Saturday, 29 November 2014

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB3

         Rania sibuk mencuci pinggan mangkuk dibelakang dapur. Puan Azurin pula duduk dimeja makan bersama Encik Muizzuddin yang tidak jauh dari tempat Raniah mencuci pinggan. Syazran yang baru sahaja menghabiskan segelas air. Terus ke tempat Rania.
   "Hai Rania. Ingat Syaz lagi?" Ramah Syaz. Rania mula rasa tidak selesa. Ingin saja dia masuk kedalam bilik sekarang ini.
   "Ingat. Yang selalu buli Rania dulu." Agak pedas juga kata-kata Rania. Tapi Syazran tetap tidak terasa.
   "Syaz nak minta maaf dekat Rania. Syaz tahu dari dulu lagi Syaz banyak buat Rania sakit hati. Itu kan masa kita kecil. Sekarang Syaz dah tak macam tu lagi Rania. Syaz ikhlas nak minta maaf dekat Rania." bersungguh-sungguh cara Syazran memohan maaf kepada Rania. Dengan cara sebegitu, tidak berjaya melembutkan hati sigadis yang benama Intan Rania ini.
   "Tak apalah Syaz. Rania pun banyak kerja nak kena buat ni. Syaz janganlah ganggu Rania." kerutan didahi Rania jelas terpancar. Menunjukkan yang Rania benar-benar tidak menyukai kehadiran Syazran.
   "Okay Rania. Syaz takkan putus asa untuk memohon maaf dekat Rania. Syaz akan tunggu Rania sampai Rania betul-betul boleh maafkan Syaz." Syazran terus beredar.


           "Eh Khai, kau sekarang belum dapat job lagilah? Ish kau ni. Belajar dah abis, tapi tak cari kerja. Macam manalah awek nak melekat dekat kau." usik Syukri dengan hujung-hujung ayat mengetawakan Khairi.
   "Eleh tahulah kau dah dapat kerja dekat port baik. Umur baru berapa dah jadi bos. Untung betul kau ni."
   "Dah rezeki aku nak buat macam manakan. Ni pun demi masa depan aku juga. Kalau aku tak terima tawaran ni. Nak bagi bini aku makan apa nantikan." Syukri ketawa sedikit.
   "Amboi kau. Jauh fikir sampai kahwin. Dah ada calon ke?"
   "Belum lagi. Tapi aku dah bersedia dah untuk jadi seorang suami."
   "Kadang-kadang aku sakit hati dengan kau punya cerita ni." Khairi mula buat muka.
   "Alaa kawan aku sorang ni. Kau patut gembira tau dapat kawan yang dah atur untuk masa depannya."
   "Apa-apa jela Syuk. Aku nak baliklah. Hantar aku cepat." Khai terus bangun.
   "Amboi. Ingat kita ni kuli dia pe"


          Rania duduk di anak tangga luar rumah. Dia masih memikirkan tentang Syazran. Betul ke dia benar-benar mahu minta maaf? Sukar untuk Rania mempercayai lelaki yang pernah menyakitkan dia dahulu.
   "Aku rasa nak balik je KL sekarang ni. Betul-betul serabut duduk sini. Okay tenang Rania. Bukan lama pun." Rania menarik nafas sedalam-dalam yang mungkin.
Tidak lama kemudian. Sebuah kereta BMW X6 membunyikan honnya dengan kuat. Hampir terjatuh Rania dibuatnya.
   "Kurang ajarlah. Berlagak betul mentang-mentang kereta mahal. Suka-suka hati nak hon kuat-kuat" Geram Rania dibuatnya.
Lagi mengejutkan tuan punya kereta itu keluar dari keretanya.
   "Ish nak culik aku ke apa ni?" Rania mula takut. Pantas dia masuk kerumah. Rania mengendap ditingkap yang belum tertutup.
  "Eh, itu kan Abang Khai. Kereta siapa pula dia bawak ni?" Rania melihat di tempat duduk sebelahnya juga keluar.
  "Itu kan anak Mak Leha. Ish takkan lah itu kereta dia. Mewah betul."


