Selesai solat subuh. Fiyaa terus sambung membuat assignmentnya. Fiyaa sudah ke tahun kedua dan semester lima. Bagai tidak percaya. Masa itu cepat berlalu. Roomate Fiyaa orang dari sabah. Namanya Aishah tapi Fiyaa disuruh panggil Shah saja. Kerana dia sudah biasa dengan nama Shah.
Tapi nasib baiklah Shah ni pandai cakap bahasa-bahasa orang sini. Kalau tak. Em mau terdiam aje. Fiyaa dan Shah bergerak pantas untuk menghadiri class. Mereka sudah lewat dua minit. Shah berlari. Fiyaa pula tidak mahu. Malu dia mahu berlari.
"Alah!!" terdengar Shah menjerit. Fiyaa pantas berlari menaiki anak tangga. "Shah kenapa? Kenapa??" Shah hanya menunjukkan kertas yang terlekat dipintu masuk. "Maaf, class harini cancel? Ei kita berlari macam apa kud!" Shah hanya berdiam, Shah terpandang pada cafe di bawah. sudah bukak. "Em Fiyaa jom kita breakfast dulu. Alang-alang dah dekat dengan cafe ni." Fiyaa hanya mengikut.
Laju Fiyaa makan. Shah pula laju menyedut air teh aisnya. haus barangkali. Ketika mereka sibuk menghabiskan makanan, ada seorang wanita yang mungkin tua dua, tiga tahun dari mereka yang datang di meja mereka. "Maaf ya menganggu" Wanita itu terus duduk di sebelah Shah. Tanpa dipelawa. "Saya Lily dari Project AF'Photography. Kami ada buat event dekat sini. Dalam masa yang sama pihak kami ada menawarkan pada uolls semua.
Bagi siapa-siapa yang berminat atau teringin nak jadi model. Bolehlah datang ke uji bakat yang akan berlangsung pada 23 hingga 25june ini. Dari 11pagi, hingga 4petang. If you guys are interested about this thing, uolls kena isi borang ni dulu lah ye" Lily memberi dua helai kertas pada mereka. Fiyaa pantas menolak. "Im sorry Cik Lily, Im really not interested in all this! Excuse me, saya pergi dulu" Lily pelik dengan Fiyaa, tiba-tiba aje nak marah. Lily pun malas nak layan. banyak lagi kerja dia harus buat. Lily terus bangun dan terus membawa fail-failnya.
Shah mengejar Fiyaa. Fiyaa pula makin melajukan perjalanannya. "Fiyaa! Fiyaa! Fiyaa Im talking to you lah!" Shah terus menarik tangan Fiyaa. Fiyaa berhenti. "Kenapa dengan kau ni Fiyaa? Ada problem ke?" Fiyaa sudah pandang Shah "Im okay Shah. Aku nak naik bilik kejap. Nak siapkan assignment aku. Banyak lagi yang belum siap." Shah hanya mengangguk. "Okay, kalau macam tu kau baliklah. aku ingat nak ke taman kejap." "Okayy." Fiyaa tipu Shah. Fiyaa sendiri pun tak tahu kenapa. Dia rasa mahu marah saje. tapi tidak tahu mahu marah pada siapa.
Setelah sampai dibilik. Fiyaa terus baring. Dia penat, rasa macam banyak sangat masalah yang melanda dirinya. Tiba-tiba bunyi telefon Fiyaa berbunyi. Nama 'mama' tertera di skrin telefon. Pantas Fiyaa menjawab.
