Suzzy terus membuka pintu apabila terdengar suara Fiyaa terjerit-jerit diluar. Dia takut Fiyaa terjadi apa-apa. "Ya Allah, Fiyaa kenapa kau ni? Afiq, Fiyaa kenapa?" Suzzy terkejut melihat Fiyaa didukung oleh Afiq. Dengan keadaan Fiyaa yang menangis-nagis. Lagi tambah kerisauan Suzzy.
"Boleh bagi I masuk? Kaki Fiyaa terseliuh dekat lif tadi" "Hahh terseliuh? Haa masuklah. Tapi Afiq tak boleh lamalah. Nanti apa pulak kata orang" Afiq tidak banyak cakap. Dia masuk dan terus turunkan dukungan diatas katil. Suzzy pula terus membuka minyak gamat dan sapu di kaki Fiyaa yang terseliuh. Mujurlah Suzzy tergerak hati untuk bawa minyak gamat tu. Kalau tak, em nasib kaulah Fiyaa. "Aghh!! Sakit! Sakitttt!!!" Airmata Fiyaa tidak henti-henti membasahi pipi. Afiq yang duduk disebelah Fiyaa mengelap pipi airmata yang berharga tu.
"Kau sabarlah wei. Sakit sikit je. Nak baik ke tak nak?!" Marah Suzzy. "Fiyaa tahan sikit ea. Kalau kaki tu dibiarkan. Makin teruk jadinya. Okaylah, I balik dulu. Tak sopan right masuk bilik perempuan." Afiq terus bangun. "Em awak." Afiq menoleh pada Fiyaa "Yes." "Fiyaa nak minta maaf dekat Afiq. Lagi satu terima kasih sebab dah tolong Fiyaa." Afiq hanya tersenyum dan terus keluar dari bilik Fiyaa dan Suzzy.
Sejak pulang dari menghantar Fiyaa. Afiq banyak berdiam dari bercakap. Dia terfikir, memang tidak sepatutnya dia paksa Fiyaa untuk sukakannya. Afiq nekad, dia harus pergi dari hidup Fiyaa. Dia rasa dengan kehadiran dirinya hanya akan menyakiti Fiyaa. Fiyaa berhak untuk memilih siapa yang dia suka. Afiq terus kemas barang-barangya. Dia harus pulang ke rumah papanya di Kuala Lumpur. Rumah di Jb hanya rumah sewa. Afiq sewa rumah diJohor kerana mahu membuktikan pada papanya yang dia juga boleh hidup tanpa duit dari papanya dan dalam masa yang sama, Afiq berlajar dikolej yang sama dengan Fiyaa. Tapi Afiq anggap itu hanya kisah lama. Afiq mahu menyambung ijazah diuniversiti di Kuala Lumpur saja. Dan dia nekad untuk melupakan terus Fiyaa.
"Mama tak salah dengar ke ni? Alhamdulillah. Mama rindu dekat anak bujang mama sorang ni. Nanti mama masak yang sedap-sedap untuk Fiq ye" Afiq dalam perjalanan pulang. Dia hanya menaiki bas. Kerana mahu menjimat wang. Cameranya dipegang. Sesekali Afiq cuba untuk tidak melihat gambar-gambar Fiyaa didalam cameranya. Afiq menyimpan banyak gambar Fiyaa. Hanya Fiyaa yang tidak tahu. Dia mula melihat gambar Fiyaa masa menjadi modelnya dikolej dulu. Teringat kenangan-kenangan indah bersama Fiyaa. Tapi itu semua sudah tidak diperlukan lagi. Kerana Afiq harus membuang nama Fiyaa dihatinya.
Suapan terakhir. Fiyaa sudah tidak tahan untuk muntah. Fiyaa tidak pernah macam ni. Takkan lah pasal Fiyaa terseluih tu Fiyaa terus demam? Ish tak mungkin. "Suzzy, dah nak maghrib ni. Afiq tak tengok aku ke?" Suzzy hanya tersenyum. "Hai cik Fiyaa kita ni dah mula rindu ke dekat En Afiq." Mereka berdua sama-sama tergelak.
