Friday, 13 June 2014

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB4

     "Adik drive elok-elok ea. Nanti kirim salam dengan kak Ros. Pujuk-pujuklah dia tengok mama dekat sini. Mama nak jumpa cucu-cucu mama." Mata Puan Hasnilam sudah berkaca. Pantas Fiyaa memeluk mamanya. "Maa.. Janganlah sedih. Nanti Fiyaa cakapkan ye maa.." Pujuk Fiyaa..

     Hanya dendangan laguu diradio yang menemani Fiyaa. Fiyaa menunaikan solat asar di perhentian Nilai. Sambil tu. Fiyaa sempat menelefon Puan Hasnilam. Bukan apa, mamanya tu risau. Dah lah pergi sana sorang-sorang. "Assalamualaikum, Fiyaa dekat hentian Nilai ni. Mungkin malam sikit sampailah rumah kak Ros." "Waalaikumusalam, Fiyaa kalau mengantuk ke lapar ke. Berhenti tau. Mama risau." "Alahh mama ni. Pandailah anak kesayangan mama tu jaga diri. Buat apa mama nak susah-susah fikir pasal dia." Celah Safyy.

     Sedikit pun tidak ada perasaan risau pada adiknya. Fiyaa yang mendengarnya. Sedaya upaya untuk menahan rasa sebak. "Okayh maa.. Fiyaa nak gerak dah ni. Mama jaga diri. Okay maa byee." Terus talian dimatikan. Bulat mata Puan Hasnilam memandang Safyy. Perangainya semakin menjadi-jadi. "Kamu ni makin lama mama biarkan, makin menjadi-jadi! Dia tu adik kamu tau Safyya! Kembar kamu! Bukak biji mata tu besar-besar! Kamu tu adik beradik! Sedih tau mama tengok kamu berdua macam ni" Puan Hasnilam terus naik ke atas. Safyy pula buat muka selamba saje. Dalam masa yang sama. Safyy rasa puas. Sebab si bebal Fiyaa tu tak ada dekat rumah.

     Telefon rumah berbunyi. Safyy terus menggangkat "Hello, nak cakap dengan siapa?" "Fiyaa ada tak?" Safyy amat menggenali suara ini. Ini suara Afiq! "Fiyaa tak ada, ni siapa ye kalau saya boleh tahu?" "Saya kawan Fiyaa. Boleh saya tahu Fiyaa kemana ye?" Safyy sudah buat muka malas.  "Fiyaa tak ada. Dia pergi Kl. Eh kalau call setakat nak tanya pasal Fiyaa. Boleh tak call nombor dia je! Serabutlah!" Afiq pelik. Ini mesti Safyy, kembar Fiyaa. Teruknya peranggai. Afiq menggeleng-geleng kepalanya. "Oh okay. Sorry ganggu" terus talian di matikan. Lagi panas Safyy.

     "Assalamualaikum.. Kak Ros.." pintu rumah kak Ros dibuka oleh seorang anak kecil. Siapa lagi, pasti anak kak Ros, si Lea. Fiyaa terus dukung Lea. Kak Ros pula senyum sahaja. "Eh Fiyaa. Sini-sini masuk. Alaa siann adik kakak sorang ni."

     Fiyaa bersalaman dengan kakaknya. "Safyy tak ikut sekali ke Fiyaa?" Fiyaa serba salah dibuatnya. Bukan dia tak mahu ajak si kepala angin tu. Tapi kalau ajak pun. Bukan dia nak. "Safyy ada hal. Lagi pun Fiyaa duduk sini dalam seminggu. Kebetulan Fiyaa dah dekat sini. Fiyaa ingat nak jumpa ex roommate Fiyaa dulu." "Laa macam tu pula? Iyelah. Rumah kawan adik dekat mana? Jauh ke dari sini?"

