Sunday, 29 June 2014

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB9

     Selesai solat subuh. Fiyaa terus sambung membuat assignmentnya. Fiyaa sudah ke tahun kedua dan semester lima. Bagai tidak percaya. Masa itu cepat berlalu. Roomate Fiyaa orang dari sabah. Namanya Aishah tapi Fiyaa disuruh panggil Shah saja. Kerana dia sudah biasa dengan nama Shah.

     Tapi nasib baiklah Shah ni pandai cakap bahasa-bahasa orang sini. Kalau tak. Em mau terdiam aje. Fiyaa dan Shah bergerak pantas untuk menghadiri class. Mereka sudah lewat dua minit. Shah berlari. Fiyaa pula tidak mahu. Malu dia mahu berlari.

     "Alah!!" terdengar Shah menjerit. Fiyaa pantas berlari menaiki anak tangga. "Shah kenapa? Kenapa??" Shah hanya menunjukkan kertas yang terlekat dipintu masuk. "Maaf, class harini cancel? Ei kita berlari macam apa kud!" Shah hanya berdiam, Shah terpandang pada cafe di bawah. sudah bukak. "Em Fiyaa jom kita breakfast dulu. Alang-alang dah dekat dengan cafe ni." Fiyaa hanya mengikut.

      Laju Fiyaa makan. Shah pula laju menyedut air teh aisnya. haus barangkali. Ketika mereka sibuk menghabiskan makanan, ada seorang wanita yang mungkin tua dua, tiga tahun dari mereka yang datang di meja mereka. "Maaf ya menganggu" Wanita itu terus duduk di sebelah Shah. Tanpa dipelawa. "Saya Lily dari Project AF'Photography. Kami ada buat event dekat sini. Dalam masa yang sama pihak kami ada menawarkan pada uolls semua.

     Bagi siapa-siapa yang berminat atau teringin nak jadi model. Bolehlah datang ke uji bakat yang akan berlangsung pada 23 hingga 25june ini. Dari 11pagi, hingga 4petang. If you guys are interested about this thing, uolls kena isi borang ni dulu lah ye" Lily memberi dua helai kertas pada mereka. Fiyaa pantas menolak. "Im sorry Cik Lily, Im really not interested in all this! Excuse me, saya pergi dulu" Lily pelik dengan Fiyaa, tiba-tiba aje nak marah. Lily pun malas nak layan. banyak lagi kerja dia harus buat. Lily terus bangun dan terus membawa fail-failnya.

     Shah mengejar Fiyaa. Fiyaa pula makin melajukan perjalanannya. "Fiyaa! Fiyaa! Fiyaa Im talking to you lah!" Shah terus menarik tangan Fiyaa. Fiyaa berhenti. "Kenapa  dengan kau ni Fiyaa? Ada problem ke?" Fiyaa sudah pandang Shah "Im okay Shah. Aku nak naik bilik kejap. Nak siapkan assignment aku. Banyak lagi yang belum siap." Shah hanya mengangguk. "Okay, kalau macam tu kau baliklah. aku ingat nak ke taman kejap." "Okayy." Fiyaa tipu Shah. Fiyaa sendiri pun tak tahu kenapa. Dia rasa mahu marah saje. tapi tidak tahu mahu marah pada siapa.

  Setelah sampai dibilik. Fiyaa terus baring. Dia penat, rasa macam banyak sangat masalah yang melanda dirinya. Tiba-tiba bunyi telefon Fiyaa berbunyi. Nama 'mama' tertera di skrin telefon. Pantas Fiyaa menjawab.

     "Waalaikumusalam mama.." Fiyaa menjawab salam mamanya dengan suara yang ceria. "Macam mana dekat sana? Mama rindu dekat Fiyaa" "Fiyaa pun rindu dekat mama juga. Mama ada apa call Fiyaa?" "Hai, mama nak call anak sendiri pun tak boleh ke?" Fiyaa ketawa. Ada sampai macam tu mamanya fikir. "Mama ni. bukan macam tu lah. I means ada benda penting ke" "Sebenarnya memang ada pun." "Apa yang penting tu maa?" "Sabar Fiyaa, mama nak bagitahulah ni. Tapi, mama nak tanya dulu. Hujung tahun ni Fiyaa ada cuti lagi?" "Em ada. Tak silap hujung bulan november tu Fiyaa dah final exam. So maybe hujung bulan december tu Fiyaa dah start cuti sem. Kenapa?"

     "Sebenarnya. Kakak kamu tu dah nak tunang. Tapi masih lagi dalam perancangan" "Wahhh! Betul ke mama? Tahniahlah buat kak Safyy. Tapi dia tunang dengan siapa ma? Fiyaa kenal ke?" "Fiyaa kenal sangat." Em tak kan lah Afiq? Ish janganlah. Tak mungkin. "Siapa mama?" "Fahmi." "Fahmi kawan Fiyaa masa kecil tu ke mama?" Fiyaa memang kenal sangat dengan Fahmi tu. Tapi tak sangka. Akhirnya mereka kahwin juga.

     "Kak Safyy nak sangat kamu ada bila majlis tu ada. Kakak kamu tu dah banyak berubah. Sekarang pun sudah tidak keluar malam, tidak berpakaian seksi dan yang membuatkan hati mama terharu kerana Safyy sudah pun bertudung. Mama bangga dengan perubahan Safyy." Fiyaa juga bangga, tapi Fiyaa agak terasa dengan kata-kata mamanya. Fiyaa sendiri tidak memakai tudung. Kakaknya yang dulu jahat, sosial boleh berubah menjadi baik dalam sekelip mata. Kenapa Fiyaa tidak boleh? Shah roomate Fiyaa juga bertudung. Em sudah masanya Fiyaa berubah. "Em mama, I call you back okay. Fiyaa nak siapkan assignment."

     "Assalamualaikum.." Fiyaa hanya menjeling pada pintu biliknya. "Waalaikumusalam, petang baru balik?" Fiyaa memandang Shah. Mana tidaknya. Shah pulang ke bilik hampir lewat petang. "Sorrylah, aku lupa nak masej kau. Tadi parent aku datang. So diorang ajak lunch lepas tu aku outing kejap." Lega Fiyaa mendengarnya. Fiyaa hanya tersenyum. Fiyaa sibuk sangat. Fiyaa masih lagi menyiapkan assignment.

     "Err Fiyaa, aku ada tapau kau nasi campur. Aku tau kau belum makan. Nahh, makanlah ea." Fiyaa terus membuka bekas pelastik itu. "Wahh lauk ayam masak merah. Em kau ni tahu-tahu aje aku tengah ngidam lauk ni. Fiyaa terus makan" "Hahaha kau ni gelojoh betul. Eh, mak aku kirim salam dekat kau" Fiyaa meneguk air mineral sedikit sebelum dia menjawab salam mak Shah. Selepas solat Isyak. Shah mengajak Fiyaa untuk turun cafe. Shah lapar. Fiyaa pula sudah kenyang. Dia hanya membeli air Teh tarik.

     "Fiyaa, aku nak tanya kau ni" "Tanyalah" "Kenapa tadi kau emo sangat dengan budak yang nak bagi borang uji bakat tu?" Fiyaa menggeluh. "Tak adalah. Aku sakit hati dengan cara dia cakap. Kau perasan tadi. Dia duduk sebelah kau. Padahal kita belum pelawa dia duduk lagi." Shah ketawa. "Pasal tu aje ke? Kau ni kan. Memang kelakar tau." "Ish kau ni. Betul lah kan?" "Memang betul. Tapi macam tak logik tau kau punya alasan tu." "Err kau ni. Dah-dah cepat abiskan makanan tu. Aku tinggalkan kau nanti kalau lambat."

Monday, 16 June 2014

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB8

     Suzzy terus membuka pintu apabila terdengar suara Fiyaa terjerit-jerit diluar. Dia takut Fiyaa terjadi apa-apa. "Ya Allah, Fiyaa kenapa kau ni? Afiq, Fiyaa kenapa?" Suzzy terkejut melihat Fiyaa didukung oleh Afiq. Dengan keadaan Fiyaa yang menangis-nagis. Lagi tambah kerisauan Suzzy.

     "Boleh bagi I masuk? Kaki Fiyaa terseliuh dekat lif tadi" "Hahh terseliuh? Haa masuklah. Tapi Afiq tak boleh lamalah. Nanti apa pulak kata orang" Afiq tidak banyak cakap. Dia masuk dan terus turunkan dukungan diatas katil. Suzzy pula terus membuka minyak gamat dan sapu di kaki Fiyaa yang terseliuh. Mujurlah Suzzy tergerak hati untuk bawa minyak gamat tu. Kalau tak, em nasib kaulah Fiyaa. "Aghh!! Sakit! Sakitttt!!!" Airmata Fiyaa tidak henti-henti membasahi pipi. Afiq yang duduk disebelah Fiyaa mengelap pipi airmata yang berharga tu.

     "Kau sabarlah wei. Sakit sikit je. Nak baik ke tak nak?!" Marah Suzzy. "Fiyaa tahan sikit ea. Kalau kaki tu dibiarkan. Makin teruk jadinya. Okaylah, I balik dulu. Tak sopan right masuk bilik perempuan." Afiq terus bangun. "Em awak." Afiq menoleh pada Fiyaa "Yes." "Fiyaa nak minta maaf dekat Afiq. Lagi satu terima kasih sebab dah tolong Fiyaa." Afiq hanya tersenyum dan terus keluar dari bilik Fiyaa dan Suzzy.