         "Okay Syuk, Esok kita jumpa lagi. By the way, thank you for this." Khai seronok sangat dapat memandu kereta mewah kawan baiknya. Entah bila dia dapat memiliki sebuah kereta hasil duit kerjanya.
  "Tak ada hal lah. Setakat cuba drive pusing-pusing kampung ni aku tak kesah." Syukri tidak lagi dengan sifat pemurah dari segi senyuman manisnya yang mempunyai dua lesung pipit dipipi.
  "Okaylah Syuk. Aku rasa kau balik sekarang. Dah lewat ni. Aku risau kau drive malam-malam macam ni. Walaupun kawasan kampung. Bahaya tetap bahaya." Syukri pantas masuk kedalam keretanya dan terus memandunya. Khairi pula dari tadi asyik tersenyum-senyum saja. Terlampau gembira dapat memandu kereta mewah agaknya. Khairi pantas menaiki anak tangga dan menutup pintu depan.


         Sudah pukul dua pagi. Rania masi belum tidur juga. Dia tidak selesa dengan nyamuk yang sangat banyak. Dia melihat telefonnya.
   "Ada text? Wow, dah malam-malam buta macam ni baru dapat line?"
Rania membaca mesej tersebut. Rupanya mesej dari kawannya Juliana.
 
  "Rania, kau dekat Perak lagi ke? Berapa hari? Aku cuma nak ingatkan kau je. Tiga hari lagi kita ada trainning futsal. Kau jangan sampai tak datang. Nanti Miss Anne mengamuk lagi."

Habis saja membacanya. Rania terus membalas masej dari Jue.
  "Kau rilek okay. Lusa aku balik. Mestilah aku tak lupa beb. Sorry dekat sini susah nak ada line."
Rania terus menghantar. Tapi malangnya. Ketika Rania mahu menghatar. Line terus tiada.
  "Arghhhh!!"
Puan Azurin terus tersedar dari tidurnya.
  "Rania kenapa sayang?"
  "Maaf ma. Rania tak sengaja. Tadi nyamuk banyak sangat. Itu yang Rania geram sampai terjerit kuat."
  "Sudahlah Rania. Tidur je ya. Biasalah dekat kampung memang banyak nyamuk"
Rania terus menutup matanya serapat-rapat yang mungkin. Dia tidak tahan mahu ketawa melihat mamanya yang bercakap sambil matanya dipejam. Dan akhirnya Rania terlena juga.


            Pagi-pagi lagi rumah Tok Mak sudah meriah dengan kehadiran jiran-jiran Tok Mak. Rania tersedar apabila abangnya menupuk-nepuk pipinya.
  "Jangan kacaulah abang!" Rania paling tak suka apabila orang lain kacau dia tidur.
  "Hey adik bangunlah. Nak ikut abang tak pergi bandar Ipoh. Kalau nak pergi siap sekarang." Terus segar biji mata Rania.
  "Ipoh? Wow, nak naik apa? Bas? Buat lawak ke bang?" Rania ketawa sepuas-puasnya.
  "Ish budak ni. Naik keretalah. Kalau naik bas memang tak ada makna Rania nak ikut."
  "Kereta siapa pula? Abang reti ke drive dekat sini?"
  "Kau ni dik banyak tanyalah. Nak ikut ke tak? Dengan kawan abanglah anak Mak Leha tu. Kalau tak silap adik Syukri pun ikut sekali."
  "Ya ke? Adik dia lelaki ke perempuan?" Rania mula tersenyum-senyum.
  "Eh gatal juga dia ni. Adik dia perempuan. Cepatlah dik. Pukul sembilan nanti dia datang amik"
  "Okay-okay Rania mandi okay."


