Friday, 13 June 2014

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB5

     "Terima kasih, saya jual" Ramah Fiyaa melayan pelanggannya. Sekarang Fiyaa sudah pun bekerja disebuah butik baju. Sedar tak sedar, hampir dua bulan Fiyaa bekerja dibutik milik Puan Salmi, ibu kepada Suzzy. Fiyaa dilayan dengan baik sekali. Puan Salmi sudah anggap Fiyaa seperti anaknya sendiri. "Fiyaa, masuk bilik Acik sekejap." Fiyaa tidak membantah. Fiyaa masuk kedalam bilik Puan Salmi.

     "Ye ada apa acik panggil Fiyaa?" Puan Salmi menunjukkan kerusi di depan mejanya. Fiyaa faham dan pantas Fiyaa duduk dikerusi yang ditunjuk oleh Puan Salmi. "Acik nak bagi job untuk Fiyaa. Fiyaa kena outstation diPulai Langkawi dengan Perlis untuk amek stock baju dan kasut. Lagi satu, Fiyaa kena jumpa dengan rakan kerja Acik dekat Langkawi. But you dont worry about that. Acik akan bagi detail pasal tu semua, untuk memudahkan lagi kerja Fiyaa." Puan Salmi memberi sampul coklat yang berisi tentang dokumen-dokumen penting.

     "Fiyaa pergi sorang je ke Acik?" "Nope! You go with Suzzy. You guys kena pergi lusa. Acik dah booking hotel, flight and kereta sewa. So, Fiyaa tak perlu susah-susah lagi nak cari-cari hotel mana nak menginap." Fiyaa menggangguk. "Acik akan bayar gaji Fiyaa up lagi plus bonus." Fiyaa senyum saja. "Okay Fiyaa boleh sambung buat kerja."

     Fiyaa masuk kedalam toilet. Dengan spontan Fiyaa menari. Suzzy yang baru hendak masuk kedalam toilet. Terus ketawa. "Kau ni kenapa? Nyanyok ke apa? Nak bergelek dekat sini. Sakit perut aku ni ketawa je" Fiyaa malu. Merah padam mukanya. "Kau ni. Tak tau cerita dah nak gelak-gelakkan aku. Mood tengah happy ni. Hmm" Fiyaa buat muka merajuk. "Alaa aky tahu lerr. Kau kena pergi Langkawi kan? Eii poyo betul lah. Pasal tu je kau menggelek kt toilet?" Sinis Suzzy. "Aku mana pernah pergi Langkawi. Sebab tu aku excited!" "Lahh yeke? Alaa sorry beb aku mana tau. Eh jomlah kita shopping" Fiyaa yang sedang menggelap mukanya dengan tuala. Terus menoleh ke arah Suzzy.

     "Aku tak naklah. Aku nak save duit. Aku nak shopping dekat sana je." Suzzy menepuk dahinya. "Yak! Buat apalah aku nak shopping ek. Dah tentu pergi sana untuk shopping. Sengal aku ni" "Sedar pun!" Sempat lagii Fiyaa menjelir lidah pada Suzzy.

    Fiyaa dan Suzzy sudah pun berada didalam perut kapal terbang Malaysia Airlines. Tak sampai 10minit. Suzzy sudah nyenyak tidur disebelah Fiyaa. Fiyaa masih teringat dengan pesan mama dan Kak Ros "Adik jaga diri ye. Time kerja tu. Kerja je jangan nak main-main" Puan Hasnilam memeluk anak bongsunya dengan semahu-mahunya. Berat hatinya untuk melepaskan Fiyaa pergi ke sana.

     "Adik be carefull okay dekat sana. Kak Ros harap Fiyaa dengan Suzzy boleh jaga diri. Lagi satu, jangan lupa belikan pape untuk akak. Belilah apa-apa dekat Idaman Suri. Hehee" "Duit hulurlah" Selamba sajaa Fiyaa.

