Thursday, 12 June 2014

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB3

     "Adik.. Kenapa ni nak? Marilah makan. Penat mama masak lauk sedap-sedap untuk adik.." pujuk mama sambil diketuk-ketuk perlahan pintu bilik Fiyaa. Fiyaa masih trauma. Dia tidak pernah dilayan sebergini rupa. Aku benci kau Afiq! Bencii!! Fiyaa nekad. Kalau lepas ni Afiq masih lagi bertindak  macam itu. Fiyaa tidak teragak-agak untuk berhenti kerja dan pergi jauh dari Jb. Fiyaa mengelap sisa airmata yang keluar tadi. Fiyaa menuju ke pintu. Pintu di kuak perlahan. Mama masih tegak berdiri. Fiyaa terus memeluk mamanya.

     "Fiyaa penat maa.. First day kerja dah ramai pelanggan. Fiyaa letih" pelukkan di leraikan. Puan Hasnilam mengelap airmata puteri bongsunya. "Dah lah. Kenapa nak nagis pula? Fiyaa patut bersyukur tau sebab dapat kerja dekat kedai tu. Sebab ayah kenal dengan tauke kedai tu." Terkejut Fiyaa. Ayah kenal dengan Mr. Lee? Abis kalau aku nak berhenti kerja nanti? Ahh biar jela. Siapa dia nak control aku kan? "Oh yeke? Fiyaa baru tahu maa." "Adik tidur ye. Esok kerja lagi kan? Mama nak turun bawah" Fiyaa senyum saja..

     Malam yang sunyi. Hanya diterangi dengan lampu jalan. Keadaan semakin sepi. Angin yang meniup hinggakan rambut Fiyaa menutupi mukanya. Fiyaa memperbetulkan rambutnya. "Arrgghhh!" Fiyaa sedikit terlompat. Mana tidaknya. Afiq yang berada betul-betul didepannya. Ingin sahaja dia menampar muka Afiq.. Tapi Fiyaa bagaikan tidak boleh bergerak. Kaku. "Hai sayang. Jumpa lagi kita kan? Mungkin ni jodoh kan?" Tangan Afiq sudah mula menghinggap ke bahu Fiyaa. Fiyaa menepis. Dengan riak muka yang benci.

     "Kau nak apa? Aku tak akan maafkan kau Afiq!" Afiq yang sedang memelai rambut lebat Fiyaa. Terus ditepis. Afiq seperti orang tidak waras. Fiyaa nekad.  Dengan keadaan yang gelap macam ni. Fiyaa perlu selamatkan diri. Fiyaa tolak Afiq hingga badan sasa itu jatuh ke jalanraya. Fiyaa pantas berlari. "Dekat mana aku ni? Tempat apa ni?" Sambil Fiyaa berlari, sempat lagi dia memandang kebelakang. "Hahh mana Afiq? Bukan dia.. Dia dekat situ ke tadi?" menggigil badan Fiyaa. Fiyaa pandang sekeliling. Tiada pun Afiq. Kemana dia menghilang?

     Tiba-tiba badan Fiyaa dipeluk dari belakang. Fiyaa bagaikan tidak percaya. Afiq?! Macam mana dia... Fiyaa melepaskan pelukan Afiq. Pantas Fiyaa memandang Afiq. Afiq memang handsome. Dengan gayanya. Mampu membuat ramai gadis-gadis menumduk padanya. "Afiq tak kan lepaskan peluang untuk bersama Fiyaa. Afiq dah tersiksa Fiyaa. Dah dekat 3bulan Afiq tak bergurau dengan Fiyaa. Imissyou more sayang.."

     Tangan Afiq terus memegang tangan Fiyaa. Fiyaa bagaikan patung yang tidak boleh bergerak. Afiq terus keluarkan kotak kecil berwarna merah. Isinya cincin. Fiyaa terkejut. Apa muslihat Afiq sebenarnya? Fiyaa  biarkan saja Afiq memakaikan cincin berlian itu dijari manis Fiyaa. Afiq terus mencium tangan Fiyaa. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi yang menggerikan. Mereka menutup telinga. Tapi, bunyinya masih boleh didengar. "Hahh! Ya Allah. Aku bermimpi rupanya. Astargfirullah.." Jam lonceng yang berbunyi tadi. Pantas dicapai Fiyaa. Dah pukul 7.34? Huhh. Macam mana boleh terbangun lewat ni. Arhh ni Afiq la ni. Masuk dalam mimpi aku. Fiyaa terus mencapai tuala kuning lembut. Fiyaa harus siap awal. Untuk menggelakkan jem.

