mengatur langkahnya untuk masuk kebilik mesyuarat dipejabat Afiq. Tapi sayang sekali, ada pekerja lain menghalangnya dari masuk kebilik mesyuarat itu. "Cik Leiya tak boleh masuk sesuka hati. Nanti Encik Afiq marahkan saya" Pekerja yang bernama Syaza itu memegang lengan Leiya untuk menahan dia dari masuk ke bilik itu. "Eh apa masalah you ni? I datang sini nak jumpa bakal tunang I. So suka hati I lah nak masuk ke apa!" "Baru bakal, bukan dah sah tunang pun. Cik Leiya memang tak boleh masuk. Maafkan saya" Leiya sudah naik angin. Leiya menolak Syaza sehingga Syaza tersandar didinding. Syaza tidak dapat berbuat apa-apa. Kepalanya sakit kerana terhantuk didinding. Leiya kini mengatur langkahnya kembali.
"Pastikan projek ni berjalan dengan lancar. Saya mengharapkan anda semua dapat..." Afiq terdiam apabila melihat Leiya masuk kedalam bilik mesyuaratnya. "Hai sayang. Eh, you tengah meeting? Opss tak apa, I tunggu you okay" Dengan muka yang tidak bersalah. Selambar dia duduk di kerusi kosong yang betul-betul dihadapan mejanya. Makin membara hatinya saat itu. "Itu sahaja saya rasa. Awak semua boleh sambung buat kerja" Tegas suaranya. Pekerja yang lain hanya mengikut sahaja. Mereka terus keluar. Afiq pula malas mahu melayan Leiya yang sedah buat gaya menggoda di tepinya. Afiq menyibukkn diri dengan menyemak kesemua fail diatas meja.
Leiya membelai-belai rambut lelaki yang digilainya selama ini dan tiada rasa malu, dia duduk ditepi kerusi Afiq. Dia sengaja menunjukkan pehanya yang kelihatan sedikit itu. Afiq tidak perasan pula. Yang dia fikir sekarang ini hanya mahu lari dari perempuan gila ini. "You ni langsung tak hiraukan I dekat sini. Sibuk sangat dengan kerja ni kenapa? Tak sukalah macam ni!" Leiya merampas fail yang Afiq sedang pegang. Kalau rampas tu boleh sabar lagi. Ini kalau sudah dibaling sampai terabur semua kertas-kertas memang menggundang penamparlah. "Apa masalah kau ni! Kau buta ke apa aku tengah sibuk kerja!" Suara Afiq begitu kuat sehingga pekerja lain melihatnya dipintu yang berkaca. Merah padam muka Leiya. "Kau keluar sekarang! Keluar!!" Afiq meninggikan lagi suaranya sambil tangannya menunjuk kearah pintu. "You, I minta maaf. I kemaskan balik ye kertas-kertas you ni" Leiya terus menuju ke arah fail yang bersepah itu. Dia segera memunggut kertas-kertas yang berselerak dilantai. "Sudah-sudah, kau tak perlu buat baik macam ni. Buat serabut kepala otak aku. Kau balik tolong mak kau buat kerja rumah lagi bagus!" Muka Leiya masih lagi merah-merah. Dia terpaksa keluar dan menahan malu untuk kali kedua.
Fahmi Eyzrin dan Safyya sedang menggemas barang-barangnya. Safyy sudah mengabarkan kepada mamanya, yang dia dan suaminya akan berpindah dirumah sendiri. Puan Hasnilam terpaksa akur dengan kesemuanya. Kerana dia tidak mempuanyai apa-apa hak lagi untuk anaknya. "Fiyaa, kakak pergi dulu ye" Safyy masuk kebilik adiknya. Kelihatan Fiyaa yang tidak menunjukkan apa-apa kesedihan. Dia simpan semua kesedihan barangkali. "Kakak hati-hati tau. Ingat, lepas ni kakak kena jaga makan minum suami. Jangan risaukan sangat kitaorang dekat sini. Kitaorang pandailah jaga diri." Pesan Fiyaa membuatkan lagi hati kakaknya sedih. Dia tidak mahu berpisah dengan keluarganya. Tapi ini lah yang sudah tertulis. Dia harus redha dan harus kuat menghadapinya.
