Harini, hari yang paling istimewa buat Nurul Safyya. Lagi beberapa jam sahaja dia akan bergelar isteri kepada Fahmi Eyzrin. Lelaki ini telah berjaya mengambil hatinya., bahkan telah berjaya sedarkan Safyy dari kehidupan yang huru hara.
"Bang, cepatlah. Baju tak pakai lagi ni. Semua dah siap tu." Puan Hasnilam kalau beleteh. haih abis semua orang yang mendengarnya akan terasa bingit. "Awak ni cubalah bersabar. Jangan gelabah sangat. ada masa lagi ni." "Bukan apa bang. Takut traffic jam je. Faham-fahamlah kalau hari minggu macam ni, kan memenag penuh aje jalan tu." Encik Ahmad Aris terpaksa mengalah aje. "Ye saya pakailah ni. Dah awak pergi tengok anak-anak awak tu semua dah siap ke belum? Nanti satu hal pula nak kena tunggu diaorang siap" Puan Hasnilam terus keluar dari bilik. Risau dia. Takut-takut anaknya belum siap lagi.
Fiyaa sudah siap dengan baju kurung yang mamanya beri semalam. Cantik sangat, dengan rambutnya lurus dilepas paras pinggang. Fiyaa tetap nampak cantik dengan secalit lipstik. "Fiyaa sudah siap ke nak?" Suara mama membuatkan Fiyaa terkejut dari berangan didepan cermin besar. Pantas Fiyaa membuka pintu biliknya. "Ye ma, dah siap dah ni" Fiyaa siap senyum-senyum lagi pada mamanya. "Amboi anak mama ni lawanya. Dah jom-jom, kita dah boleh gerak dah ni. Kak Safyy dah siap belum?" "Entahlah ma, Fiyaa dari tadi dekat bilik je ni." Paun Hasnilam berjalan menuju ke bilik Safyya. Pintu dikuak perlahan. Safyy nampak tenang saja. Dia seperti yang biasanya. "Sayang jom, kita dah kena pergi ni" Safyy menggangguk tanda dia menggerti. Dalam perjalanan ke masjid. Safyy sempat memohon maaf kepada Fiyaa. Dia sedar, dengan Fiyaa lah yang dia selalu buat dosa. Begitu juga dengan Fiyaa. Fiyaa juga terasa sangat terharu.
Sampai sahaja di masjid, keluarga sebelah lelaki sudah pun menunggu. Kehadiran keluarga sebelah perempuan, membuatkan keluarga sebelah lelaki tersenyum gembira. Lagi-lagi Fahmi Eyzrin. Tidak berkelip dia memandang bakal isterinya. Cun sangatlah tu. Safyy tidak perasan pula Fahmi Eyzrin memandangnya dengan sebegitu rupa. Dia sibuk bersalaman dengan orang-orang yang berdekatan dengannya. Begitu juga dengan Fiyaa. Sesudah mereka semua berkumpul, majlis akad nikah diteruskan.
Kini gadis yang bernama Nurul Safyya telah sah menjadi isteri kepada Fahmi Eyzrin dengan sekali lafaz. Safyy menyalam mamanya. Perasaan sebak tidak dapat dikawal. Dia menangis semahu-mahunya. Fiyaa memujuk kakaknya. Dia turut rasa sedih. Dah nama pun mereka kembar seiras. Pasti dia dapat rasa perasaan yang dialamai oleh kembarnya.
Selesai majlis akad nikah. Mereka semua pulang ke rumah. Ketika Fiyaa mahu melangkah keluar dari pintu masjid. Fiyaa ternampak adiknya Danish sedang berborak dengan seorang gadis dibawah pokok besar. 'Girlfriend dia lah tu. Baru abis SPM dah ada buah hati. Zaman sekarang...' Fiyaa mengatur langkah ke arah adiknya.
"Adik, jom mama dah tunggu tu." Danish agak terkejut dengan kehadiran kakaknya. "Em yeke? Haa okayh-okayh." Fiyaa hanya tersenyum. "Kak, ni kawan Danish. Nama dia Sarah Lyana. Awak, ni kakak saya Fiyaa, kembar kakak Safyy" "Oh hai, Sarah." Sarah sangat pemalu orangnya. Tetapi gayanya memang nampak seperti orang yang baik-baik.
"Hai kak Fiyaa. Cantik kakak ni. Em awak, saya balik dulu lah. Assalamualaikum" Sarah terus pergi dari tempat mereka berkumpul tadi. "Waalaikumusalam. Wahh pandai adik kakak ni cari awek ye" Usik Fiyaa. "Ishh akak ni. Dia tu kawan jela kak. Tak ada apa-apa pun dengan dia" Merah padam muka Danish. "Iye lah awak. Dah jom kita balik tak nampak mama saya tu membebel? Hahahah" Fiyaa tidak henti-henti menyakat adiknya. Danish apa lagi. Ditarik leher kakaknya sehingga mahu jatuh dibuatnya. Puan Hasnilam sudah terjerit-jerit dikereta. "Tengok tu dua beranak ni kalau bergurau macam apa. Kasah sangat" Bising Puan Hasnilam. Safyy ketawa mendengar leteran mamanya. "Ma, Fiyaa dengan Danish tu kan memang dari dulu macam tu. Rapat pun iye. Macam Danish pula yang kembar dengan Fiyaa." Kini Puan Hasnilam dan anak sulongnya ketawa bersama.
No comments:
Post a Comment