"Kakak! Apa ni? Abis bersepah bilik Fiyaa! Apa kakak cari ni?" Fiyaa yang menanti jawapan dari kakaknya , hanya di balas dengan hentakan tangan dimeja solek. "kau sibuk apa! Aku cari rantai yang ayah bagi kau minggu lepas. Mana kau simpan!" Tengking Safyy kepada adiknya . Fiyaa yang ketakutan , terus ke laci di sebelah katilnya . "dekat dalam ni" "hm bagus! Dah tepi! Aku nak pakai" Fiyaa di tolak kasar . Mujur dia sempat pegang tangan kakaknya. "kak jangan kak. Tu ayah bagii untuk Fiyaa kak" menangis Fiyaa dibuatnya. Safyy tidak hiraukan tanggisan adiknya. Safyy terus keluar meninggalkan adiknya .
Fiyaa pergi ke dapur dan minum segelas air susu. Fiyaa kelihatan begitu haus. Mungkin kerana menangis tadi. "Eh beb, tu bukan adik you ke? Dengan siapa dia berbual tu? Mesra betul." tanya Rania dengan gaya menggedik. "Iye adik I lah tu. Biarlah dia nk kawan dengan siapa pun. Bukan masalah I okayh!" Safyy terus sibukkan diri dengan bermain handfhone. "Tapi tu bukan ke student baru. Kalau tak silap tu budak photography kan?" celah Nadia pulaa.
Pantas Safyy memandang adiknya. Ya! Memang tidak salah lagi. Lelaki yang duduk berdua dengan adiknya itu adalah lelaki yang diminati oleh kalangan wanita di kolej. Termasuklah Safyy. Safyy bangun hinggakan kerusi yang diduduknya tadi jatuh. Safyy tidak pula menoleh pada kerusi yang jatuh tadi. Malah dia bergegas pergi ke belakang Fiyaa.
"heyy adik dekat sini? Puas akak cari tau." Pada mulanya, Fiyaa tidak terkejut dengan kehadiran kakaknya. Tapi dia terkejut bila kakaknya membahasakan dirinya 'adik'. Fiyaa tantas mengawal perasaannya dari memikir yang buruk tentang kembarnya. "Em kakak sorang je? Mana kawan-kawan kakak?" . Safyy membalas dengan senyuman sinis "Hish adik ni. Kakak manalah nk lepak dengan kawan sangat kalau dah petang-petang macam ni. Lagi pun class akak tak ada class petang ni. Akak abiskan masa duduk dekat perpustakaan je tau."
Sambil-sambil jari memintal rambut perangnya. Safyy jeling manja pada si tampan itu. "Adik tak nak kenalkan kakak dengan kawan adik ni ke?" hmm macam cacing kepanasan pula si Safyy ni. "Oh lupa pula. Ni Afiq, actually adik baru aje kenal dengan dia. Haa awak, ini kakak saya." tangan Safyy sudah menghulur ke arah si tampan itu. Afiq pula tidak selesa untuk bersentuhan tangan dengan orang yang bukan mahramnya. Tapi dia tidak mahu kakak Fiyaa terasa. Dia menghulurkan juga.
"Haii, nama I Nurul Safyyaa Binti Ahmad Aris. But you can call me Safyy." senyuman Safyy yang manis. Tambah pula dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipi. Membuatkan hati Afiq rebah. Arhhh! Perempuan ni sengaja menggugat iman aku! Dengus Afiq dalam hati. Afiq hanya membalas dengan senyuman manis. "Okayh Fiyaa, Safyy I got to go. I kena balik sekarang. Okay see you tomorrow. Bye Fiyaa."
Safyy tidak berkelip memandang si tampan itu. "kakak, Fiyaa nak balik ni. Kakak still nk duduk sini ke?" Safyy memandangnya dengan penuh benci. "kau nak balik? Haa baliklah! Ingat aku peduli ke?" Fiyaa tunduk sajaa... Kecewa dengan kata-kata kakaknya. "Em okayh lah kalau macam tu Fiyaa balik dulu ye kak" Fiyaa melangkah pergi meninggalkan Safyy. Safyy pula terus menggeluarkan lipstick merah rosenya dan terus dipakai dibibir.