      Sejak pulang dari menghantar Fiyaa. Afiq banyak berdiam dari bercakap. Dia terfikir, memang tidak sepatutnya dia paksa Fiyaa untuk sukakannya. Afiq nekad, dia harus pergi dari hidup Fiyaa. Dia rasa dengan kehadiran dirinya hanya akan menyakiti Fiyaa. Fiyaa berhak untuk memilih siapa yang dia suka. Afiq terus kemas barang-barangya. Dia harus pulang ke rumah papanya di Kuala Lumpur. Rumah di Jb hanya rumah sewa. Afiq sewa rumah diJohor kerana mahu membuktikan pada papanya yang dia juga boleh hidup tanpa duit dari papanya dan dalam masa yang sama, Afiq berlajar dikolej yang sama dengan Fiyaa. Tapi Afiq anggap itu hanya kisah lama. Afiq mahu menyambung ijazah diuniversiti di Kuala Lumpur saja. Dan dia nekad untuk melupakan terus Fiyaa.

     "Mama tak salah dengar ke ni? Alhamdulillah. Mama rindu dekat anak bujang mama sorang ni. Nanti mama masak yang sedap-sedap untuk Fiq ye" Afiq dalam perjalanan pulang. Dia hanya menaiki bas. Kerana mahu menjimat wang. Cameranya dipegang. Sesekali Afiq cuba untuk tidak melihat gambar-gambar Fiyaa didalam cameranya. Afiq menyimpan banyak gambar Fiyaa. Hanya Fiyaa yang tidak tahu. Dia mula melihat gambar Fiyaa masa menjadi modelnya dikolej dulu. Teringat kenangan-kenangan indah bersama Fiyaa. Tapi itu semua sudah tidak diperlukan lagi. Kerana Afiq harus membuang nama Fiyaa dihatinya.

     Suapan terakhir. Fiyaa sudah tidak tahan untuk muntah. Fiyaa tidak pernah macam ni. Takkan lah pasal Fiyaa terseluih tu Fiyaa terus demam? Ish tak mungkin. "Suzzy, dah nak maghrib ni. Afiq tak tengok aku ke?" Suzzy hanya tersenyum. "Hai cik Fiyaa kita ni dah mula rindu ke dekat En Afiq." Mereka berdua sama-sama tergelak.

     Sudah hampir dua hari Fiyaa tidak nampak Afiq. Fiyaa mula rasa tidak sedap hati. Entah kenapa tiba-tiba Fiyaa mula rasa rindu pada Afiq. Fiyaa kecaunter hotel "Maaf cik. Saya nak tanya En Afiq Hakim dah check out ke?" "Sebentar ye cik. Saya tengok dulu" Fiyaa hanya mengangguk. "Em cik, ramailah nama Afiq yang dah check out. Dua hari lepas ada En Afiq Hakim yang sudah check out. Em mungkin Afiq ni rasanya" Fiyaa bagaikan tidak percaya. Tak kanlah Afiq tinggalkan dia macam tu je?
  
      Fiyaa sudah pun sampai dirumah kak Ros. Sepanjang perjalanan ke rumah Kak Ros Fiyaa asyik memikirkan tentang Afiq. Kenapa Afiq pergi macam tu saje? Apa motif dia? Fiyaa terus masuk ke dalam bilik. "Kenapalah bila hati aku dah terbuka luas untuk kau. Kau pergi macam tu aje. Malang betul nasib aku" Fiyaa terus baring. Dia letih sangat-sangat.

     Fiyaa sudah siap untuk pergi kerja. Macam biasa. Fiyaa akan menyalam dan cium kakak kesayangannya. Fiyaa tenang saje memandu kereta. Sudah seminggu Afiq menghilangkan diri dari Fiyaa. Fiyaa tabah mengharunginya. Hujung minggu ni Fiyaa mahu pulang ke Johor. Mahu jumpa mama dan ayah. Sudah lama dia tidak berjumpa. Sambil-sambil tu, Fiyaa mahu mencari ketenangan di sana.

     "Anis ni you tolong coverkan untuk Fiyaa ye. Fiyaa lambat masuk kerja harini." Suzzy menyuruh pekerjanya membuat kerja Fiyaa. Kebelakangan ni Suzzy perasan cara Fiyaa lain sangat. Tidak seperti dulu. Sekarang Fiyaa banyak berdiam dari bercakap. Persoalannya, kenapa Fiyaa jadi seperti itu?

     "Assalamualaikum.. Mama.. Fiyaa dah balik ni." Fiyaa masuk kedalam rumah. Dia tidak sabar untuk berjumpa mama dan ayah. Tapi orang lain yang dia jumpa. Kak Safyy. "Waalaikumusalam.. Ingat pula jalan ke rumah ea? Ingat kau dah syok duduk dekat KL sampai lupa tempat asal kau dekat sini" Pedas betul kata-kata Safyy. Fiyaa hanya diamkan diri. Dia tidak mahu bergaduh. Tujuan dia datang ke sini untuk berjumpa dengan mama ayah. "Mama mana kak?" "Lain aku tanya, lain kau jawab ea?" Safyy sudah pandang adiknya atas bawah. Fiyaa sudah lain. Makin bergaya. "Tak apa lah kak. Fiyaa naik atas dulu."

   "Fiyaa tambah lagi. Mama masak lauk sedap-sedap ni untuk Fiyaa. Makan ye?" Puan Hasnilam tidak letih melayan kerenah anak-anaknya. "Cukuplah maa, penuh dah perut Fiyaa ni." "Haa Fiyaa. Tak lama lagii dah nak sambung ijazahkan? Barang-barang semua dah beli" Fiyaa letih sebenarnya. Kalau boleh dia malas nak sambung ijazah. Tapu demi mama ayah. Dia harus juga tunaikan hajat orang tuanya. Lagipun, ini untuk masa depannya.

     Keadaan bilik Fiyaa begitu sunyi. Tambah pula dengan suis lampu ditutup. Fiyaa mahu berehat. Seharian memandu kereta. Kakinya juga terasa lenguh. Sebelum tidur, Fiyaa memang membiasakan basuh kaki, muka, dan paling penting amalkan baca ayat kursi sebelum tidur. Tidak lama lepas tu, Fiyaa sudah lena dibuai mimpi.

Saturday, 14 June 2014

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB7

     "Amboii kau, bukan main lagi ea kau borong." Usik Suzzy. "Alaa biasalah. Bukan selalu pun. Lagi pun pinggan mangkuk dekat sini kan murah. Lepas tu banyak pilihan." "Yup betul tu. Tapi cuba kau bayangkan. Kita balik naik bas tau. Muat ke bonet bas tu nak sumbat barang kita?" Fiyaa menggeluh. "Mestilah muat. Dah lah aku nak bayar ni. Kau lambat lagi ke? Aku nak pergi HIG. Nak borong coklat sikit and nak beli satu beg peti. Senang nanti, barang-barang kecil yang aku beli. Boleh sumbat kat beg tu" Suzzy menggangkat kening. "Okay juga tu. Tapi sat na. Aku nak cari lagi satu barang" Fiyaa terus ke caunter untuk buat pembayaran.

     Fiyaa dan Suzzy sudah pulang ke hotel. Mereka baru pulang dari HIG. Borong barang coklat. Lepas tu, mereka ke kedai makan didepan HIG. Mengisi perut yang kosong. "Fiyaa, kau mandi cepat sikit tau. Ingat sikit dalam bilik ni ada dua orang. So, faham-fahamlah ye." Suzzy terus membuka tv. Tiada cerita yang menarik. Suzzy merebahkan badannya diatas katil. Tiba-tiba telefon Suzzy berbunyi. Pantas Suzzy menggambilnya. Manalah tahu ibunya yang memberi masej. Tapi hakikatnya, bukan ibunya. Tapi Afiq. Suzzy hairan. Kenapa pula Afiq masej dia

"Suzzy please help me.
 Pujuklah Fiyaa untuk maafkan Afiq.
 Suzzy jela yang Afiq harapkan sekarang ni. 
Please Suzzy. -AFIQ"

      Abis sahaja Suzzy membaca masej dari Afiq. Fiyaa terus keluar dari bilik air, dan Fiyaa sudah siap berpakaian tidur. Suzzy yang agak gelabar. Terus ditegur Fiyaa "Kau kenapa beb?" "Tak boleh lama lagi ke kau mandi?" Suzzy cuba pertahankan diri. Suzzy takut Fiyaa akan syak sesuatu. Suzzy terus masuk bilik air untuk membersihkan diri.

     Puan Hasnilam keluar bersama Encik Ahmad Aris untuk makan malam direstoran. Sudah lama mereka tidak makan bersama. Anak-anak semakin membesar, dan mereka susah untuk melekat dirumah. Puan Hasnilam redha. Bila-bila masa sajaa anak-anaknya akan berumah tangga. Hanya tunggu orang masuk meminang saje. "Yang awak termenung ni kenapa pula? Jomlah makan, nanti sejuk pula nasi tu" Teguran Encik Ahmad Aris menyedarkan lamunan Puan Hasnilam. "Saya bukan apa bang. Saya rindu dekat Fiyaa. Dah hampir tiga bulan dia kerja dekat KL. Saya risau, kalau dia dah selesa dengan alam pekerjaan, dia tak nak sambung ijazah." Encik Ahmad Aris menggeluh.

     "Awak jangan risaulah. Saya percaya Fiyaa tak akan buat macam tu. Saya boleh nampak matlamat hidup dia. Yang sepatutnya awak risaukan tu kakaknya. Si Safyy tu. Abang tengok si Safyy tu makin teruk. Rambut sikit-sikit bertukar warna." "Maafkan saya bang, ini silap saya. Saya terlampau manjakan mereka. Akhirnya macam ni kita dapat bang" Puan Hasnilam sudah mula menangis. Tapi dia pantas menahan. Dia berada direstoran. Tempat awam. "Sudahlah Has, ini salah kita. Abang pun selalu tak ada dekat rumah. Sibuk dengan kerja. Tak apalah Has, kita cuba lagi. Mana tahu hati mereka boleh lembut dengan teguran kita" Terpancar sinar kegembiraan pada Puan Hasilam.