        Encik Muizzuddin pagi-pagi lagi sudah ke KL kerana urusan kerja yang tidak dapat dielak. Pada mulanya Puan Azurin juga mahu mengikut suaminya ke KL. Tapi memikirkan tentang tahlil petang ini. Terpaksa dia berpisah dengan suaminya untuk satu hari.
  "Mama!" Rania mengejutkan mamanya.
  "SubhanaAllah. Rania, tekejutlah mama"
  "Maaf mama. Rania saja je taknak mama moody sebab papa takda dekat sini."
  "Yela tu. Rania ni memang selalu usika mama. Ni anak mama lawa-lawa nak kemana pula?" Puan Azurin membelai rambut anaknya yang lurus dengan warna hitam berkilat.
  "Ikut abang pergi bandar Ipoh. Saja jalan-jalan."
  "Naik apa pula? Jangan lama-lama. Balik sebelum tahlil tau."
  "Ya ma. Rania pergi naik kereta anak Mak Leha." Puan Azurin senyum dan pantas memeluk anaknya.
  "Rania suka tak dengan Syukri?" Rania terdiam.
  "Kenapa mama tanya macam tu?"
  "Sebab mama berkenan sangat dengan dia. Dia baik sangat Rania."  "Rania tak tahu dia baik ke tak. Sebab Rania pun tak kenal dengan dia ma."
  "Kalau Syukri tu jodoh Rania. Rania kena terima dia juga." Rania semakin pelik dengan sikap mamanya.
  "Mama tolonglah Rania anggap Syukri tu macam abang je ma. Rania tak ada perasaan apa-apa pun." Puan Azurin hanya menunduk dengan riak wajahnya yang muram.
  "Mama, Rania janji Rania akan jadi anak yang baik. Rania tak nak jadi anak derhaka. Mama tolong jangan buat Rania macam ni." pujuk Rania.
  "Mama tak paksa. Cuma mama dapat rasa dia lelaki yang baik-baik." Rania sudah malas mahu mendengar.

         Rania terus pergi meninggalkan mamanya. Dia tidak menyangka yang mamanya akan bertindak dengan sedemikian. Walaupun hanya percakapan. Tapi kalaulah mulut mamanya masin. Tidak mahu dia mempunyai keluarga sendiri dalam umurnya yang masih muda. Baginya Syukri terlalu tua. dia mahukan lelaki yang sebaya dengannya. Tapi Rania lupa akan takdir yang ditetapkan Allah. Jodoh mereka memang kuat.

Friday, 7 November 2014

EydaSher's : HANYA KAU YANG MAMPU - BAB2


           Khairi seronok bercerita dengan Syukri sehingga lupa adiknya menunggunya diluar.
   "Bro, aku tak boleh lama. Aku bawak adik aku ni."
   "Adik kau? Mana tak ada pun." sambil Syukri melihat ditinggap luar.
   "Ada, dia duduk dekat motor. Takkan kau tak nampak?" tanya Khairi.
   "Kau janganlah buat lawak. Mana ada siapa dekat luar tu. Ada motor je aku tengok." Syukri mula ketawa kecil.

           Khairi pantas bangun melihat diluar.
   "Ya Allah, mana adik aku ni? Rania! Rania!!!!" Khairi berlari keluar untuk mencari adiknya. Syukri pantas menahannya.
   "Bro tenanglah. Cuba try call dia"
   "Tenang kau cakap? Adik aku hilang wei. Macam mana nal tenang. Adik aku tu perempuan masalahnya. Rania! Rania!!!" Syukri cuma untuk tenangkan rakannya yang mula hilang kawalan.
   "Okay, apa kata kita berpecah. Mungkin dia tak jauh dari sini."
Mereka pantas berlari untuk mencari Rania.

