Friday, 1 August 2014

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB11

     "Sayang, sorry I lambat. You tak marahkan?" Gaya manja Leiya sambil tangannya memegang dagu Afiq. Pantas Afiq menepis. "Kau jangan bagi darah aku naik boleh tak Leiya?! Kau berambus sekarang!" Fiyaa terlompat sedikit kerana tekejut dengan tengkingan Afiq pada Leiya. Leiya pula, buat muka tidak tahu malu. "You ni, I datang baik-baik tau. I nak ajak you tengok movie je." "Tengok movie je? Eh aku ada banyak kerja tau. Sudahlah Leiya. Jangan ganggu aku lagi" Fiyaa tidak sedap hati. Tidak sepatutnya dia mendengar hal peribadi hubungan mereka. Fiyaa terus pergi. Sempat pula Fiyaa menolak bahu Afiq.

    "Awak tunggu sekejap" Afiq mengarah Fiyaa agar berhenti. Leiya sudah hilang sabar. Leiya fikir, Afiq tidak mahu keluar dengannya kerana Fiyaa. "Eh perempuan murah!" Leiya menolak Fiyaa dengan kuat sehingga Fiyaa terjatuh dilantai bersimen. "Kau siapa hahh?! Afiq ni boyfriend aku. Kau nak apa dengan dia?!" Sekarang giliran Fiyaa pula membalas tolakkan Leiya. "Bukan aku yang perempuan murah. Tapi kau! Sudah terang lelaki ni tak suka dekat kau." Lurus jari Fiyaa meluru kearah Afiq. "Lagi kau nak terhegeh-hegeh dekat dia" Terbeliak biji mata Leiya "Kurang ajar kau. Tak pernah lagi tau orang tengking aku sampai macam ni" Leiya pantas menampar Fiyaa tapi malangnya, tamparannya terkena pada Afiq. Merah padam muka Leiya. "Puas kau sekarang! Aku takkan biarkan sesiapa pun lukakan dia. Kau ingat tu Leiya!

     "Apa you ni nak back up perempuam ni pula." Afiq sudah tidak dapat menahan kemarahannya "Kau jangan ganggu hidup aku lagi Leiya. Mati hidup balik pun aku tak akan terima cinta kau. Sebab cinta kau tu pasti bukan cinta yang ikhlas. Kau sukakan aku sebab harta dan kekayaan yang keluarga aku ada. Cukuplah Leiya! Pergilah kau. Jangan sebabkan aku, hidup kau tiada masa depan." Tergamam Leiya mendengarnya.

     "Okay, I know who Iam. But you kena ingat satu perkara ni. Jangan satu hari nanti you menyesal. Dan I tak akan berdiam je Afiq. I akan pastikan you menyesal sebab tolak cinta I!" Mengigil-gigil Leiya menghabiskan ayatnya. "Aku malas nak bercakap dengan orang yang tak faham bahasa macam kau ni!" Leiya terus pergi dari situ. Hatinya bagaikan ditusuk-tusuk dengan pisau. Pedih hatinya hanya tuhan yang tahu.

     "Awak okay? Ada luka-luka tak?" Afiq memegang tangan Fiyaa tanpa rasa malu. Fiyaa menarik lembut tangannya. Ya, memang tangannya sakit. Sudah pastinya akibat ditolak dilantai. "Tak apa. Sikit je ni." Pantas Fiyaa menolak badan sasa Afiq yang semakin hanpir dengannya. "Sikit? Sikit apa kalau sampai darah melimpah-limpah tu?" Fiyaa mengerut dahi. Mana ada sampai melimpah-limpah. Jatuh aje, bukan kemalangan teruk ke. "Merepek apa awak ni. Dah lah saya kena balik ni." "Hmm suka hati awaklah. Tapi sure ke ni tak nak saya hantar pergi klinik?" Fiyaa hanya mengeleng.

