Monday, 11 August 2014

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB14

     Fiyaa dan Shah sibuk mengemas barang masing-masing. Maklumlah, mereka sudah pun abis final exam. Esok mereka sudah boleh balik. Fiyaa tidak sabar, cuti semister ini dia akan jadi pengapit kakaknya. Walaupun Fiyaa kadang-kala terasa hati dengan sindiran kakaknya. Tapi dia redha, dia maafkan segala kesalahan kakaknya. Doanya tidak putus-putus untuk kakaknya.

     "Shah, aku pergi dulu tau. Mama aku dah sampai." Shah terus mendapatkan kawannya. "Fiyaa, kau jaga diri ea? Aku sayang kau. Walaupun kau ni kadang-kadang sakitkan hati aku. Tapi kaulah kawan aku sampai jannah" Fiyaa dan Shah sudah berpelukan. Mereka pasti sedih akan perpisahan ini. Shah akan pulang ke Sabah. Tapi yang kesiannya, keluarga Shah tidak datang harini. Mereka hanya tunggu Shah di Airport Kota Kinabalu. "Ye Shah, kau pun sama okayh. Nanti jangan lupa datang rumah aku. Kalau kau tak dapat datang tak apa. Aku faham sangat kau duduk jauh." Shah hanya tersenyum mendengarnya.

     Fiyaa sudah mula mengangkat barang-barangnya ke kereta. Berat hatinya untuk pulang ke rumah. sedangkan sebelum ini pun dia biasa-biasa saja bila Puan Hasnilam memberitahunya tentang pertunangan Kak Safyy. "Hey anak mama, rindunya dekat dia." Puan Hasnilam mencium-cium muka anak kesayangannya. "Em mama, stop it lah. Mama, Fiyaa nak kena sign dulu sebab tadi tak sempat." Puan Hasnilam hanya mengangguk. "Bang, Fiyaa nampak lagi berserikan dari Safyy?" "Haih awak ni merepek apa. Biasa je saya tengok. Awak ni dah biasa tengok muka Safyy yang berseri tu. Sampai Fiyaa pun awak nak cakap berseri jugak?" Puan Hasnilam hanya tersenyum hamba.

      Dalam perjalanan pulang ke Johor. Fiyaa mula terasa lapar. Pagi tadi dia belum makan apa-apa makanan pun. Kebetulan ayahnya masuk dihentian R&R Pagoh. Fiyaa pantas keluar dari kereta. Puan Hasnilam juga mahu mengisi perut. "Fiyaa nak pergi makan ke?" Fiyaa menoleh kebelakang. "Ye ma, Mama pun nak makan jugak?" "kebetulan perut mama ni lapar, kita isi jela sama-sama". Mereka sekeluarga seronok makan bersama-sama, sudah lam tidak makan bersama-sama macam ini. Selepas makan, Encik Ahmad Aris meneruskan perjalanan. Fiyaa dan mamanya sudah dibuai mimpi. Masing-masing kepenatan.

     Tepat jam lima setengah petang. Mereka semua sudah pun selamat sampai dirumah. Kehadiran mereka disambut meriah oleh sedara mara, adik beradik dan semua yang berada dirumah. Rumahnya kelihatan begitu sesak dengan orang yang sangat ramai. Membuatkan Fiyaa begitu rimas dengan keadaan yang sebegini. "Hey adik. Long time no see you." Safyy mendapatkan adik kembarnya. Ceria mukanya, tambah pula dengan senyuman manisnya. "Ya, congratulations to you." Fiyaa kekok sebenarnya. Tapi, dia harus menjaga hati kakaknya. "Thankyou sayang. Fiyaa pergilah rehat dulu. nanti makan malam sama-sama ea?" Fiyaa hanya mengangguk sambil-sambil itu dia melihat tangan kakaknya sudah dipakai inai. Fiyaa mula mengatal mahu memakai inai juga. 

     Dua hari lagi majlis perkahwinan kakaknya akan berlangsung. Fiyaa menolong mamanya membersihkan pasu bunga dihalaman rumah. Dalam mereka sibuk membersihkan semua pasu. Fiyaa teringat tentang pasu bunga yang berisi sejambak bunga ros merah dibiliknya. "Mama ada belikan bunga ea untuk Fiyaa? Lawa, Fiyaa suka" Fiyaa sudah tersenyum-senyum. Dalam hatinya terharu dengan pemberian mamanya. Kebetulan Fiyaa memang amat menyukai bunga ros. Lagi-lagi ros merah, warna kegemarannya. "Ya Allah, mama lupa pula nak bagitahu adik. Bunga tu bukan mama yang beli. Haritu ada penghantar bunga datang. Bunga tu untuk Fiyaa, tapi tiada nama pengirimnya." Haih pelik. Dari siapa pula? Fiyaa tidak dapat meneka siapa pengirimnya. Tapi bunga itu dari orang yang dia kenali. Tapi Siapa? Fiyaa mengeluh.

     Sesudah membersihkan pasu bunga mamanya. Fiyaa membaca novel dihalaman rumahnya. Fiyaa memang gemar membaca dan dia suka mengumpul novel. Itu adalah salah satu hobinya sejak dari sekolah menengah lagi. "Kak, mama panggil. Dia suruh kakak naik atas sekarang." Fiyaa menggerutkan dahi. "Ada apa dik?" "Tak tahulah kak, mama suruh panggil je." Fiyaa terus naik keatas. Gaya malasnya menaiki anak-anak tangga itu seperti orang tidak larat sangat. Fiyaa mengetuk bilik mamanya. "Masuk!" "Mama panggil Fiyaa ke?" "Sini sayang, cuba pakai baju ni. Mama tempah kahas tau. Warna baju kita satu keluarga semua sama. Fiyaa kan suka baju kurung modenkan? Mama pakai ukuran baju kurung Fiyaa yang lain." Puan Hasnilan menghulur baju kurung bewarna hijau teqouse. Fiyaa tidak banyak cakap. Dia mengambil baju dari tangan mamanya.

     "Dah ma, Rasanya muat ni, kan ma?" Puan Hasnilam tersunyum melihat anaknya. "Muat sangat ni Fiyaa. Cantik tak mama pilih warna?" "Cantik sangat ma. Mama kan memang terror bab-bab ni." Usik Fiyaa. Mereka sama-sama ketawa manja. "Amboi-amboi anak beranak ni, seronok betul. Ada apa ni?" "Haa ayah. Ni mama suruh Fiyaa cuba baju ni. Lawa sangat ayah." Fiyaa memeluk ayahnya. Sememangnya Fiyaa sangat manja dengan ayahnya berbanding mamanya. Tapi Fiyaa tetap rapat dengan mamanya. "Mama ni kalau bab-bab wanita ni memang tip-top lah. Kadang-kadang tak disuruh. Tahu-tahu je sudah siap." "Haa kan? Betul lah Fiyaa cakap tadi." Seronok Puan Hasnilam melihat gelagat anak dan ayah bergurau. Rindunya sudah pun terubat. Hanya dengan kehadiran Fiyaa saja rindunya sudah terubat. Kini dia tidak sabar mahu menunggu hari esok. Esok adalah hari yang istimewa buat anaknya dan mereka sekeluarga.

    

No comments:

Post a Comment