     Fiyaa berlari-lari untuk ke tempat meja soleknya. Harini Fiyaa berpakaian t'shirt kerjanya saja. Dah tak perlu lagi pakai baju-baju jalannya. Fiyaa menggenakan baju itu dengan seluar jeans Levi's. Yang bewarna biru-biru pudar. Kena dengan warna kulit Fiyaa yang putih bersih. Kalini Fiyaa tidak mengikat rambut. Dia biarkan sahaja rambut dia lepas. Fiyaa mahu turun kebawah. Tapi dihalang Safyy. "Best kerja? Untung kau kan? Dapat kerja dekat kedai Mr. Lee tu.

     Aku tak fahamlah. Kenapa kau selalu dapat apa yang kau nak. Kau guna-guna eh?" sempat lagi bahu adiknya ditolak. "Ya Allah kakak, apa cakap bukan-bukan pasal adik? Adik tak kan buat benda mengarut tu. Adik tahu mana halal, mana haram. Ini semua berkat doa mama ayah. Mungkin ini rezeki adik. Akak cukuplah. Adik dah lambat tau!" Fiyaa terus menolak kakaknya. Hampir jatuh Safyy. Pantas dia memegang besi ditepi tangga. "Kurang ajar kau! Siap kau nanti!"

     Tenang saja wajah Fiyaa. Meskipun dia masih berkecil hati dengan kakaknya. Tapi dia anggap ini semua dugaan. Dulunya, hubungan Fiyaa dengan kembarnya sangat rapat. Tapi datangnya Fahmi seorang lelaki yang digilai ramai. Pada usia mereka 17tahun. Masa itu, Safyy dan Fiyaa rapat sangat dengan Fahmi. Mereka rapat kerana mereka adalah kawan masa kecil-kecil dahulu. Fahmi pindah ke Jb kerana dia tidak selesa tinggal di Perak. Di sana hanya ada mama, papa dan kak Mimi. Mereka semua sibuk. Tapi di Jb, Fahmi tinggal bersama nenek, abang Fikri dan kak Isya. Mereka memang selalu ada dikala Fahmi susah dan senang. Safyy memberi harapan yang tinggi kepada Fahmi.

     Safyy sangat menyukai Fahmi. Tapi malangnya. Fahmi tidak membalas cinta Safyy. Malah Fahmi tidak putus-putus untuk memiliki hati Fiyaa. Sejak dari hari itu, hubungan si kembar ini sudah berenggang. Bukan itu sahaja. Cara layanan Safyy kepada Fiyaa sangat berbeza. Fiyaa sedih. Kakaknya sanggup berubah sampai macam ni. Hanya kerana seorang lelaki. Fiyaa tidak pula menyukai Fahmi. Fiyaa tetap dengan pendiriannya. Dia mahu mencari kekasih jika dia sudah abis belajar. Kini Fiyaa sudah abis diploma.. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk dia mencari kekasih. Tapi Fiyaa tak kisah sangat. Kalau boleh tak nak cari. Dia mahu cinta itu datang sendiri..

     Fiyaa sibukkan diri dengan menggelap almamri kaca. Satu harini, Fiyaa tak nampak pula Afiq. Tapi mimpi malam tadi tu? Kenapa Afiq bagi cincin dekat aku? Dia syok kat aku ke?? Eish takde nya.  Monolog Fiyaa dalam hati. "Eh kau jangan nak makan gaji buta. Berangan je kerja kau ea!" Suara celupar Selly menyedarkan Fiyaa dari lamunan. "Maaf Selly. Fiyaa tak berangan. Cuma kurang sihat" halus saje nada suara Fiyaa. "Dah tak sihat. Kenapa gatal sangat masuk kerja? Kau ingat ada ke yang nak simpati dekat kau?" Sempat lagi Selly memberi senyuman sinis sebelum keluar dari kedai. Fiyaa rasa nak menangis. "Fiyaa, kenapa ni?" tegur Kak Sarah.

     "Hm tak ada pape kak Sarah. Letih sikit je."... Masa kerja sudah abis. Fiyaa berjalan dengan kak Sarah untuk pergi ke kereta masing-masing. Seronok betul Fiyaa bercakap dengan kak Sarah. "Fiyaa!" mereka berdua menoleh ke arah belakang. "Afiq?" "Fiyaa kenal dia?" "Kenal sangat kak. Kenapa?" "kak Sarah tanya aje." Afiq bergegas berlari ke hadapan Fiyaa. "Fiyaa we need to talk." serious mukanya. "Sorry, can we talk tomorrow? Dah lewat sangat ni" "No! I nak cakap sekarang juga" Fiyaa sudah buat muka bosannya. "5minute" "Sekejapnya?" Bulat mata Fiyaa memandang lelaki yang dibencinya. "3minute!"

