Sungguh meriah suasana dirumah Puan Hasnilam dengan kehadiran kenalan rapat, saudara-mara dan suara anak-anak kecil yang memeriahkan lagi majlis perkahwinan anak sulongnya. Fiyaa pula sesekali membantu mamanya yang tengah sibuk melayan tetamu. Danish pula sedang berborak-borak dengan abang iparnya. Dulu Danish pernah berkawan dengan Fahmi Eyzrin. Tapi sekarang, tak sangka sudah menjadi abang ipar yang sah.
Fiyaa duduk dihalaman rumah. Kakinya sakit. Penat buat kerja barangkali. Dia mengurut-ngurut kakinya dengan sedikit minyak urut. Hampir waktu isyak masih ada lagi kawan ayah dan mama. Fiyaa rasa mahu sahaja dia tidur di luar ni. Tapi fikir tentang kolam renang didepannya. Elak jatuh tergolek kedalam. Tapi akhirnya Fiyaa tertidur diluar rumah.
Suara tetamu menggejutkan Fiyaa. Hampir setengah jam dia tidur diluar. Leher dan tangan mula terasa lenguh. Fiyaa masih mengantuk. Dia mahu naik ke atas untuk sambung tidurnya. Ketika Fiyaa melintasi ruang tamu yang begitu ramai tetamu. Puan Hasnilam memanggil-manggil Fiyaa untuk ke ruang tamu. Fiyaa dengan riak muka yang masam mencuka terpaksa redha. "Ini lah anak saya. Yang kembar pengantin tu." Puan Hasnilam memperkenalkan Fiyaa kepada rakannya yang sudah lama tidak berjumpa. "Wah, cantik manis mukanya." rakan Puan Hasnilam, Puan Jamilah agak tepegun melihat Fiyaa didepan matanya. Tapi dia seperti pernah melihar wajah ini. Tapi sayangnya, dia lupa dimana.
Sesekali Fiyaa tersenyum melihat Puan Jamilah melihatnya. Entah mengapa murah sungguh senyuman Fiyaa pada wanita itu. Dalam kemesraan dua keluarga ini sedang bermesra. Ada pula suara garau mengejutkn mereka "Mama, Danish nak keluar kejap. Ada hal sikit." Celah Danish. "Nak kemana pula ni? Sudah malam adik" Jawab Puan Hasnilam. "Jumpa kawanlah ma, dekat kedai depan je tu." "Suka hatilah. Baik keluar tu" Puan Hasnilam terpaksa akur dengan kehendak anak-anak. Dia tidak mahu memaksa anak-anak. Demi kebaikan katanya. "Biasalah Lam, anak lelaki. Mana nak lekat dekat rumah. Sama je dengan anak aku yang sulong tu. Nak-nak lagi sekarang ni dah sibuk dengan kerja. Em lagi lah susah nak tengok dia dekat rumah" Beria-ria Puan Jamilah bercerita tentang anaknya. "Itulah, nak buat macam mana kan. Diaorang semua tu sudah besar" Okaylah Lam, aku balik dulu. Bukan apa, takut abang dekat rumah tu bising." Puan Jamilah terus berdiri dan bersalam dengan Puan Hasnilam dan Fiyaa."Okay, bila-bila kalau datang Johor. singgahlah rumah." "Baiklah Lam. Aku balik dululah ye." Puan Jamilah dan Suaminya terus keluar dan pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur.
Selesai membersihkan badan. Fiyaa terus baring dikatil. Kepenatan sangat terasa. Tambah pula dengan pening dikepala yang semakin teruk. Fiyaa menyapu minyak angin supaya pening kepala berkurangan. Tidak lama selepas itu, Fiyaa sudah pun lena dengan tidurnya.
Puan Jamilah baru mahu lelapkan mata. Anak bongsunya, Hazim menelefon. "Ibu dekat mana? Lama lagi ke?" "Lama lagi ni. Ni baru nak masuk tol Melaka. Hazim tidur dulu lah. Ni Abang Afiq dah balik ke belum?" Puan Jamilah sudah faham sangat dengan perangai anak bongsunya yang tidak boleh berenggang dengannya. Mahu melekat sahaja. Terlampau manja. "Dah balik dah petang tadi. Harini awal dia balik. Ibu cepatlah balik." Puan Jamilah senyum mendengar suara anaknya. "Ya sayang. Ibu cuba ya kalau dapat sampai cepat. Hazim tidur ja dulu. Tak perlu tunggu Ibu ya" Hazim sememangnya sangat manja dengan Ibunya. Sama sahaja dengan Afiq. Tapi disebabkan Hazim adalah anak yang bongsu, haruslah dimanjakan lebih.
No comments:
Post a Comment