     "Fiyaa jangan lupa belikan air kotak soya. Aku haus ni." Fiyaa hanya mengangguk dan terus memakai kasut tingginya. Bila Fiyaa hampir menutup pintu. Sempat Suzzy jerit pada Fiyaa "Yang besar tauu!" Sebenarnya Suzzy malas nak ikut Fiyaa turun beli makanan. Suzzy sudah plan dengan Afiq. Suzzy mahu menolong Afiq. Suzzy percaya yang Afiq memang sayang dan cinta pada Fiyaa. Suzzy nekad untuk satukan mereka.

     "Em kak, nasi goreng kampung dua bungkus. Kasi lebih pedas" Fiyaa memesan makanan dikedai makan luar dari hotel. Kalau dekat hotel. Manalah nak dapat makanan macam ni. Fiyaa duduk dikerusi sambil bernain handphone. Fiyaa sedang upload gambarnya di Instagram. Sedang Fiyaa leka bermain handphone. Ada seorang lelaki duduk disebelah Fiyaa. Fiyaa tidak perasan. Sehinggalah lelaki itu berdehem pada Fiyaa. Fiyaa terus menoleh pada bunyi itu. Hampir tercabut biji mata Fiyaa. Afiq ni nak apa sebenarnya?

     "Kau nak apa?" Fiyaa menjarakkan sedikit badannya kekiri kerana mereka begitu rapat. Fiyaa sempat lagi puji si Afiq. Afiq sangat comel. Tambah pula dengan cermin mata hitam dan cap biru kuning. Nampak macam bukan umur 23. "Fiyaa, please I perlu cakap dekat you. Sekejap pun jadilah Fiyaa" rayuu Afiq. "Hm okay, apa yang Afiq nak cakap? Fiyaa tak boleh lama" "Okay, sini abis sinilah. Afiq nak Fiyaa tahu yang Afiq tak main-main Fiyaa. Fiyaa mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Jauh macam mana pun kita pergi. Tapi kalau dah jodoh kita akan jumpa juga.

     Dan Afiq percaya Fiyaa jodoh Afiq." Fiyaa sudah dengan muka bosannya. "Stop it Afiq. I hormat dekat you. So please hormat I balik. Cinta tidak boleh dipaksa Afiq. I jauhkan diri sebab I nak lupakan you and at the same time, I nak you lupakan I juga." Mata Afiq sudah berkaca. "Sampai hati Fiyaa cakap macam tu. Afiq merana tau sebab Fiyaa jauhkan diri dari Afiq. Afiq datang sini sebab Afiq terlampau stress dekat  Jb tu. Afiq make a plan untuk tenangkan fikiran disini. Dan kebetulan Fiyaa pun ada atas sebab kerja. Okay Fiyaa, betul you cakap. Cinta tak boleh dipaksa. But I tak akan lemah macam tu je. I akan tunggu you Fiyaa." Afiq terus bangun dan terus hilang entah kemana. Fiyaa menyesal. Fiyaa ego, itulah kelemahan Fiyaa. Tidak berfikir panjang. "Dik.. Dikkk.. Ni makanan dah siap" Fiyaa terus menyeka airmata yang mahu jatuh. "Maaf cik, berapa ya?" "RM7.50, 7jela dik." "Terima kasih kak."

     Fiyaa menekat butang -6- untuk ke biliknya. Tapi pintu lif dibuka di tingkat -2-. Ada orang masuk. Fiyaa dengan riakmuka yang biasa. Tapi wajah Fiyaa berubah bila melihat Afiq betul-betul didepan pintu lif. Ingin saja Fiyaa menutup pintu tu. Tapi..  Huh!! Afiq masuk saja dan berdiri dibelakang Fiyaa. Fiyaa tidak selesa. Fiyaa kesebelah kanan paling hujung. Dalam lif hanya ada Fiyaa, Afiq dan mungkin kawan Afiq. Camera canon yang digantung dileher Afiq. Terus Afiq terfikir. Ini kesempatan, boleh amek gambar dia senyap-senyap.

     Afiq dengan selamba terus menangkap gambar Fiyaa. Terkejut Fiyaa. Fiyaa mahu menggambil camera tu. Tapi apakan daya. Afiq sudah memeluk cameranya. Fiyaa terus menarik tali dileher Afiq. Tapi Fiyaa dan Afiq sangat berbeza dari segi ketinggian. Afiq bagaikan galah yang panjang. Paras Fiyaa dengan Afiq hanya di dada Afiq saja. MashaAllah, tinggi betul. "Afiq bagi camera tu. Fiyaa tak sukalah Afiq atau orang lain amek gambar Fiyaa. Sinilah Fiyaa nak delete." "Ingat dapat? Haa dah lah pendek. Nak amek camera pun tenjet-tenjet"

     Fiyaa tak amik hati pun dengan kata-kata Afiq. Sekarang Fiyaa hanya perlu delete gambarnya di camera tu. Tapi nasib Fiyaa tidak begitu baik. Fiyaa terseliuh,  kakinya bengkak dan menyebabkan Fiyaa tidak boleh berjalan. Afiq sudah mula cemas. Menyesal dia. "Fiyaa you okay? I minta maaf. I tak sengaja" Fiyaa tidak boleh menahan sakit lagi. Airmata Fiyaa sudah mula membasahi pipi. "Tak apa Afiq. Fiyaa okay. Fiyaa nak masuk bilik dulu" Fiyaa yang keras kepala, seboleh-boleh dia mahu bangun.

     Afiq menolong Fiyaa berdiri. "You nak jalan sorang-sorang dengan keadaan kaki you macam ni?" Soal Afiq. "Its okayy. I boleh jalan so apa masalahnya?" Afiq tak banyak cakap, dia terus dukung Fiyaa. Hampir terjerit Fiyaa. "Afiq! What are you doing?! Turunkan I!" Fiyaa sudah menepuk-nepuk dada Afiq.

Friday, 13 June 2014

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB6

     Fiyaa tidak selera untuk makan malam. Harapan Fiyaa untuk bekerja sambil cuti telah musnah. Mana tidaknya. Baru petang tadi dia jumpa Afiq di kolam. Kalau macam tu, mesti Afiq mengginap hotel yang sama. "Hmm aku kenyanglah. Aku naik bilik dulu lah Suzzy." Fiyaa baru sahaja mahu banggun. Pantas Suzzy memegang tangannya "Kau kenapa ni? Lain je aku tengok kau. Dari petang tadi. Kenapa wei? Ceritalah dekat aku. Apa guna kita berkawan kalau kita tak nak meluahkan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan tekanan" Pujuk Suzzy lembut. "Kau betul nak tahu?" "Ye nak." "Kalau macam tu, jom naik atas. Dekat sini susah." " Okayy, but boleh tak kasi aku abiskan makanan ni dulu?" "Boleh Suzzy. Lincah sikit" Di hujung-hujung ayat yang agak kasar. Fiyaa meneguk air jus oren yang dipesan tadi.

     Tanpa Fiyaa sedari. Afiq dan kawan-kawan sudah pun duduk di sebelah meja Fiyaa. `Eish inilah lelaki. Duduk ramai-ramai macam tu nak kasi gempak je. Err si Suzzy ni lambat pula abiskan makanan. Mata aku dah berbulu tengok si Afiq tu pakai baju pink. Err macam pondan je.' Maki Fiyaa dalam hati. "Kau boleh cepat tak Suzzy? Jangan aku tinggal kau gituu je tau. Aku penat ni." Suzzy pandang pada wajah teman baiknya "Kau naiklah dulu. Aku lapar lagii." "Kau jangan nak menggatal ea. Aku tunggu kau dah nak dekat 15minit tau!" Marah Fiyaa. Afiq curi-curi pandang pada Fiyaa.`Makin cantik, makin bergaya, makin comel dan.... Makin kurus? Fiyaa kurus bukan sebab aku kan? Manalah tahu dia asyik menangis. Lepas tu badan asyik susut je. Aku kena minta maaf dengan dia. Aku kena settlekan masalah aku dengan dia. Aku tak nak Fiyaa bermasam muka dengan aku.

     "Bro! Pehal kau diam je ni? Teringat awek dekat KL ke? Si Iffah? Ke si Jieha?" Afiq senyum sinis. "Tak ada maknanya. Kau taukan test aku macam mana? Takkan sekali pun aku rindu perempuan macam tu. Sosial sana sini. Dia tu aku anggap kawan je." "Rileklah. Aku gurau je." Afiq terus makan. Malas nak layan si Amran. Buat sakit hati aje. "Peh awek siot. Fiq, tu hahh nampak tak ada awek depan meja kita." Amran memuncung-muncung mulut ke ke arah Fiyaa dan Suzzy.

     Suzzy menggeluarkan baju untuk dipakai esok. Fiyaa pula asyik membisu sajaa. Suzzy hairan. "Fiyaa, tadi kau kata nak ceritakan dekat aku?" Fiyaa memandang Suzzy dengan riak muka yang penat. "Tak ada moodlah nak cerita." "Peh... Okay takpe" Suzzy mencampak baju yang dipegang tadi. Geram Suzzy melihat Fiyaa yang keras kepala. "Okay aku cerita. Sinilah" Suzzy terus duduk sebelah Fiyaa.

     Setelah Fiyaa menceritakan tentang semuanya. Barulah Suzzy tahu, kenapa Fiyaa tiba-tiba tak ada mood. Suzzy kenal sangat dengan Afiq budak photography tu. Dulu dikolej, Afiq sangat dikenali dan sangat digilai ramai pelajar. Tapi Suzzy puji dengan kesombongan dia. Dia tidak melayan mana-mana perempuan. Kecuali melibatkan tentang belajar. Dulu masa Fiyaa kenal dengan Afiq. Itu pun sebab Fiyaa tersalah memanggil orang.