Fiyaa sibuk dengan komputer ribanya. Dia terpandang tentang "shopping online". Dia sememangnya sudah lama mahu buat perniagaan secara online. Keuntungan juga boleh mencecah ribuan jika berusaha lebih. Fiyaa nekad mahu membuat perniagaan secara online. Dia mahu menjual baju rekaannya sendiri. Tapi modalnya sangat tinggi. Dia membuat keputusan untuk menjual barang yang modalnya tidak terlalu mahal. Kini dia sudah membuat keputusan untuk menjual jam tangan branded lelaki dan perempuan. Fiyaa baru teringat, kawan lamanya ada juga yang membuat bisnes online macam ini. Pantas dia menelifon kawannya "Assalammualaikum, ini Syaza ke?" "Waalaikumusalam, ya ini Syaza bercakap. Ini siapa ya?" Lembut suaranya menjawab salam. "Alhamdulillah, ini Fiyaa. Ingat lagi?" Perempuan itu menggaru-garu kepalanya. Dia seperti tidak mengenali gadis bernama Fiyaa. "Maaflah, saya tidak kenal lah. Maaf ye saya tengah kerja ni" Talian terus dimatikan. Syaza cuba menggingat lagi, siapa Fiyaa? "Ehem!" Suara garau menyedarkan Syaza dari fikiran yang panjang. "Tolong printkan gambar ni. Saya nak dalam sebelum pukul empat petang ada diatas meja saya" Tegas bunyi suaranya. Syaza pantas mengambil pendrive yang diletak diatas meja Syaza. "Baik Encik Afiq. Saya akan siapkan print semua ni sebelum pukul empat petang" Afiq hanya mengganguk.
Syaza terus membuat kerja yang diberi bosnya tadi. Dalam dia sibuk membuat kerjanya. Dia mengomel sendiri. "Nasiblah kau ni comel. Kalau garang tapi muka tak comel memang aku campak luar je pendrive ni." Syaza menggerutkan dahi. "Ya Allah, banyaknya fail dekat dalam ni. Mana satu dia suruh aku print ni? Em yang fail gambar ni agaknya" Syaza terus klik di fail yang berisi gambar. Lagi bertambah kerutan didahinya. "Siapa pula perempuan ni? Awek dia ke? Ish tak mungkinlah. Adik dia? Lagi lah tak. Bos mana ada adik perempuan. Abis tu siapa?" Syaza zoom di bahagiam muka. Dia mahu melihat dengan lebih jelas gambar perempuan ini. Lawa, cantik tapi difikirannya seperti dia mengenali perempuan ini. Tapi siapa? "Sudah siap apa yang saya suruh?" Suara itu mengejutkan Syaza. Sehingga Syaza terlompat sedikit. "Em belum lagi bos. Tapi saya nak tanya sikit. Dalam pendrive ni banya sangat fail. Saya tak tahu yang mana satu kena print." Afiq sudah buat muka peliknya. Rasanya dalam pendrive tu hanya ada satu fail sahaja. Afiq melihat diskrin komputer pekerjanya. 'MasyaAllah, macam mana aku boleh tersalah bagi pendrive ni?' "Em salah ni. Saya rasa dekat pendrive lagi satu" Afiq pantas mencut pendrive itu dan segera masuk kebiliknya. Merah padam mukanya.
Fiyaa dalam perjalanan ke Pasar Borong Pandan, di Johor. Dekat sana barang-barangnya dijual dengan harga borong. Sesuai sangat untuk orang yang nak berniaga. Hampir tiga puluh minit perjalanan dari rumahnya ke Pandan. Fiyaa terus masuk dan mencari barang yang dicarinya.
"Hey Syaza, tu bos panggil masuk bilik dia. Muka dia ketat semacam kenapa? Kau tak buat kerja ke?" Soal rakan sekerjanya. Syaza sudah takut. Apa yang aku buat? Ada terbuang gambar awek dia ke? Em "Mana ada, aku buatlah. Ada hal lain agaknya" Syaza segera kebilik bosnya.
No comments:
Post a Comment