"Waalaikumusalam mama.." Fiyaa menjawab salam mamanya dengan suara yang ceria. "Macam mana dekat sana? Mama rindu dekat Fiyaa" "Fiyaa pun rindu dekat mama juga. Mama ada apa call Fiyaa?" "Hai, mama nak call anak sendiri pun tak boleh ke?" Fiyaa ketawa. Ada sampai macam tu mamanya fikir. "Mama ni. bukan macam tu lah. I means ada benda penting ke" "Sebenarnya memang ada pun." "Apa yang penting tu maa?" "Sabar Fiyaa, mama nak bagitahulah ni. Tapi, mama nak tanya dulu. Hujung tahun ni Fiyaa ada cuti lagi?" "Em ada. Tak silap hujung bulan november tu Fiyaa dah final exam. So maybe hujung bulan december tu Fiyaa dah start cuti sem. Kenapa?"
"Sebenarnya. Kakak kamu tu dah nak tunang. Tapi masih lagi dalam perancangan" "Wahhh! Betul ke mama? Tahniahlah buat kak Safyy. Tapi dia tunang dengan siapa ma? Fiyaa kenal ke?" "Fiyaa kenal sangat." Em tak kan lah Afiq? Ish janganlah. Tak mungkin. "Siapa mama?" "Fahmi." "Fahmi kawan Fiyaa masa kecil tu ke mama?" Fiyaa memang kenal sangat dengan Fahmi tu. Tapi tak sangka. Akhirnya mereka kahwin juga.
"Kak Safyy nak sangat kamu ada bila majlis tu ada. Kakak kamu tu dah banyak berubah. Sekarang pun sudah tidak keluar malam, tidak berpakaian seksi dan yang membuatkan hati mama terharu kerana Safyy sudah pun bertudung. Mama bangga dengan perubahan Safyy." Fiyaa juga bangga, tapi Fiyaa agak terasa dengan kata-kata mamanya. Fiyaa sendiri tidak memakai tudung. Kakaknya yang dulu jahat, sosial boleh berubah menjadi baik dalam sekelip mata. Kenapa Fiyaa tidak boleh? Shah roomate Fiyaa juga bertudung. Em sudah masanya Fiyaa berubah. "Em mama, I call you back okay. Fiyaa nak siapkan assignment."
"Assalamualaikum.." Fiyaa hanya menjeling pada pintu biliknya. "Waalaikumusalam, petang baru balik?" Fiyaa memandang Shah. Mana tidaknya. Shah pulang ke bilik hampir lewat petang. "Sorrylah, aku lupa nak masej kau. Tadi parent aku datang. So diorang ajak lunch lepas tu aku outing kejap." Lega Fiyaa mendengarnya. Fiyaa hanya tersenyum. Fiyaa sibuk sangat. Fiyaa masih lagi menyiapkan assignment.
"Err Fiyaa, aku ada tapau kau nasi campur. Aku tau kau belum makan. Nahh, makanlah ea." Fiyaa terus membuka bekas pelastik itu. "Wahh lauk ayam masak merah. Em kau ni tahu-tahu aje aku tengah ngidam lauk ni. Fiyaa terus makan" "Hahaha kau ni gelojoh betul. Eh, mak aku kirim salam dekat kau" Fiyaa meneguk air mineral sedikit sebelum dia menjawab salam mak Shah.
Selepas solat Isyak. Shah mengajak Fiyaa untuk turun cafe. Shah lapar. Fiyaa pula sudah kenyang. Dia hanya membeli air Teh tarik.
"Fiyaa, aku nak tanya kau ni" "Tanyalah" "Kenapa tadi kau emo sangat dengan budak yang nak bagi borang uji bakat tu?" Fiyaa menggeluh. "Tak adalah. Aku sakit hati dengan cara dia cakap. Kau perasan tadi. Dia duduk sebelah kau. Padahal kita belum pelawa dia duduk lagi." Shah ketawa. "Pasal tu aje ke? Kau ni kan. Memang kelakar tau." "Ish kau ni. Betul lah kan?" "Memang betul. Tapi macam tak logik tau kau punya alasan tu." "Err kau ni. Dah-dah cepat abiskan makanan tu. Aku tinggalkan kau nanti kalau lambat."
No comments:
Post a Comment