     Fiyaa mahu memanggil budak classnya. Tapi boleh pula tersalah panggil orang. Di situlah mulanya perjalanan hidup Fiyaa dan Afiq. Sejak Fiyaa rapat denga Afiq. Ramai pelajar perempuan yang iri hati pada Fiyaa. Termasuklah Safyy, kembar Fiyaa. Sejak Fiyaa dan Afiq rapat. Safyy tidak berputus asa untuk menggoda Afiq. Tapi cinta Afiq dan Fiyaa sangat kuat. Afiq tidak memandang mana-mana gadis, kecualu Fiyaa. Sehingga harini, Fiyaalah dihati Afiq.

     "Suzzy cepatlah. Dah pukul berapa ni. Nak cari jalan lagi. Nak sarapan lagi. Nak shopping lagi. Eii Suzzy cepatlah!" Bebel Fiyaa. "Kau ni kan. Dah layak sangat kawin. Orang kalau selalu bebel ni. Memang ciri-ciri orang dah nak kawin. Hahaha" Fiyaa terus mencubit pipi Suzzy. "Janganlah wei. Tak sedia lagi aku nak kawin. Banyak lagi benda yang aku nak buat before kawin tau" Mereka berdua tergelak-gelak didepan bilik. Fiyaa dan Suzzy sudah menggatur langkah untuk turun kebawah. Mereka perlu cepat. Kerana hari ini, mereka harus berjumpa dengan rakan kerja Puan Salmi.

     Selepas berjumpa dengan Encik Latif. Suzzy dan Fiyaa ingin beli barang pinggang mangkuk di Idaman Suri, Kuah Langkawi. Fiyaa tenang sajaa memandu kereta sewa yang sudah dibooking Puan Salmi. Fiyaa mahu membeli set pinggan mangkuk dan apa-apa sahaja yang melibatkan dapur untuk diberi pada mama dan kak Ros. Pasti mereka suka.

     Fiyaa teringat waktu dia ingin ke paking kereta. Dia terserempak dengan Afiq. Kalau Afiq saja, mungkin Fiyaa tak kesah. Ini dengan kawan-kawannya pula. Rimas Fiyaa. Masa tu boleh pula salah seorang kawan Afiq menghalang jalan Fiyaa dan Suzzy. Fiyaa takut masa tu. Takut sebab muka kawan Afiq tu garang. Ada parut kecil dekat hujung dahi kiri. "bro, janganlah kacau." Afiq cuba menyelamatkan Fiyaa. Fiyaa apa lagi. Terus jalan laju-laju menuju ke kereta.

     Dalam hati Afiq rasa lega kerana Fiyaa selamat. Afiq telah berjanji, dia tidak mahu Fiyaa apa-apa yang buruk terjadi pada Fiyaa. Dia mahu melindungi Fiyaa. Walau apa pun caranya. Afiq tetap ingin melakukannya. Kerana Fiyaa adalah segalanya bagi Afiq..

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB5

     "Terima kasih, saya jual" Ramah Fiyaa melayan pelanggannya. Sekarang Fiyaa sudah pun bekerja disebuah butik baju. Sedar tak sedar, hampir dua bulan Fiyaa bekerja dibutik milik Puan Salmi, ibu kepada Suzzy. Fiyaa dilayan dengan baik sekali. Puan Salmi sudah anggap Fiyaa seperti anaknya sendiri. "Fiyaa, masuk bilik Acik sekejap." Fiyaa tidak membantah. Fiyaa masuk kedalam bilik Puan Salmi.

     "Ye ada apa acik panggil Fiyaa?" Puan Salmi menunjukkan kerusi di depan mejanya. Fiyaa faham dan pantas Fiyaa duduk dikerusi yang ditunjuk oleh Puan Salmi. "Acik nak bagi job untuk Fiyaa. Fiyaa kena outstation diPulai Langkawi dengan Perlis untuk amek stock baju dan kasut. Lagi satu, Fiyaa kena jumpa dengan rakan kerja Acik dekat Langkawi. But you dont worry about that. Acik akan bagi detail pasal tu semua, untuk memudahkan lagi kerja Fiyaa." Puan Salmi memberi sampul coklat yang berisi tentang dokumen-dokumen penting.

     "Fiyaa pergi sorang je ke Acik?" "Nope! You go with Suzzy. You guys kena pergi lusa. Acik dah booking hotel, flight and kereta sewa. So, Fiyaa tak perlu susah-susah lagi nak cari-cari hotel mana nak menginap." Fiyaa menggangguk. "Acik akan bayar gaji Fiyaa up lagi plus bonus." Fiyaa senyum saja. "Okay Fiyaa boleh sambung buat kerja."

     Fiyaa masuk kedalam toilet. Dengan spontan Fiyaa menari. Suzzy yang baru hendak masuk kedalam toilet. Terus ketawa. "Kau ni kenapa? Nyanyok ke apa? Nak bergelek dekat sini. Sakit perut aku ni ketawa je" Fiyaa malu. Merah padam mukanya. "Kau ni. Tak tau cerita dah nak gelak-gelakkan aku. Mood tengah happy ni. Hmm" Fiyaa buat muka merajuk. "Alaa aky tahu lerr. Kau kena pergi Langkawi kan? Eii poyo betul lah. Pasal tu je kau menggelek kt toilet?" Sinis Suzzy. "Aku mana pernah pergi Langkawi. Sebab tu aku excited!" "Lahh yeke? Alaa sorry beb aku mana tau. Eh jomlah kita shopping" Fiyaa yang sedang menggelap mukanya dengan tuala. Terus menoleh ke arah Suzzy.

     "Aku tak naklah. Aku nak save duit. Aku nak shopping dekat sana je." Suzzy menepuk dahinya. "Yak! Buat apalah aku nak shopping ek. Dah tentu pergi sana untuk shopping. Sengal aku ni" "Sedar pun!" Sempat lagii Fiyaa menjelir lidah pada Suzzy.

    Fiyaa dan Suzzy sudah pun berada didalam perut kapal terbang Malaysia Airlines. Tak sampai 10minit. Suzzy sudah nyenyak tidur disebelah Fiyaa. Fiyaa masih teringat dengan pesan mama dan Kak Ros "Adik jaga diri ye. Time kerja tu. Kerja je jangan nak main-main" Puan Hasnilam memeluk anak bongsunya dengan semahu-mahunya. Berat hatinya untuk melepaskan Fiyaa pergi ke sana.

     "Adik be carefull okay dekat sana. Kak Ros harap Fiyaa dengan Suzzy boleh jaga diri. Lagi satu, jangan lupa belikan pape untuk akak. Belilah apa-apa dekat Idaman Suri. Hehee" "Duit hulurlah" Selamba sajaa Fiyaa.

    "Beb! Kau tak ngantuk ke? Tidurlah. Nanti kau penat." Pujuk Suzzy yang separuh mamai. "Tak apalah.. Aku tak ngantuk." selepas beberapa minit kemudian. Akhirnya Fiyaa tertidur juga..

     Fiyaa dan Suzzy sudah selamat sampai dihotel pengginapannya. Esok mereka harus berjumpa dengan rakan kerja Puan Salmi. Kira harini freelah. Suzzy keluar ke balkoni biliknya. Suzzy melihat ada kolam renang. Fiyaa yang perasan Suzzy melihat kolam renang tadi. Terus menggangkat kening. Mereka berdua turun kebawah. Untuk mandi dikolam renang.

     "Haaa bestnya Suzzy! Dah lama tau aku tak main pool ni." Kelihatan Fiyaa sangat gembira."Tapi Fiyaa, bukan dulu kau tak pandai berenang ke?" "Memanglah tak pandai berenang. Sebab tu aku bawak kau masuk tempat yang tak dalam." Baru Suzzy perasan. Mereka masuk kolam yang tidak dalam. Paras-paras pinggang saja. "Alahh mana syok macam ni. Aku nak tempat yang dalam. Sini macam tempat budak-budaklah" "Alaa kau janganlah. Aku tak pandai berenang. Nanti kalau aku lemas?""Sini biar aku ajar kau berenang nak?"

     Pantas Fiyaa menggeleng. Dia takut. Kerana dia sudah banyak kali hampir lemas. Dan masa tu Fiyaa hampir mati kerana air banyak masuk kedalam badan. "Kau pergi jela berenang dekat tempat dalam tu. Aku tak nak. Tak berani, aku temankan kau dekat tepi je ea" Suzzy angguk sajaa. Tak ada guna Suzzy paksa Fiyaa.

     Fiyaa yang nampak stylo mengenakan baju t'shirt merah dan seluar panjang hitam. Dengan keadaan luar yang agak panas. Fiyaa memakai cermin mata hitam. Boleh cair lelaki yang memandangnya. Suzzy masih dalam kolam renang. Sesekali Fiyaa melihat kearah sekumpulan lelaki yang bermain bola dalam air. "Hm kan best kalau aku pandai berenang" "Tu lah kau. Aku nak ajar kau berenang tadi, kau tak nak" entah bila masa si Suzzy ni naik kolam. Fiyaa tidak lepas memandang lelaki yang berjalan kearah sekumpulan lelaki yang bermain bola tadi. Macam pernah nampak. Fiyaa terus melihat lelaki itu. Sesekali lelaki itu seperti perasan dengan pandangan Fiyaa.

     "Beb, pergi tandas jom. Aku nak basuh rambut ni." "Jom" Jalan ke tandas. Perlu lalu di sekumpulan lelaki tadi. Huhh jangan mereka kacau sudah. Fiyaa berjalan disebelah Suzzy. Tadi Fiyaa yang merenung lelaki tu. Kini giliran lelaki itu pula memandang Fiyaa. Gayanya seperti.... "Afiq.." Eh tak mungkinlahh. Afiq tak boleh ada dekat sini. Tak boleh! Fiyaa monolog dalam hati.

