Dari tadi Puan Jamilah memerhati gelagat anak sulongnya yang asyik ketawa kerana menonton rancangan korea. "Dari dulu sampai sekarang, tak pernah tak tengok cerita korea. Ingat cerita melayu dah tak ada ke?" Perli Puan Jamilah. "Alaa bu, bukan ibu tak kenal anak ibu ni. hm" Afiq bangun menuju ke arah ibunya. "Ibu buat apa ni?" "Ibu tengah robohkan bilik Afiq ni." Afiq ketawa kecil. " Amboi ibu, kasar bergurau. Ibu tidurlah. Dah lewat malam ni. Esok-esokkan boleh sambung lipat kain tu." Pujuk Afiq. Afiq seorang anak yang sangat ambil berat. Lagi-lagi tentang keluarganya. Terutamanya Puan Jamilah. Sampai kawan-kawannya dulu memanggilnya anak mak. Tapi Afiq tidak mempedulikannya. "Tak apalah, Afiq tidurlah dulu. Lagi sikit ni, lepas tu ibu tidurlah."
Lena Afiq tidur didalam biliknya hinggakan ibunya sendiri masuk kedalam pun tidak sedar. Puan Jamilah melihat frame gambar tergantung sederhana besar di ruang biliknya. 'Siapalah perempuan yang bertuah ni? Untuk awak, sebab anak saya pilih awak.' Sebenarnya Puan Jamilah sudah seringkali melihat gambar ini. Dimana sahaja. Di wallpaper telefon, didalam dompet, didalam laptop.
Setiap kali Puan Jamilah melihat gadis ini, rasa sejuk hatinya. "Eh ibu? Bila masa ibu masuk?" Afiq yang agak tidak terdaya, sedaya upaya dia cuba bangun dari katil. "Ibu nak letak baju ni aje. Afiq sambung tidur ye? Esok kerjakan? Ibu pun dah nak masuk tidur ni." Afiq hanya tersenyum hambar. "Ibu keluar dulu ye?" "Okay bu." Terus Afiq terjun ke katilnya. Mengharap mimpi yang indah bersama buah hatinya Fiyaa.
"Selamat pagi mama" Safyy mencium pipi mamanya. "Hamboi, pagi-pagi lagi dah lawa ni nak kemana?" "Alaa maa, kita punya tunanglah ajak keluar. Mama ada nak kirim apa-apa?" Puan Haslinam tersenyum melihat gelagat anak sulongnya. "Tak apalah, rasanya tak ada apa-apa yang nak dikirimkan."
Dalam kemesraan mereka yang sedang berborak. Safyy tersentak mendengar bunyi hon kereta. Pastinya itu tunangnya. "Okay maa, Safyy pergi dulu ye" Safyy menyalam tangan mamanya. Siap dengan kucupan kiri dan kanan lagi. Amboi ini kalau sudah kahwin macam manalah agaknya.
Bila tiada kuliah, Fiyaa hanya membazirkan masa dengan dibilik dan membaca novel. Shah pula, kadang-kadang masih tidur, tengahari baru bangun. Katanya bukan selalu. Tapi harini Shah yang bangun awal sebelum Fiyaa bangun. Dari tadi Shah merenung Fiyaa. Fiyaa perasan. 'Confirm minah ni nak korek cerita semalam. Hmm mesti punya. satuu.. duaaa.. tiigaaaa...' "Eh Fiyaa! Semalam tu siapa?" Ahaaa!! Dah agak dah. "Kawan lama" Shah tidak puas hati. Masih banyak lagi persoalan yang harus ditanya. "Takkan kawan sampai macam tu? Eleh bagitahu jela dia tu boyfriend kau kan?" Fiyaa menggeluh panjang. "Betul lah. Kalau aku dah ada boyfriend nanti. Aku bagitahu kau ye?" "Yela tu" Shah mencemikkan bibir.
"Shah, kau tak lapar ke? Aku laparlah." "Boleh tahanlah. kenapa kau nak aku tapau ke nak join keluar sama?" Jelingan manja dilemparkan kepada Shah. "Mestilah tapau. Malas aku nak keluar. "Eleh, cakap jela nak keluar dating petang nanti" Usik Shah. "Amboi kau melebih ni. Tak ada maknanya. Aku dengan dia tu kawan okay. Ish kau ni. Sudahlah, kalau aku layan kau ni. Memang tak kesudah aku tak mandi. Tapau tau, aku nak pergi mandi."
No comments:
Post a Comment