         Suasana dalam rumah Mak Leha ni sangat sunyi. Tak dengar pula suara abang Khairi. Padahal dia masuk dekat rumah ni tadi.
   "Rania duduk dulu ye. Mak Leha buatkan air."
   "Eh tak apa Mak Leha. Rania tak haus pun" Rania menghalang Mak Leha untuk membuat air. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.
   "Tak apa. Sikit je ni. Rania duduk ye." Rania tiada pilihan. Dia terpaksa akur saja. Rania duduk di kerusi dibelakang dapur. Cantik halaman rumah Mak Leha. Memang orang yang pembersih. Dalam Rania sibuk memerhati sekeliling laman Mak Leha. Terdengar suara Mak Leha memanggilnya. Rania menyaut dan terus begegas bergerak masuk ke dalam rumah.

          Semasa Rania mahu melangkah masuk. Seorang lelaki terlanggar dirinya. Sehingga mereka sama-sama jatuh ke rumput yang hijau.
   "Aww!" Rania mengadu kesakitan.
   "Maaf-maaf, saya tidak sengaja." lelaki itu terus menolong Rania bangun.
   "Jangan sentuhlah!" Marah Rania.
   "Hey kenapa ni?" Mak Leha terus keluar mendapatkan Rania.
   "Ni Mak Leha. Lelaki ni main langgar-langgar orang sampai jatuh." ngadu Rania. Mak Leha hanya ketawa kecil.
   "Intan.. Ini anak Mak Leha, Syukri. Syukri.. Ni Intan. Intan ni dulu pernah tinggal dekat kampung ni dulu..."
   "Rania!" Khairi menjerit memanggil Rania.
   "Abang.." Rania terus berlari mendapatkan abangnya. Khairi terus mendakap adiknya.
   "Adik pergi mana tadi dik. Puas tau abang cari." Khairi mula menitiskan air matanya. Jelas kasih sayangnya kepada adiknya terlalu besar.
   "Abang yang tinggalkan Rania sorang-sorang dekat luar. Nasib baik Mak Leha ada temankan Rania"
   "Abang minta maaf ya dik. Abang janji tak akan buat adik macam ni lagi." Syukri tersenyum melihat rakan baiknya sudah berjumpa dengan adiknya.

          Selesai minum petang dirumah Mak Leha. Khairi minta diri untuk pulang. Pasti mama dan papa risau kerana kedua-dua anaknya tiada dirumah Tok Mak.
   "Kami balik dulu lah Mak Leha. Esok Mak Leha jangan lupa datang rumah. Ada buat tahlil arwah datuk." Lembut nada suaranya.
   "Ya nak. Mak Leha mesti datang. Hati-hati bawak motor tu. Lain kali datang aje rumah Mak Leha. Bawak sekali si Intan ni. Boleh buat teman Mak Leha berborak." Mak Leha tidak lari memandang Rania yang berdiri di sebelah abangnya.
   "Baiklah Mak Leha. Kami balik dulu."

          Puan Azurin sudah tidak sedap hati memikirkan tentang anaknya. Hilang begitu sahaja.
   "Bang, mana anak-anak kita pergi ni bang? Tak balik-balik lagi. Dah nak lewat petang ni."
   "Awak ni cuba duduk bertenang. Kejap lagi mereka baliklah. Kan Udin cakap si Khairi tu pergi rumah ketua kampung jumpa kawan dia." Puan Azurin cuba menyenangkan dirinya. Dia meneguk segelas air putih.
   "Haa tu anak awak dah balik dah" Encik Muizzuddin memberitahu kepada Puan Azurin. Puan Azurin bergegas mendapatkan kedua anaknya.
   "Mana anak mama pergi ni. Risau tau mama." Puan Azurin memeluk erat kedua anaknya.
   "Rania pergi rumah Mak Leha tadi ma. Mak Leha kata dia kenal sangat denga Rania. Tapi Rania lupa dia. Siapa  dia ma dengan Rania ma?" Puan Azurin senyum sambil membelai-belai rambut panjang anaknya.
   "Pergi masuk mandi dulu. Baru mama cerita. Ni anak mama dah masam dah baunya." usik Puan Azurin lagi. Khai hanya mengikut langkah mereka.