     Tiba-tiba, salah seorang dari mereka. Memanggil lelaki tu dengan nama 'Afiq'. Tak.. Tak mungkin lelaki itu Afiq. Lelaki tadi membuka cermin mata hitamnya sebelum dia terjun kedalam kolam. Ya Allah, memang itu Afiq. Afiq Hakim yang dibencinya! Kenapa dia ada dekat sini? Kebetulan? Takdir? Jodoh? Fiyaa terus berlari ke lif. Suzzy ditinggalkan. Fiyaa menangis didalam lif. Dia menangis semahu-mahunya. "Aku benci kau Afiq!!!!" Fiyaa menjerit sekuat-kuatnya... hinggalah pintu lif terbuka di tingkat enam. Fiyaa terus masuk kedalam bilik....
 
 

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB4

     "Adik drive elok-elok ea. Nanti kirim salam dengan kak Ros. Pujuk-pujuklah dia tengok mama dekat sini. Mama nak jumpa cucu-cucu mama." Mata Puan Hasnilam sudah berkaca. Pantas Fiyaa memeluk mamanya. "Maa.. Janganlah sedih. Nanti Fiyaa cakapkan ye maa.." Pujuk Fiyaa..

     Hanya dendangan laguu diradio yang menemani Fiyaa. Fiyaa menunaikan solat asar di perhentian Nilai. Sambil tu. Fiyaa sempat menelefon Puan Hasnilam. Bukan apa, mamanya tu risau. Dah lah pergi sana sorang-sorang. "Assalamualaikum, Fiyaa dekat hentian Nilai ni. Mungkin malam sikit sampailah rumah kak Ros." "Waalaikumusalam, Fiyaa kalau mengantuk ke lapar ke. Berhenti tau. Mama risau." "Alahh mama ni. Pandailah anak kesayangan mama tu jaga diri. Buat apa mama nak susah-susah fikir pasal dia." Celah Safyy.

     Sedikit pun tidak ada perasaan risau pada adiknya. Fiyaa yang mendengarnya. Sedaya upaya untuk menahan rasa sebak. "Okayh maa.. Fiyaa nak gerak dah ni. Mama jaga diri. Okay maa byee." Terus talian dimatikan. Bulat mata Puan Hasnilam memandang Safyy. Perangainya semakin menjadi-jadi. "Kamu ni makin lama mama biarkan, makin menjadi-jadi! Dia tu adik kamu tau Safyya! Kembar kamu! Bukak biji mata tu besar-besar! Kamu tu adik beradik! Sedih tau mama tengok kamu berdua macam ni" Puan Hasnilam terus naik ke atas. Safyy pula buat muka selamba saje. Dalam masa yang sama. Safyy rasa puas. Sebab si bebal Fiyaa tu tak ada dekat rumah.

     Telefon rumah berbunyi. Safyy terus menggangkat "Hello, nak cakap dengan siapa?" "Fiyaa ada tak?" Safyy amat menggenali suara ini. Ini suara Afiq! "Fiyaa tak ada, ni siapa ye kalau saya boleh tahu?" "Saya kawan Fiyaa. Boleh saya tahu Fiyaa kemana ye?" Safyy sudah buat muka malas.  "Fiyaa tak ada. Dia pergi Kl. Eh kalau call setakat nak tanya pasal Fiyaa. Boleh tak call nombor dia je! Serabutlah!" Afiq pelik. Ini mesti Safyy, kembar Fiyaa. Teruknya peranggai. Afiq menggeleng-geleng kepalanya. "Oh okay. Sorry ganggu" terus talian di matikan. Lagi panas Safyy.

     "Assalamualaikum.. Kak Ros.." pintu rumah kak Ros dibuka oleh seorang anak kecil. Siapa lagi, pasti anak kak Ros, si Lea. Fiyaa terus dukung Lea. Kak Ros pula senyum sahaja. "Eh Fiyaa. Sini-sini masuk. Alaa siann adik kakak sorang ni."

     Fiyaa bersalaman dengan kakaknya. "Safyy tak ikut sekali ke Fiyaa?" Fiyaa serba salah dibuatnya. Bukan dia tak mahu ajak si kepala angin tu. Tapi kalau ajak pun. Bukan dia nak. "Safyy ada hal. Lagi pun Fiyaa duduk sini dalam seminggu. Kebetulan Fiyaa dah dekat sini. Fiyaa ingat nak jumpa ex roommate Fiyaa dulu." "Laa macam tu pula? Iyelah. Rumah kawan adik dekat mana? Jauh ke dari sini?"

     "Fiyaa lupalah kak. Tak silap area Kajang. Nanti Fiyaa call dia dulu." "Iyelah fiyaa. Fiyaa rehatlah dulu dekat bilik biasa tu. Kakak dah kemaskan dah. Nanti kalau lapar turun tau. Buat aje macam rumah sendiri. Lagi pun Abang Fadhli tak ada." "Yes bos. Abang Fadhli pergi mana pula tak balik?" tanya Fiyaa pelik. "Eh adik lupa ke. Abang Fadhli kan pilot. Mana nak melekat dekat rumah." Kak Ros sudah memuncungkan bibirnya.

    "Sampai hati Fiyaa pergi Kl tak bagitahu Afiq.
 Lepas tu berhenti kerja. Apa ni Fiyaa? 
Kalau Fiyaa tak boleh nak terima Afiq.
 Its sokay. 
Afiq masih boleh tunggu Fiyaa."

  Fiyaa mendapat masej dari Afiq. Hm nak apa lagilah kau ni. Stress aku! 


"Im sorry." 
      Ringkas Fiyaa membalas. Lima minit selepas Fiyaa menghantar masej. Afiq call Fiyaa. Dia tidak berpuas hati dengan tindakan Fiyaa yang agak kebudak-budakkan. Fiyaa malas nak menggangkat panggilan dari Afiq. Fiyaa nekad untuk lupakan Afiq. Memang Fiyaa dah maafkan Afiq. Tapi kerana ego. Fiyaa menafikan perasaan suka pada Afiq.

     Dekat 30missed call. Fiyaa masih membatukan diri. Melihat pemandangan malam di bandar Kuala Lumpur. Fiyaa berharap semua ini dapat berakhir dengan cepat. Fiyaa sanggup membawa diri. Bukan di Malaysia saja. Di luar negara pun Fiyaa sanggup. Dulunya perasaan sayang kepada Afiq sangatlah tinggi. Tapi sekarang... Hanya tuhan saja yang tahu.

     Fiyaa baru teringgat. Dia harus menelefon kawan lamanya semasa belajar dikolej dulu. Fiyaa terus mendail nombor Suzzy. "Yes, Suzzy bercakap. Siapa ni ye?" Fiyaa sudah ketawa terbahak-bahak. Kelakar pula si Suzzy ni. "Em kau dah buang nombor aku ke Suzzy?" dengan nada suara yang sangat lembut. "Haa siapa ni?" "Akulah Fiyaa!" "Hahhh Fiyaa? Hafiyaa Ahmad Aris?!" "Iyee lerr" Suzzy terus melompat-lompat. Nasiblah badan kecik. Kalau debab. Em mahu tekehel kaki tu nanti. "Ya Allah Fiyaa, rindunya dengan kau. Whats up? Macam mana life kau sekarang? Ada baik?" "Baik. Aku dekat rumah kak Ros ni. Kau bila free? Nak jumpa. Rinduuuuu" Suara Fiyaa yang manja membuatkan Suzzy semakin rindu pada Fiyaa.

     "Yeke beb? Lahh bolehlah jumpa. Aku bila-bila je free. Kau datang je kedai aku. Tak jauh dari Bangi tu. Dekat Kajang. Kau tahu tak?" Soal Suzzy. "Aku tahu Kajang. Tapi Kajang tu bukan kecik . Mahu sesat aku nanti." "Oh kira kau tak tahulah ni?" "Tak" pendek saja ayat Fiyaa. "Tak tahu bukaklah google map. Zaman sekarang ni. Em dah canggih." "Kau ni. Betul-betullah! Aku tak datang kang" Rajuk Fiyaa. "Alalaa janganlah. Senang biar aku datang rumah kakak kau jela. Biar aku amek kau. Nanti balik aku hantarlah. Okay deal?" "Deal! Nanti aku sms alamat.

     Okay nak tidur. Abis kreadit aku" Fiyaa terus merebahkan badannya diatas tilam single. Huhh hilang semua lengguh-lengguh. Tidak lama lepas tu. Fiyaa sudah dibuai mimpi....

Thursday, 12 June 2014

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB3

     "Adik.. Kenapa ni nak? Marilah makan. Penat mama masak lauk sedap-sedap untuk adik.." pujuk mama sambil diketuk-ketuk perlahan pintu bilik Fiyaa. Fiyaa masih trauma. Dia tidak pernah dilayan sebergini rupa. Aku benci kau Afiq! Bencii!! Fiyaa nekad. Kalau lepas ni Afiq masih lagi bertindak  macam itu. Fiyaa tidak teragak-agak untuk berhenti kerja dan pergi jauh dari Jb. Fiyaa mengelap sisa airmata yang keluar tadi. Fiyaa menuju ke pintu. Pintu di kuak perlahan. Mama masih tegak berdiri. Fiyaa terus memeluk mamanya.

     "Fiyaa penat maa.. First day kerja dah ramai pelanggan. Fiyaa letih" pelukkan di leraikan. Puan Hasnilam mengelap airmata puteri bongsunya. "Dah lah. Kenapa nak nagis pula? Fiyaa patut bersyukur tau sebab dapat kerja dekat kedai tu. Sebab ayah kenal dengan tauke kedai tu." Terkejut Fiyaa. Ayah kenal dengan Mr. Lee? Abis kalau aku nak berhenti kerja nanti? Ahh biar jela. Siapa dia nak control aku kan? "Oh yeke? Fiyaa baru tahu maa." "Adik tidur ye. Esok kerja lagi kan? Mama nak turun bawah" Fiyaa senyum saja..