    "Okayh-okayh, 5minute. Okayh, firstly I nak minta maaf dekat you. Pasal apa yang berlaku semalam. Benda tu semua diluar kawalan. I tak ada niat pun nak buat semua tu. Please Fiyaaa.. Forgive me.." Fiyaa senyum memandang Afiq. "Its sokay. Fiyaa dah maafkan Afiq. Okayh can I go now?" "Ada lagi satu." "Whats?" Pendek saja ayat Fiyaa. "I nak luahkan perasaan I. Dah lama I pendam semua ni. I jatuh cinta dengan you Fiyaa. I tak pernah rasa bahagia macam ni dengan siapa-siapa. Kecuali you Fiyaa. Only you in my mind." Airmata keikhlasan jatuh membasahi pipi Afiq. Fiyaa tidak pula terharu. Malah Fiyaa bagai tidak percaya dengan kata-kata yang diluahkan Afiq sebentar tadi..

      Malam itu, Fiyaa tidak dapat melelapkan mata. Masih teringat-ingat dengan luahan Afiq. "Please sayang. Please be mine forever" Tangan Fiyaa dipegang kemas oleh Afiq. Fiyaa cuba menarik tangannya. Tapi genggaman Afiq sangat kuat. "Lepaskan lah Afiq!" Jeritan Fiyaa tidak dihiraukan Afiq. "Bagi I peluang untuk terbus kesalahan I" "Bagi I masa untuk fikir semua ni. Cinta tak boleh dipaksa Afiq!"

     Fiyaa terus berlari masuk kedalam kereta dan cepat-cepat Fiyaa menekat button 'lock' takut si mental tu masuk lagi sekali. Dalam perjalanan pulang. Fiyaa nenangis. Fiyaa takut kalau dia terima cinta Afiq. Hubungan antara Fiyaa dan kakaknya akan bertambah buruk. "Aku tak boleh terima cinta dia. Nanti kak Safyy makin marah dekat aku" Fiyaa menangis semahu-mahunya. Telefon Berbunyi menyedarkan Fiyaa dari lamunan. Fiyaa mendapat masej dari nombor yang tidak dikenali.

"Sayang, I cant sleep. 
I ingatkan dekat you je. 
I ikhlas cintakan you Fiyaa. 
Dari pertemuan pertama hinggalah hari ini. 
Wajah you tak pernah pun I jemu.  -Afiq"

     Fiyaa menangis lagi. Menggapa orang yang dia suka. Harus dikongsi dengan kakaknya? Jujur Fiyaa sudah jatuh cinta pada Afiq. Tapi ada saja halangan yang datang. "Fiyaa harap kita tak akan jumpa lagi lepas ni. Bye" Ego Fiyaa sudah datang. Fiyaa menggemas baju-bajunya. Dia ingin ke Kl. Ke rumah kakak pertamanya. Fiyaa memang rapat sangat dengan kakaknya yang pertama iaitu kak Ros.

     Kak Ros sudah berumah tangga. Di kurniakan dua cahaya mata sorang putera. Dan sorang puteri. Mereka baru berusia dua dan empat tahun. Fiyaa turun kebawah. Puan Hasnilam sedang menonton tv. Fiyaa duduk disebelah mama kesayangannya. "Maa can I ask something?" "Sure my dear" "Fiyaa nak berhenti kerjalah. Fiyaa ingat esok nak pergi rumah kak Ros. Boleh maa?" Puan Hasnilam memandang pelik.

     "Why you buat keputusan terburu-buru ni? Anyproblem? Can share with me" "Tak mama. Fiyaa okay. Tapii kerja dekat situ tak best ma. So bored." Puan Hasnilam ketawa kecil. "Are you joking me? Suka hati Fiyaa lah. Mama tak kesah. Tapi berapa lama nak duduk dekat rumah kak Ros?" "Fiyaa ingat nak duduk dalam seminggu dua." "Fine.

     Kak Ros tahu tak Fiyaa nak pergi sana?" Fiyaa tunduk saja. "Belum lagi. But dont worry lah. Kak Ros mesti bagii punya." "Okay maa, Fiyaa nak sambung kemas baju. Nite maa.."
 
 

No comments:

Post a Comment