         Suasana dimalam hari sangatlah meriah dengan kehadiran sedara mara dan anak-anak kecil diruang tamu. Puan Azurin dan yang lain didapur menyiapkan lauk untuk hidangan malam ini. Khairi diluar bersama dengan Syukri dan Udin. Mereka berborak kosong. Manakala Rania hanya seorang diri didalam bilik. Dia malas mahu bergaul dengan sepupunya.

         Rania duduk berhampiran dengan tingkap berdaun. Dia masih teringat lagi apa yang mamanya cerita tentang Mak Leha siang tadi. Dulu waktu Rania berusia tujuh tahun. Rania tinggal dikampung bersama dengan Tok Mak. Rania dan Khairi terpaksa berpisah untuk tiga tahun. Dulu Puan Azurin dan Encik Muizzuddin sangat sibuk. Bagi mereka untuk menguruskan Khairi sudah cukup membebankan. Tambah pula dengan kerja dipejabat yang banyak. Mereka terpaksa menghantar Rania kekampung.

         Sejak itu, Rania bersekolah dikampung dan banyak mengikut neneknya kesurau. Mak Leha lah yang banyak membantu neneknya menjaga Rania. Mengajar Rania mengaji, solat dan perkara-perkara yang melibatkan ibadah. Mak Leha juga sering membawa Rania kerumahnya. Dulu Rania tidak pernah jumpa dengan Syukri. Sebab Syukri sekolah di asrama penuh.

         Rania tidak pernah menganggap mama dan papanya orang yang tidak bertanggungjawab. Dia redha, mungkin ada hikmah disebaliknya.
  "Dik.." lembut Khairi memanggil adiknya.
  "Kenapa bang?"
  "Jom makan. Mama dah siap masak tu."

         "Haa sini Rania duduk sebelah Maksu. Rania nak makan apa? Banyak lauk ni semua mama Rania dengan Maksu yang masak." ramah maksu melayannya. Tapi Rania tahu Maksunya hanya berlakon saja. Masih ingat lagi peristiwa Rania diberi lauk ikan goreng dan kicap. Maksunya menyumbat makanan itu di mulutnya.
 
        Bukan itu sahaja. Masa Rania pulang lewat ke rumah. Rania disuruh duduk diluar. Waktu tu hujan lebat diluar. Sampai petir sambung menyambung. Rania terpaksa merahsiakan perkara ini kerana tidak mahu hubungan antara mama dan maksunya menjadi renggang.
   "Tak apa Maksu. Rania nak duduk sebelah mama" Rania segera duduk bersila disebelah mamanya.
    "Rania nak lauk ayam ni? Ni mama yang masak." Puan Azurin menyedokkan lauk ayam masak merah tu keatas pinggan Rania.

         Ketika Rania sedang menjamu selera. Dia perasan ada mata yang memerhatinya. Siapa lagi kalau bukan Syazran. Sejak petang tadi Rania tidak bertegur dengan Syazran. Padahal Syazran sudah berkali-kali menegurnya.
    "Dik, nak ikut abang tak?" tekejut Rania bila abangnya menyergah dengan cara tiba-tiba.
    "Pergi mana?"
    "Rumah Mak Leha. Nak tak?"
    "Haa? Nak-nak. Bila?" jelas wajah ceria Rania yang sangat cantik.
    "Ehem. Ada mama kata boleh?" nyampuk Puan Azurin.
    "Alaa ma. Bolehlah." pujuk Rania."
    "Rania kena tolong mama cuci pinggan. Nanti sepupu Rania cakap apa pula kalau Rania tak tolong" Rania terpaksa menurut perintah mamanya.
    "Kalau macam tu Khai pergi sorang jela ma. Boleh?" pujuk Khai pula.
    "Kalau Khai takpa. Tapi jangan balik lewat. Bising papa nanti."
    "Baik mamaku sayang" sempat lagi Khai mencuit dagu mamanya.