Fiyaa termenung dimeja belajarnya. Tidak lama lagi final exam akan menjelang. Tetapi Fiyaa masih lagi dengan keadaan yang malas. Biasalah kalau exam hampir tiba. Pasti perasaan malas akan hadir jua tanpa diundang. Sejak kemunculan Afiq tempoh hari. Membuatkan Fiyaa semakin mendiamkan diri. Shah juga hairan dengan perubahan Fiyaa yang agak mendadak, tapi apa yang boleh Shah lakukan. Fiyaa tidak mahu berkongsi cerita walaupun sedikit.
Bagi Fiyaa, hal sendiri harus diselesaikan dengan sendiri. Tapi tidak pada Shah. Shah bersedia untuk menjadi pendengar setia Fiyaa. Tapi ianya mungkin tidak akan pernah terjadi. Shah sudah masak dengan perangainya yang sangat keras kepala. Sudah seminggu dia tidak berjumpa dengan Afiq. Sejak pertemuan diluar dewan tempoh hari, membuatkan hati Fiyaa mula berbunga-bunga. Dalam diam Fiyaa menyukai Afiq. Fiyaa tidak tahu Afiq menyukainya atau tidak.
"Hai Fiyaa? Kau dekat mana? Jom kita lunch. Laparlah. Kau tak lapar ke?". Masej ringkas dari Shah. Shah keluar pergi perpustakaan pagi tadi. Katanya mahu pinjam buku-buku ilmiah. Pantas Fiyaa membalas masej dari Shah. "Okay tunggu dekat cafe bawah. Aku otw ni" Seronok Shah apabila dapat masej dari Fiyaa. Kiranya dia seronok kerana makan tengahari ini ada teman. Kalau sebelum ini, Shah hanya makan seorang diri dan tapau lagi sekali untuk tuan puteri si malas Fiyaa.
"Hey! Berangan aje" Kehadiran Fiyaa yang memeranjatkan Shah, rasa macam nak gugur jantung ni. "Kau ni. Bagi salam takde, terkejut tau aduh" Rungut Shah sambil memegang dadanya yang berdenyut kencang. "Sorry Cik Aishah ! Ni kau dah order makan belum? Kosong je atas meja. Ke kau dah siap makan." Kedengaran bunyi ketawa Fiyaa dihujung aya. "Kau ni. Mestilah belum order. Aku tunggu kau tau. Sampai hati cakap macam tu. Sentap tau kita" Fiyaa ketawa lagi. "Dah-dah, jomlah order. Aku lapar ni.
Puan Hasnilam sibuk menghias rumahnya. Tidak sampai seminggu lagi majlis perkahwinan anak sulongnya akan berlangsung. Alangkah bahagianya hatinya seorang ibu apabila dapat tahu anaknya akan bahagia dengan orang yang dia cinta. Pasti hubungan akan kekal lama, tak gituh? "Ini rumah Cik Hafiyaa ke?" Seorang tukang penghantar bunga menanya kepada adik Fiyaa, Danish. "Ye, ini rumah dia.." "Kalau macam tu, tolong sign dekat sini ye" Danish hanya mengikut apa yang disuruh oleh jejaka warga 40an itu. "Mama, ni ada bunga untuk kak Fiyaa" Puan Hasnilam mengerutkan dahi. Untuk Fiyaa? "Siapa pengirimnya?" Danish membelek-belek bunga ros merah itu. Tapi sayangnya tiada pun nota atau kad untuk menunjukkan nama pengirimnya. "Tak adalah ma." "Haa tak apa lah. Letak aje dekat atas meja tu. Nanti mama letakkan dalam pasu."
Danish tidak pula membantah. Dia terus ke meja yang ditunjuk mamanya tadi. Selepas itu, dia keluar. 'Biasalah anak lelaki' kata-kata yang sering disebut oleh Puan Hasnilam. Safyy yang baru pulang dari tempat kerjanya disambut oleh mamanya. "Mama buat apa ni? Kan Safyy dah cakap, mama jangan buat apa-apa. Mama duduk rehat je. Arahkan aje diaorang kalau mama perlukan apa-apa." Dari raut wajahnya, dia sangat risau dan dia sendiri tidak mahu mamanya kepenatan.
"Tak apalah Safyy, mama okayh je. Bukan buat apa sangat pun" Puan Hasnilam tetap berdegil meskipun sudah dipesan anaknya berulang kali supaya tidak perlu bersusah payah untuk membuat semuanya. Safyy mengeluh. "Terpulang pada mamalah. Safyy masuk bilik dulu ma, nak mandi. Night maa" Sempat lagi Safyy menghadiahkan sebuah kucupan istimewa pada mamanya.
No comments:
Post a Comment