"Fiyaa.. Fiyaaa! Fiyaaaa!" Perjalanan Fiyaaa terhenti apabilaa seseorang menyebut namanya. Fiyaa menoleh kebelakang. Terkejut Fiyaa dibuatnya. Mana tidaknya, Afiq yang memanggilnya dalam keadaan berlari pula. Dalam hatinya rasa bahagia, kerana Afiq masih boleh senyum lagi pada Fiyaa.. "Ye Afiq, ada apa ye panggil Fiyaa?" Afiq melemparkan senyuman manisnya kepada Fiyaa. Entah kenapa Afiq rasa tenang saje bila melihat Fiyaa. Kalau Safyy pula.. Em rasa rimas!
"Afiq nak offer Fiyaa jadi model Afiq for signment Afiq. Boleh tak Fiyaa?" Fiyaa terkejut. "Em jadi model Afiq? Emm, but why Fiyaa?" Sempat lagi Afiq memberi senyum pada Fiyaa... "because, you're the right person yang layak jadi model I"
Wajah putih gebu Fiyaa dipandang. Sempat lagi Afiq kira tahi lalat Fiyaa dimuka. Ada 3! Pertama, tengah-tengah dagu. Kedua, atas bibir dan yang ketiga, tepi ekor mata kanan. Dan tidak sengaja Afiq ketawa. "Kenapa Afiq gelak?" Merah padam muka afiq apabila di tegur Fiyaa. "Heh Afiq ketawa sebab Fiyaa lahh. Lama sangat fikir pasal offer model tu" Afiq menggaru-garu rambutnya yang tidak gatal itu. "Em bagii Fiyaa masa untuk fikir boleh?" Afiq angguk perlahan.
"Okayh Fiyaa nak balik ni. Dah lambat. Takut mama ayah marah nanti. Okayh see you soon" Afiq dan Fiyaa terus berpecah. Sorang ke kiri, sorang ke kanan. Tapi ada mata yang perhatikan mereka tadi. Siapa lagi kalau bukan Safyy. "Siap kau Fiyaa!" Safyy menumbuk perlahan tembok batu itu....
Fiyaa yang lepas mandi tadi terus baring dikatil bersaiz queen. Mata dipejam perlahan-lahan. Entah kenapa wajah Afiq didalam ingatannya. Waduhh! Jangan kau jatuh cinta dengan dia sudahlah Fyy. Senyuman terus diukir dibibir. "Tokk tokkk tokkk!" "Woii Fiyaa bukak pintu ni!" Fiyaa terus bangun. Fiyaa terkejut dengan cara kakaknya. Kadang-kadang Fiyaa rasa takut. Macam nak lari dari rumah pun ada. Fiyaa buka pintu kayu dan Safyy terus masuk tanpa di pelawa. "Apa Afiq cakap dekat ko before balik tadi?" Merah padam muka Safyy menahan geram.
"Taa tak ada papee pun kak..." gugup bicaranya. "Kau dah pandai nak menipu aku! Kau ingat aku tak dengar ke tadi. Afiq offer kau jadi model dia kan?" Terbeliak biji mata Fiyaa. Macam mana dia tahu? Aduh mampus nak jawab apa ni.. "A'a Afiq ada offer Fiyaa jadi model dia. Kenapa kak?" "Kenapa kau cakap! Kau ingat kau layak ke jadi model dia? Dengan kau punya dress up cincai-cincai jee. Ada hati nak jadi model. Lain lah kalau aku ni. Bergaya, cantik, ramai peminat! hehh." Sempat lagi Safyy tonjol dahi adiknya. "Sedar diri sikit Fiyaa!"...
"Adik berangan apa tu? Sampai hujan kat luar tu. Adik tak amik kain pun. Eish adik ni." Letehan mama menyedarkan Fiyaa dari lamunan jauh. Fiyaa teringat masa mula-mula dia berkenalan dengan Afiq dikolej dulu. Abis saje diploma Fiyaa tidak berjumpa dengan Afiq. "Tengok tu.. Boleh sambung lagii berangan." Fiyaa terus berdiri sebelah mamanya.
"Maa Fiyaa ingat nak kerjalah. Dah 2bulan Fiyaa abiskan masa duduk rumah. Boring" Puan Hasnilam memandang anak bongsunya. "Elok sangatlah Fiyaa. Dari kamu abiskan masa kamu dekat rumah ni. Makan tidur makan tidur aje. Baik kerja" Fiyaa senyum dan terus membantu mamanya membasih pinggan.
No comments:
Post a Comment