     Malam yang sunyi. Hanya diterangi dengan lampu jalan. Keadaan semakin sepi. Angin yang meniup hinggakan rambut Fiyaa menutupi mukanya. Fiyaa memperbetulkan rambutnya. "Arrgghhh!" Fiyaa sedikit terlompat. Mana tidaknya. Afiq yang berada betul-betul didepannya. Ingin sahaja dia menampar muka Afiq.. Tapi Fiyaa bagaikan tidak boleh bergerak. Kaku. "Hai sayang. Jumpa lagi kita kan? Mungkin ni jodoh kan?" Tangan Afiq sudah mula menghinggap ke bahu Fiyaa. Fiyaa menepis. Dengan riak muka yang benci.

     "Kau nak apa? Aku tak akan maafkan kau Afiq!" Afiq yang sedang memelai rambut lebat Fiyaa. Terus ditepis. Afiq seperti orang tidak waras. Fiyaa nekad.  Dengan keadaan yang gelap macam ni. Fiyaa perlu selamatkan diri. Fiyaa tolak Afiq hingga badan sasa itu jatuh ke jalanraya. Fiyaa pantas berlari. "Dekat mana aku ni? Tempat apa ni?" Sambil Fiyaa berlari, sempat lagi dia memandang kebelakang. "Hahh mana Afiq? Bukan dia.. Dia dekat situ ke tadi?" menggigil badan Fiyaa. Fiyaa pandang sekeliling. Tiada pun Afiq. Kemana dia menghilang?

     Tiba-tiba badan Fiyaa dipeluk dari belakang. Fiyaa bagaikan tidak percaya. Afiq?! Macam mana dia... Fiyaa melepaskan pelukan Afiq. Pantas Fiyaa memandang Afiq. Afiq memang handsome. Dengan gayanya. Mampu membuat ramai gadis-gadis menumduk padanya. "Afiq tak kan lepaskan peluang untuk bersama Fiyaa. Afiq dah tersiksa Fiyaa. Dah dekat 3bulan Afiq tak bergurau dengan Fiyaa. Imissyou more sayang.."

     Tangan Afiq terus memegang tangan Fiyaa. Fiyaa bagaikan patung yang tidak boleh bergerak. Afiq terus keluarkan kotak kecil berwarna merah. Isinya cincin. Fiyaa terkejut. Apa muslihat Afiq sebenarnya? Fiyaa  biarkan saja Afiq memakaikan cincin berlian itu dijari manis Fiyaa. Afiq terus mencium tangan Fiyaa. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi yang menggerikan. Mereka menutup telinga. Tapi, bunyinya masih boleh didengar. "Hahh! Ya Allah. Aku bermimpi rupanya. Astargfirullah.." Jam lonceng yang berbunyi tadi. Pantas dicapai Fiyaa. Dah pukul 7.34? Huhh. Macam mana boleh terbangun lewat ni. Arhh ni Afiq la ni. Masuk dalam mimpi aku. Fiyaa terus mencapai tuala kuning lembut. Fiyaa harus siap awal. Untuk menggelakkan jem.

     Fiyaa berlari-lari untuk ke tempat meja soleknya. Harini Fiyaa berpakaian t'shirt kerjanya saja. Dah tak perlu lagi pakai baju-baju jalannya. Fiyaa menggenakan baju itu dengan seluar jeans Levi's. Yang bewarna biru-biru pudar. Kena dengan warna kulit Fiyaa yang putih bersih. Kalini Fiyaa tidak mengikat rambut. Dia biarkan sahaja rambut dia lepas. Fiyaa mahu turun kebawah. Tapi dihalang Safyy. "Best kerja? Untung kau kan? Dapat kerja dekat kedai Mr. Lee tu.

     Aku tak fahamlah. Kenapa kau selalu dapat apa yang kau nak. Kau guna-guna eh?" sempat lagi bahu adiknya ditolak. "Ya Allah kakak, apa cakap bukan-bukan pasal adik? Adik tak kan buat benda mengarut tu. Adik tahu mana halal, mana haram. Ini semua berkat doa mama ayah. Mungkin ini rezeki adik. Akak cukuplah. Adik dah lambat tau!" Fiyaa terus menolak kakaknya. Hampir jatuh Safyy. Pantas dia memegang besi ditepi tangga. "Kurang ajar kau! Siap kau nanti!"

     Tenang saja wajah Fiyaa. Meskipun dia masih berkecil hati dengan kakaknya. Tapi dia anggap ini semua dugaan. Dulunya, hubungan Fiyaa dengan kembarnya sangat rapat. Tapi datangnya Fahmi seorang lelaki yang digilai ramai. Pada usia mereka 17tahun. Masa itu, Safyy dan Fiyaa rapat sangat dengan Fahmi. Mereka rapat kerana mereka adalah kawan masa kecil-kecil dahulu. Fahmi pindah ke Jb kerana dia tidak selesa tinggal di Perak. Di sana hanya ada mama, papa dan kak Mimi. Mereka semua sibuk. Tapi di Jb, Fahmi tinggal bersama nenek, abang Fikri dan kak Isya. Mereka memang selalu ada dikala Fahmi susah dan senang. Safyy memberi harapan yang tinggi kepada Fahmi.

     Safyy sangat menyukai Fahmi. Tapi malangnya. Fahmi tidak membalas cinta Safyy. Malah Fahmi tidak putus-putus untuk memiliki hati Fiyaa. Sejak dari hari itu, hubungan si kembar ini sudah berenggang. Bukan itu sahaja. Cara layanan Safyy kepada Fiyaa sangat berbeza. Fiyaa sedih. Kakaknya sanggup berubah sampai macam ni. Hanya kerana seorang lelaki. Fiyaa tidak pula menyukai Fahmi. Fiyaa tetap dengan pendiriannya. Dia mahu mencari kekasih jika dia sudah abis belajar. Kini Fiyaa sudah abis diploma.. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk dia mencari kekasih. Tapi Fiyaa tak kisah sangat. Kalau boleh tak nak cari. Dia mahu cinta itu datang sendiri..

     Fiyaa sibukkan diri dengan menggelap almamri kaca. Satu harini, Fiyaa tak nampak pula Afiq. Tapi mimpi malam tadi tu? Kenapa Afiq bagi cincin dekat aku? Dia syok kat aku ke?? Eish takde nya.  Monolog Fiyaa dalam hati. "Eh kau jangan nak makan gaji buta. Berangan je kerja kau ea!" Suara celupar Selly menyedarkan Fiyaa dari lamunan. "Maaf Selly. Fiyaa tak berangan. Cuma kurang sihat" halus saje nada suara Fiyaa. "Dah tak sihat. Kenapa gatal sangat masuk kerja? Kau ingat ada ke yang nak simpati dekat kau?" Sempat lagi Selly memberi senyuman sinis sebelum keluar dari kedai. Fiyaa rasa nak menangis. "Fiyaa, kenapa ni?" tegur Kak Sarah.

     "Hm tak ada pape kak Sarah. Letih sikit je."... Masa kerja sudah abis. Fiyaa berjalan dengan kak Sarah untuk pergi ke kereta masing-masing. Seronok betul Fiyaa bercakap dengan kak Sarah. "Fiyaa!" mereka berdua menoleh ke arah belakang. "Afiq?" "Fiyaa kenal dia?" "Kenal sangat kak. Kenapa?" "kak Sarah tanya aje." Afiq bergegas berlari ke hadapan Fiyaa. "Fiyaa we need to talk." serious mukanya. "Sorry, can we talk tomorrow? Dah lewat sangat ni" "No! I nak cakap sekarang juga" Fiyaa sudah buat muka bosannya. "5minute" "Sekejapnya?" Bulat mata Fiyaa memandang lelaki yang dibencinya. "3minute!"

    "Okayh-okayh, 5minute. Okayh, firstly I nak minta maaf dekat you. Pasal apa yang berlaku semalam. Benda tu semua diluar kawalan. I tak ada niat pun nak buat semua tu. Please Fiyaaa.. Forgive me.." Fiyaa senyum memandang Afiq. "Its sokay. Fiyaa dah maafkan Afiq. Okayh can I go now?" "Ada lagi satu." "Whats?" Pendek saja ayat Fiyaa. "I nak luahkan perasaan I. Dah lama I pendam semua ni. I jatuh cinta dengan you Fiyaa. I tak pernah rasa bahagia macam ni dengan siapa-siapa. Kecuali you Fiyaa. Only you in my mind." Airmata keikhlasan jatuh membasahi pipi Afiq. Fiyaa tidak pula terharu. Malah Fiyaa bagai tidak percaya dengan kata-kata yang diluahkan Afiq sebentar tadi..

      Malam itu, Fiyaa tidak dapat melelapkan mata. Masih teringat-ingat dengan luahan Afiq. "Please sayang. Please be mine forever" Tangan Fiyaa dipegang kemas oleh Afiq. Fiyaa cuba menarik tangannya. Tapi genggaman Afiq sangat kuat. "Lepaskan lah Afiq!" Jeritan Fiyaa tidak dihiraukan Afiq. "Bagi I peluang untuk terbus kesalahan I" "Bagi I masa untuk fikir semua ni. Cinta tak boleh dipaksa Afiq!"

     Fiyaa terus berlari masuk kedalam kereta dan cepat-cepat Fiyaa menekat button 'lock' takut si mental tu masuk lagi sekali. Dalam perjalanan pulang. Fiyaa nenangis. Fiyaa takut kalau dia terima cinta Afiq. Hubungan antara Fiyaa dan kakaknya akan bertambah buruk. "Aku tak boleh terima cinta dia. Nanti kak Safyy makin marah dekat aku" Fiyaa menangis semahu-mahunya. Telefon Berbunyi menyedarkan Fiyaa dari lamunan. Fiyaa mendapat masej dari nombor yang tidak dikenali.

"Sayang, I cant sleep. 
I ingatkan dekat you je. 
I ikhlas cintakan you Fiyaa. 
Dari pertemuan pertama hinggalah hari ini. 
Wajah you tak pernah pun I jemu.  -Afiq"

     Fiyaa menangis lagi. Menggapa orang yang dia suka. Harus dikongsi dengan kakaknya? Jujur Fiyaa sudah jatuh cinta pada Afiq. Tapi ada saja halangan yang datang. "Fiyaa harap kita tak akan jumpa lagi lepas ni. Bye" Ego Fiyaa sudah datang. Fiyaa menggemas baju-bajunya. Dia ingin ke Kl. Ke rumah kakak pertamanya. Fiyaa memang rapat sangat dengan kakaknya yang pertama iaitu kak Ros.