     "Fiyaa lupalah kak. Tak silap area Kajang. Nanti Fiyaa call dia dulu." "Iyelah fiyaa. Fiyaa rehatlah dulu dekat bilik biasa tu. Kakak dah kemaskan dah. Nanti kalau lapar turun tau. Buat aje macam rumah sendiri. Lagi pun Abang Fadhli tak ada." "Yes bos. Abang Fadhli pergi mana pula tak balik?" tanya Fiyaa pelik. "Eh adik lupa ke. Abang Fadhli kan pilot. Mana nak melekat dekat rumah." Kak Ros sudah memuncungkan bibirnya.

    "Sampai hati Fiyaa pergi Kl tak bagitahu Afiq.
 Lepas tu berhenti kerja. Apa ni Fiyaa? 
Kalau Fiyaa tak boleh nak terima Afiq.
 Its sokay. 
Afiq masih boleh tunggu Fiyaa."

  Fiyaa mendapat masej dari Afiq. Hm nak apa lagilah kau ni. Stress aku! 


"Im sorry." 
      Ringkas Fiyaa membalas. Lima minit selepas Fiyaa menghantar masej. Afiq call Fiyaa. Dia tidak berpuas hati dengan tindakan Fiyaa yang agak kebudak-budakkan. Fiyaa malas nak menggangkat panggilan dari Afiq. Fiyaa nekad untuk lupakan Afiq. Memang Fiyaa dah maafkan Afiq. Tapi kerana ego. Fiyaa menafikan perasaan suka pada Afiq.

     Dekat 30missed call. Fiyaa masih membatukan diri. Melihat pemandangan malam di bandar Kuala Lumpur. Fiyaa berharap semua ini dapat berakhir dengan cepat. Fiyaa sanggup membawa diri. Bukan di Malaysia saja. Di luar negara pun Fiyaa sanggup. Dulunya perasaan sayang kepada Afiq sangatlah tinggi. Tapi sekarang... Hanya tuhan saja yang tahu.

     Fiyaa baru teringgat. Dia harus menelefon kawan lamanya semasa belajar dikolej dulu. Fiyaa terus mendail nombor Suzzy. "Yes, Suzzy bercakap. Siapa ni ye?" Fiyaa sudah ketawa terbahak-bahak. Kelakar pula si Suzzy ni. "Em kau dah buang nombor aku ke Suzzy?" dengan nada suara yang sangat lembut. "Haa siapa ni?" "Akulah Fiyaa!" "Hahhh Fiyaa? Hafiyaa Ahmad Aris?!" "Iyee lerr" Suzzy terus melompat-lompat. Nasiblah badan kecik. Kalau debab. Em mahu tekehel kaki tu nanti. "Ya Allah Fiyaa, rindunya dengan kau. Whats up? Macam mana life kau sekarang? Ada baik?" "Baik. Aku dekat rumah kak Ros ni. Kau bila free? Nak jumpa. Rinduuuuu" Suara Fiyaa yang manja membuatkan Suzzy semakin rindu pada Fiyaa.

     "Yeke beb? Lahh bolehlah jumpa. Aku bila-bila je free. Kau datang je kedai aku. Tak jauh dari Bangi tu. Dekat Kajang. Kau tahu tak?" Soal Suzzy. "Aku tahu Kajang. Tapi Kajang tu bukan kecik . Mahu sesat aku nanti." "Oh kira kau tak tahulah ni?" "Tak" pendek saja ayat Fiyaa. "Tak tahu bukaklah google map. Zaman sekarang ni. Em dah canggih." "Kau ni. Betul-betullah! Aku tak datang kang" Rajuk Fiyaa. "Alalaa janganlah. Senang biar aku datang rumah kakak kau jela. Biar aku amek kau. Nanti balik aku hantarlah. Okay deal?" "Deal! Nanti aku sms alamat.

     Okay nak tidur. Abis kreadit aku" Fiyaa terus merebahkan badannya diatas tilam single. Huhh hilang semua lengguh-lengguh. Tidak lama lepas tu. Fiyaa sudah dibuai mimpi....

No comments:

Post a Comment