    "Beb! Kau tak ngantuk ke? Tidurlah. Nanti kau penat." Pujuk Suzzy yang separuh mamai. "Tak apalah.. Aku tak ngantuk." selepas beberapa minit kemudian. Akhirnya Fiyaa tertidur juga..

     Fiyaa dan Suzzy sudah selamat sampai dihotel pengginapannya. Esok mereka harus berjumpa dengan rakan kerja Puan Salmi. Kira harini freelah. Suzzy keluar ke balkoni biliknya. Suzzy melihat ada kolam renang. Fiyaa yang perasan Suzzy melihat kolam renang tadi. Terus menggangkat kening. Mereka berdua turun kebawah. Untuk mandi dikolam renang.

     "Haaa bestnya Suzzy! Dah lama tau aku tak main pool ni." Kelihatan Fiyaa sangat gembira."Tapi Fiyaa, bukan dulu kau tak pandai berenang ke?" "Memanglah tak pandai berenang. Sebab tu aku bawak kau masuk tempat yang tak dalam." Baru Suzzy perasan. Mereka masuk kolam yang tidak dalam. Paras-paras pinggang saja. "Alahh mana syok macam ni. Aku nak tempat yang dalam. Sini macam tempat budak-budaklah" "Alaa kau janganlah. Aku tak pandai berenang. Nanti kalau aku lemas?""Sini biar aku ajar kau berenang nak?"

     Pantas Fiyaa menggeleng. Dia takut. Kerana dia sudah banyak kali hampir lemas. Dan masa tu Fiyaa hampir mati kerana air banyak masuk kedalam badan. "Kau pergi jela berenang dekat tempat dalam tu. Aku tak nak. Tak berani, aku temankan kau dekat tepi je ea" Suzzy angguk sajaa. Tak ada guna Suzzy paksa Fiyaa.

     Fiyaa yang nampak stylo mengenakan baju t'shirt merah dan seluar panjang hitam. Dengan keadaan luar yang agak panas. Fiyaa memakai cermin mata hitam. Boleh cair lelaki yang memandangnya. Suzzy masih dalam kolam renang. Sesekali Fiyaa melihat kearah sekumpulan lelaki yang bermain bola dalam air. "Hm kan best kalau aku pandai berenang" "Tu lah kau. Aku nak ajar kau berenang tadi, kau tak nak" entah bila masa si Suzzy ni naik kolam. Fiyaa tidak lepas memandang lelaki yang berjalan kearah sekumpulan lelaki yang bermain bola tadi. Macam pernah nampak. Fiyaa terus melihat lelaki itu. Sesekali lelaki itu seperti perasan dengan pandangan Fiyaa.

     "Beb, pergi tandas jom. Aku nak basuh rambut ni." "Jom" Jalan ke tandas. Perlu lalu di sekumpulan lelaki tadi. Huhh jangan mereka kacau sudah. Fiyaa berjalan disebelah Suzzy. Tadi Fiyaa yang merenung lelaki tu. Kini giliran lelaki itu pula memandang Fiyaa. Gayanya seperti.... "Afiq.." Eh tak mungkinlahh. Afiq tak boleh ada dekat sini. Tak boleh! Fiyaa monolog dalam hati.

     Tiba-tiba, salah seorang dari mereka. Memanggil lelaki tu dengan nama 'Afiq'. Tak.. Tak mungkin lelaki itu Afiq. Lelaki tadi membuka cermin mata hitamnya sebelum dia terjun kedalam kolam. Ya Allah, memang itu Afiq. Afiq Hakim yang dibencinya! Kenapa dia ada dekat sini? Kebetulan? Takdir? Jodoh? Fiyaa terus berlari ke lif. Suzzy ditinggalkan. Fiyaa menangis didalam lif. Dia menangis semahu-mahunya. "Aku benci kau Afiq!!!!" Fiyaa menjerit sekuat-kuatnya... hinggalah pintu lif terbuka di tingkat enam. Fiyaa terus masuk kedalam bilik....
 
 

No comments:

Post a Comment