     Kak Ros sudah berumah tangga. Di kurniakan dua cahaya mata sorang putera. Dan sorang puteri. Mereka baru berusia dua dan empat tahun. Fiyaa turun kebawah. Puan Hasnilam sedang menonton tv. Fiyaa duduk disebelah mama kesayangannya. "Maa can I ask something?" "Sure my dear" "Fiyaa nak berhenti kerjalah. Fiyaa ingat esok nak pergi rumah kak Ros. Boleh maa?" Puan Hasnilam memandang pelik.

     "Why you buat keputusan terburu-buru ni? Anyproblem? Can share with me" "Tak mama. Fiyaa okay. Tapii kerja dekat situ tak best ma. So bored." Puan Hasnilam ketawa kecil. "Are you joking me? Suka hati Fiyaa lah. Mama tak kesah. Tapi berapa lama nak duduk dekat rumah kak Ros?" "Fiyaa ingat nak duduk dalam seminggu dua." "Fine.

     Kak Ros tahu tak Fiyaa nak pergi sana?" Fiyaa tunduk saja. "Belum lagi. But dont worry lah. Kak Ros mesti bagii punya." "Okay maa, Fiyaa nak sambung kemas baju. Nite maa.."
 
 

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB2

      Jam lonceng berbunyi.. Tangan Fiyaa tercari-cari jam lonceng. Dengan mata yang berat. Fiyaa terpaksa membuka matanya. Hahhh!!! 6.40?! Dah lewat ni nak solat subuh. Fiyaa terus ke bilik air. Sesudah menggosok gigi dan berwuduk. Fiyaa terus menunaikan solat subuh dua rakaat.
   
     Fiyaa kemaskan bajuu kemeja merah dan berseluar slack hitam dan rambut perang semula jadi paras atas punggung di ikat satu. Agar kelihatan kemas. Fiyaa mencapai perfume dari channel. Dan sembur dileher dan badan. Sambil Fiyaa mengambil beg tangannya. Sempat lagi dia menyanyi kecil. 

Kurelakan jiwa.. 
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu..

    "Wahhh sedap ah suara aku. Boleh lah lepas nih try nasib masuk AF. Hihi" Fiyaa turun kebawah untuk bersarapan. Sebenarnya, Fiyaa sudah di terima kerja dikedai telefon bimbit yang paling maju dipasaraya di Bandar Johor Bahru. Di kedai itu juga ada jual camera nikon, canon. Tapi ituu kedai sebelah but, still satu cawangan.

    "Fiyaa meh sini makan. Biar perut tak masuk angin nak" pelawa mama. Fiyaa terus ke meja makan. Duduk disebelah kembarnya. Safyy menjeling Fiyaa. Fiyaa yang meneguk air teh panas terus bangun salam mama kesayangannya. "Fiyaa pergi dulu lah maa.. Dah lambat ni. Takut jalan jem. Okay maa iloveyou"

     Fiyaa bergegas memakai kasut tinggi dua incinya. Yang berwarna coklat hitam. Fiyaa terus masuk kedalam kereta Honda City yang dihadiahkan oleh ayahnya. Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke21... Manakala kembarnya mendapat kereta Toyota Vios. Adil lah, dua-dua dapat..

     Fiyaa terperangkap dalam sesakkan jalanraya kira-kira sudah hampir 20minit.. "Ahh macam mana ni? Dah lah hari first aku." runggut Fiyaa. Keadaan menjadi tenang apabila jalan sudah tidak sesak lagii.. Fiyaa sampai dikedai itu tepat jam 10.10. Nasib baik kedai baru nak bukak. Huh, nasib kau baik harini Fiyaa!

    Bos Fiyaa Mr. Lee . Mr. Lee kenalkan pekerja-pekerja yang lain. Mereka begitu peramah sekali. Selepas sesi perkenalan. Mr. Lee memberi Fiyaa baju t'shirt kerja yang bersaiz s. Kecik aje badan Fiyaa ni. Fiyaa terus mendapatkan keizinan Mr. Lee untuk menukar pakaian ditoilet. "Bagusnya! Jimat baju-baju aku. Kalau tak. Abis luntur warna baju kalau hari-hari basuh.

     Fiyaa melangkah keluar darii toilet. Dan Mr. Lee menyuruh Sarah untuk menolong Fiyaa apa yang patut. Waktu rehat, Fiyaa makan dengan kak Sarah. Dia baik. "Fiyaa student lagii ke? Tak silap Mr. Lee ada cakap yang Fiyaa baru 21tahun?" Fiyaa menghabiskan suapannya sebelum dia bercakap. Dalam tv selalu ada pesan. Tak baik bercakap dengan mulut penuh dengan makanan. Nanti tak ada yang meminang. Tak tahu betul ke tidak. "ha'aa, baru 21. Fiyaa baru abis diploma. Ni sambil nk tunggu panggilan ke U. Fiyaa nl cari pengalaman dulu."

     Sarah senyum. "Bagus betul Fiyaa ni. Nanti belajar rajin-rajin tau. Akak dulu dapat tawaran sambung belajar. Tapi memandangkan family akk tk mampu. Akak buang hasrat untuk sambung belajar. Akak ada adik kecik. Family akak banyak pakai duit. Sebab tu akak tak nak sambung belajar. Tak nak tambahkan lagi beban mak abah akak..." Fiyaa sedih mendengar jalan hidup kak Sarah..

     Fiyaa yang sibuk melayan pelanggan. Sesekali Fiyaa pandang dibelah kanannya. Fiyaa melihat seorang lelaki kurus, tinggi lampai, putih dan sambutnya dipacakkan. Alahaii lemahh Fiyaa dibuatnya. Lelaki itu seperti lelaki idamannya. Badan ketak-ketak. Waduhhh. Eiii "perfect!" "Apa yang perfectnya kak?" pelanggan itu menegur Fiyaa. Fiyaa maluu, "perfectlah phone nih. Adik amek yang ni lawa dik." Fiyaa menunjukkan iphone5s di dalam almari kaca. Selepas pelanggan Fiyaa membeli xperia z2.

    Mr. Lee memanggil Fiyaa dan pekerja yang lain untuk memperkenalkan anak kawan baiknya. "hai guys, Im Afiq Hakim but you guys boleh panggil Afiq je. Okayy? Nice to meet you guys." Fiyaa dengan riak muka biasa saje. Fiyaa tidak terfikir pun lelaki tu ialah Afiq yang pernah jadi senior dia dulu masa di kolej. Sebab Fiyaa tak tahuu nama penuh Afiq. "Okay, uolls semua boleh sambung kerja okayh. Yes, Afiq, ikut uncle kejap." Afiq mengikuti langkah unclenya.

     Masa Afiq mahuu keluar dari kedai. Mata Fiyaa dan Afiq tidak terlepas. Fiyaa bagaikan mahuu menjerit kerana sudah jumpa seniornya yang sekian lama sudah tidak berjumpa. Afiq pula mahu cepat. Unclenya tu tegas orangnya. Afiq sempat melemparkan senyuman paling manis kepada Fiyaa. Dalam diam Afiq sebenarnya menyukai Fiyaa. Dari zaman kolej lagii. Pernah juga kembar Fiyaa dan wanita lain menggoda Afiq. Tapi entahlah, hati Afiq tetap tertutup untuk semua gadis. Kecuali Fiyaa. Buah hati pengarang jantungnya. Masa tu, ingin saja Afiq memeluk Fiyaa. Tapi Afiq bukan jenis yang sesuka hati nak memegang perempuan. Afiq sebagai lelaki, harus pertahankan maruah wanita.

     Fiyaa tidak keruan. Dari tadi jalan mundar-mandir. Kejap lagii waktu untuk dia pulang ke rumah. Hari pertama dia bekerja di kedai Mr. Lee. Membuatkan Fiyaa betul-betul bersemangat. Ini semua sebab Afiq. Fiyaa senyum hingga nampak lesung pipitnya belah kanan dan hujung bawah bibir. Matanya dipejam. "Oi macik! Dah kenapa kau senyum-senyum macam orang tak waras ni?" tegur Selly. Hurm pekerja yang paling berlagak! Sombong. "Em Fiyaa seronok kerja harini. Sebab Fiyaa dah dapat take over ramai pelanggan." Selly menjeling Fiyaa.

     Gaya menjeling seperti 'jelingan maut' huhu "Aku kesah apa! Ke kau suka sebab anak kawan bos tu datang? Eh hello. Dia tu tak cair tau pandang kau. Lain lah kalau aku ni. Emm muka cantik bagaikan nora danish! Em" Selly terus berjalan meninggalkan Fiyaa. "Dah Fiyaa, jom balik." Fiyaa mengatur langkahnya. Ketika Fiyaa masuk ke dalam kereta. Fiyaa baru sahaja mahu tekan 'lock' tapi pintu kereta bahagian penumpang dibuka seseorang. Terjerit Fiyaa. Pantas Fiyaa menekan hon banyak-banyak kali. Bila tangan kasar itu memegang tangan Fiyaa supaya berhenti menekan hon.

     Fiyaa terkejut sekali lagii. Rupanya... "Afiq!!! Jahatlah. Kenapa masuk macam tu? Takut tau Fiyaa!" Fiyaa memukul badan Afiq. Malangnya pukulan Fiyaa tidak langsung dirasai oleh Afiq. Maklum lah. Badan kebalkan. "Okay-okay, Im sorry Fiyaa. Afiq tak bermaksud pun nak buat Fiyaa terkejut ke takut ke. But I rindu sangat dekat you sayang.." tekujut Fiyaa dengan panggilan sayang. Tekejut lagi bila Afiq menarik Fiyaa dan cuba memeluknya. Tapi pantas Fiyaa menolak tubuh sasa itu. Tolakkan Fiyaa hanya seinci saja. Afiq tidak pula putus asa.