     Hampir satu dewan Shah mencari Fiyaa. "Aduh makcik ni mana pula dia pergi. Kata pergi toilet je tadi. aduhh" Dalam Shah mengomel sorang. Shah ternampak seorang lelaki yang memakai baju hitam merah yang bertulis 'Project AF'Photography'. "Kalau tak silap aku. Dia tu lah lelaki yang aku duk perhati je dekat dalam dewan tadi. Tapi yang perempuan yang berdiri rapat dengan lelaki tu macam girlfriend dia aje. Ni memang wajib cerita dekat Fiyaa. Huhh. Tapi perempuan tu macam tengah merajuk aje dengan lelaki tu. Alahh gedik je. Kalau aku jadi perempuan tu tak adanya aku nak merajuk lama-lama dengan lelaki yang handsome macam tu. Haishh mana pula si Fiyaa ni." Sambil memerhati kawasan sekeliling. Mana tahu Fiyaa ada disini. "Eh Fiyaa? Tapi perempuan yang dengan lelaki tadi tu sebijik sangat macam Fiyaa. Dengan baju dia semua sama." Pantas Shah memusingkan kepalanya kearah tadi. Tak boleh jadi ni. Tadi cakap nak pergi toilet. Hujung-hujung pergi dating pula." Shah sudah mengatur langkah kearah mereka berdua.

     "Saya pergi dulu. Tak manislah, sebab awak berdiri rapat sangat dengan saya. Kalau kawan-kawan saya nampak nanti dah sudah diaorang salah faham." Afiq hanya ketawa kecil. "Okay, saya pun dah kena pergi. Saya ni kerja, takkan nak makan gaji buta pulakan?" Fiyaa hanya senyum hambar. Sayu hatinya kerana Afiq masih tidak ingat padanya. Dalam masa yang sama, dia rasa seperti gelisah. Kenapa? Ahh biar jelaa. Fiyaa terus pergi. "Saya rindu awak Fiyaa.." Halus nada suaranya. Pantas Fiyaa menoleh kearah suara itu. Bulat matanya melihat. Afiq tidak pernah melupakannya. Airmata Fiyaa sudah membasahi pipi. "Mana selama ni Afiq pergi? Kenapa tiba-tiba hilangkan diri?! Kenapa!" Fiyaa menepuk-nepuk dada Afiq. "Afiq ada alasan kenapa Afiq buat semua tu. Tolong Fiyaa jangan menangis macam ni." Sambil memegang tangan Fiyaa yang asyik menepuk-nepuk dadanya.

     Shah semakin hanpir dengan mereka. Mahu tergelak Shah melihat Fiyaa merajuk sampai menepuk-nepuk dada lelaki itu. "Alahai nak berdrama pula dekat sini. Nak drama sangatkan? Haa ni orang ketiga datang, barulah perfect kauorang punya drama.

     "Fiyaa tak tahu apa salah Fiyaa dekat Afiq, sampaikan Afiq tinggalkan Fiyaa dekat Langkawi macam tu je. Paling tidak pun, apa salahnya kalau pesan dekat Suzzy?!" "Salah Fiyaa sebab tinggalkan Cik Shah dekat dalam dewan sorang-sorang." Fiyaa bagaikan kehilangan kata-kata. Shah? Apa kena mengena dengan nama Shah? "Seronok kau tinggalkan aku? Alasan nak pergi toilet. Tapi pergi dating pula." Afiq sudah gelisah. Afiq takut kerana dia, Fiyaa dan kawannya bergaduh. "Ehh, maaf-maaf. Sis salah faham ni. Saya dengan dia ni bukan berdating pun. Dia kawan lama saya. Sudah lama tidak berjumpa." Bulat mata Fiyaa memandang Afiq. Dia anggap aku cuma kawan? "Saya pergi dululah ye. Maaf sis" Sempat lagi Afiq bisik pada Fiyaa. 'I always for you sayang. Afiq tak pernah anggap Fiyaa sebagai kawan.'

No comments:

Post a Comment