Sudah hampir dua hari Fiyaa tidak nampak Afiq. Fiyaa mula rasa tidak sedap hati. Entah kenapa tiba-tiba Fiyaa mula rasa rindu pada Afiq. Fiyaa kecaunter hotel "Maaf cik. Saya nak tanya En Afiq Hakim dah check out ke?" "Sebentar ye cik. Saya tengok dulu" Fiyaa hanya mengangguk. "Em cik, ramailah nama Afiq yang dah check out. Dua hari lepas ada En Afiq Hakim yang sudah check out. Em mungkin Afiq ni rasanya" Fiyaa bagaikan tidak percaya. Tak kanlah Afiq tinggalkan dia macam tu je?
Fiyaa sudah pun sampai dirumah kak Ros. Sepanjang perjalanan ke rumah Kak Ros Fiyaa asyik memikirkan tentang Afiq. Kenapa Afiq pergi macam tu saje? Apa motif dia? Fiyaa terus masuk ke dalam bilik. "Kenapalah bila hati aku dah terbuka luas untuk kau. Kau pergi macam tu aje. Malang betul nasib aku" Fiyaa terus baring. Dia letih sangat-sangat.
Fiyaa sudah siap untuk pergi kerja. Macam biasa. Fiyaa akan menyalam dan cium kakak kesayangannya. Fiyaa tenang saje memandu kereta. Sudah seminggu Afiq menghilangkan diri dari Fiyaa. Fiyaa tabah mengharunginya. Hujung minggu ni Fiyaa mahu pulang ke Johor. Mahu jumpa mama dan ayah. Sudah lama dia tidak berjumpa. Sambil-sambil tu, Fiyaa mahu mencari ketenangan di sana.
"Anis ni you tolong coverkan untuk Fiyaa ye. Fiyaa lambat masuk kerja harini." Suzzy menyuruh pekerjanya membuat kerja Fiyaa. Kebelakangan ni Suzzy perasan cara Fiyaa lain sangat. Tidak seperti dulu. Sekarang Fiyaa banyak berdiam dari bercakap. Persoalannya, kenapa Fiyaa jadi seperti itu?
"Assalamualaikum.. Mama.. Fiyaa dah balik ni." Fiyaa masuk kedalam rumah. Dia tidak sabar untuk berjumpa mama dan ayah. Tapi orang lain yang dia jumpa. Kak Safyy. "Waalaikumusalam.. Ingat pula jalan ke rumah ea? Ingat kau dah syok duduk dekat KL sampai lupa tempat asal kau dekat sini" Pedas betul kata-kata Safyy. Fiyaa hanya diamkan diri. Dia tidak mahu bergaduh. Tujuan dia datang ke sini untuk berjumpa dengan mama ayah. "Mama mana kak?" "Lain aku tanya, lain kau jawab ea?" Safyy sudah pandang adiknya atas bawah. Fiyaa sudah lain. Makin bergaya. "Tak apa lah kak. Fiyaa naik atas dulu."
"Fiyaa tambah lagi. Mama masak lauk sedap-sedap ni untuk Fiyaa. Makan ye?" Puan Hasnilam tidak letih melayan kerenah anak-anaknya. "Cukuplah maa, penuh dah perut Fiyaa ni." "Haa Fiyaa. Tak lama lagii dah nak sambung ijazahkan? Barang-barang semua dah beli" Fiyaa letih sebenarnya. Kalau boleh dia malas nak sambung ijazah. Tapu demi mama ayah. Dia harus juga tunaikan hajat orang tuanya. Lagipun, ini untuk masa depannya.
Keadaan bilik Fiyaa begitu sunyi. Tambah pula dengan suis lampu ditutup. Fiyaa mahu berehat. Seharian memandu kereta. Kakinya juga terasa lenguh. Sebelum tidur, Fiyaa memang membiasakan basuh kaki, muka, dan paling penting amalkan baca ayat kursi sebelum tidur. Tidak lama lepas tu, Fiyaa sudah lena dibuai mimpi.
No comments:
Post a Comment