     Pantas Afiq memegang pinggang ramping Fiyaa. Terkejut besar Fiyaa. Dengan kekuatan wanita yang hanya mampu menolak Afiq dengan sekuat tenaganya. Afiq bagaikan tidak percaya dengan apa yang cuba dia lakukan pada Fiyaa tadii. "Fiyaa.. Afiq minta maaf. Afiq tak..." PANGGGG!! Penampar Fiyaa menghinggap di pipi lelaki yang sudah dibencinya. Afiq bagaikan tidak percaya buah hatinya menamparnya.

    "kau keluar dari kereta aku! Aku benci kau! Keluarrrrr!!!!" Fiyaa sudah hilang sabar. Badan sasa itu ditolak-tolak. Dan dipukul-pukul. Afiq biarkan saja. Afiq terus keluar dari kereta Fiyaa. Afiq kesal, Afiq sendiri tidak tahu mengapa dia sanggup melalukan perkara seperti itu.

     Maafkan aku Fiyaaa.. Maafkan aku.. Akhirnya airmata Afiq jatuh buat kali pertama sebab perempuan....

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB1

      "Kakak! Apa ni? Abis bersepah bilik Fiyaa! Apa kakak cari ni?" Fiyaa yang menanti jawapan dari kakaknya , hanya di balas dengan hentakan tangan dimeja solek. "kau sibuk apa! Aku cari rantai yang ayah bagi kau minggu lepas. Mana kau simpan!" Tengking Safyy kepada adiknya . Fiyaa yang ketakutan , terus ke laci di sebelah katilnya . "dekat dalam ni" "hm bagus! Dah tepi! Aku nak pakai" Fiyaa di tolak kasar . Mujur dia sempat pegang tangan kakaknya. "kak jangan kak. Tu ayah bagii untuk Fiyaa kak" menangis Fiyaa dibuatnya. Safyy tidak hiraukan tanggisan adiknya. Safyy terus keluar meninggalkan adiknya .

     Fiyaa pergi ke dapur dan minum segelas air susu. Fiyaa kelihatan begitu haus. Mungkin kerana menangis tadi. "Eh beb, tu bukan adik you ke? Dengan siapa dia berbual tu? Mesra betul." tanya Rania dengan gaya menggedik. "Iye adik I lah tu. Biarlah dia nk kawan dengan siapa pun. Bukan masalah I okayh!" Safyy terus sibukkan diri dengan bermain handfhone. "Tapi tu bukan ke student baru. Kalau tak silap tu budak photography kan?" celah Nadia pulaa.

     Pantas Safyy memandang adiknya. Ya! Memang tidak salah lagi. Lelaki yang duduk berdua dengan adiknya itu adalah lelaki yang diminati oleh kalangan wanita di kolej. Termasuklah Safyy. Safyy bangun hinggakan kerusi yang diduduknya tadi jatuh. Safyy tidak pula menoleh pada kerusi yang jatuh tadi. Malah dia bergegas pergi ke belakang Fiyaa.

     "heyy adik dekat sini? Puas akak cari tau." Pada mulanya, Fiyaa tidak terkejut dengan kehadiran kakaknya. Tapi dia terkejut bila kakaknya membahasakan dirinya 'adik'. Fiyaa tantas mengawal perasaannya dari memikir yang buruk tentang kembarnya. "Em kakak sorang je? Mana kawan-kawan kakak?" . Safyy membalas dengan senyuman sinis "Hish adik ni. Kakak manalah nk lepak dengan kawan sangat kalau dah petang-petang macam ni. Lagi pun class akak tak ada class petang ni. Akak abiskan masa duduk dekat perpustakaan je tau."

     Sambil-sambil jari memintal rambut perangnya. Safyy jeling manja pada si tampan itu. "Adik tak nak kenalkan kakak dengan kawan adik ni ke?" hmm macam cacing kepanasan pula si Safyy ni. "Oh lupa pula. Ni Afiq, actually adik baru aje kenal dengan dia. Haa awak, ini kakak saya." tangan Safyy sudah menghulur ke arah si tampan itu. Afiq pula tidak selesa untuk bersentuhan tangan dengan orang yang bukan mahramnya. Tapi dia tidak mahu kakak Fiyaa terasa. Dia menghulurkan juga.

     "Haii, nama I Nurul Safyyaa Binti Ahmad Aris. But you can call me Safyy." senyuman Safyy yang manis. Tambah pula dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Membuatkan hati Afiq rebah. Arhhh! Perempuan ni sengaja menggugat iman aku! Dengus Afiq dalam hati. Afiq hanya membalas dengan senyuman manis. "Okayh Fiyaa, Safyy I got to go. I kena balik sekarang. Okay see you tomorrow. Bye Fiyaa."

     Safyy tidak berkelip memandang si tampan itu. "kakak, Fiyaa nak balik ni. Kakak still nk duduk sini ke?" Safyy memandangnya dengan penuh benci. "kau nak balik? Haa  baliklah! Ingat aku peduli ke?" Fiyaa tunduk sajaa... Kecewa dengan kata-kata kakaknya. "Em okayh lah kalau macam tu  Fiyaa balik dulu ye kak" Fiyaa melangkah pergi meninggalkan Safyy. Safyy pula terus menggeluarkan lipstick merah rosenya dan terus dipakai dibibir.

     "Fiyaa.. Fiyaaa! Fiyaaaa!" Perjalanan Fiyaaa terhenti apabilaa seseorang menyebut namanya. Fiyaa menoleh kebelakang. Terkejut Fiyaa dibuatnya. Mana tidaknya, Afiq yang memanggilnya dalam keadaan berlari pula. Dalam hatinya rasa bahagia, kerana Afiq masih boleh senyum  lagi pada Fiyaa.. "Ye Afiq, ada apa ye panggil Fiyaa?" Afiq melemparkan senyuman manisnya kepada Fiyaa. Entah kenapa Afiq rasa tenang saje bila melihat Fiyaa. Kalau Safyy pula.. Em rasa rimas!

     "Afiq nak  offer Fiyaa jadi model Afiq for signment Afiq. Boleh tak Fiyaa?"  Fiyaa terkejut. "Em jadi model  Afiq? Emm, but why Fiyaa?" Sempat lagi Afiq memberi  senyum pada Fiyaa... "because, you're the right person yang layak jadi model I"

     Wajah putih gebu Fiyaa dipandang. Sempat lagi Afiq kira tahi lalat  Fiyaa dimuka. Ada 3! Pertama, tengah-tengah dagu. Kedua, atas bibir dan yang ketiga, tepi ekor mata kanan. Dan tidak sengaja Afiq ketawa. "Kenapa  Afiq gelak?" Merah padam muka afiq apabila di tegur Fiyaa. "Heh Afiq ketawa sebab Fiyaa lahh. Lama sangat fikir pasal offer model tu" Afiq menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal itu. "Em bagii Fiyaa masa untuk fikir boleh?" Afiq angguk perlahan.

     "Okayh Fiyaa nak balik ni. Dah lambat. Takut mama ayah marah nanti. Okayh see you soon" Afiq dan Fiyaa terus berpecah. Sorang ke kiri, sorang ke kanan. Tapi ada mata yang perhatikan mereka tadi. Siapa lagi kalau bukan Safyy. "Siap kau Fiyaa!" Safyy menumbuk perlahan tembok batu itu....

     Fiyaa yang lepas mandi tadi terus baring dikatil bersaiz queen. Mata dipejam perlahan-lahan. Entah kenapa wajah Afiq didalam ingatannya. Waduhh! Jangan kau jatuh cinta dengan dia sudahlah Fyy. Senyuman terus diukir dibibir. "Tokk tokkk tokkk!" "Woii Fiyaa bukak pintu ni!" Fiyaa terus bangun. Fiyaa terkejut dengan cara kakaknya. Kadang-kadang Fiyaa rasa takut. Macam nak lari dari rumah pun ada. Fiyaa buka pintu kayu dan Safyy terus masuk tanpa di pelawa. "Apa Afiq cakap dekat ko before balik tadi?" Merah padam muka Safyy menahan geram.

     "Taa tak ada papee pun kak..." gugup bicaranya. "Kau dah pandai nak menipu aku! Kau ingat aku tak dengar ke tadi.  Afiq offer kau jadi model dia kan?" Terbeliak biji mata Fiyaa. Macam mana dia tahu? Aduh mampus nak jawab apa ni.. "A'a Afiq ada offer Fiyaa jadi model dia. Kenapa kak?" "Kenapa kau cakap! Kau ingat kau layak ke jadi model dia? Dengan kau punya dress up cincai-cincai jee. Ada hati nak jadi model. Lain lah kalau aku ni. Bergaya, cantik, ramai peminat! hehh." Sempat lagi Safyy tonjol dahi adiknya. "Sedar diri sikit Fiyaa!"...

      "Adik berangan apa tu? Sampai hujan kat luar tu. Adik tak amik kain pun. Eish adik ni." Letehan mama menyedarkan Fiyaa dari lamunan jauh. Fiyaa teringat masa mula-mula dia berkenalan dengan Afiq dikolej dulu. Abis saje diploma Fiyaa tidak berjumpa dengan Afiq. "Tengok tu.. Boleh sambung lagii berangan." Fiyaa terus berdiri sebelah mamanya.

     "Maa Fiyaa ingat nak kerjalah. Dah 2bulan Fiyaa abiskan masa duduk rumah. Boring" Puan Hasnilam memandang anak bongsunya. "Elok sangatlah Fiyaa. Dari kamu abiskan masa kamu dekat rumah ni. Makan tidur makan tidur aje. Baik kerja" Fiyaa senyum dan terus membantu mamanya membasih pinggan.