Friday, 13 June 2014

EydaSher's : DIA SEGALANYA BAGIKU - BAB6

     Fiyaa tidak selera untuk makan malam. Harapan Fiyaa untuk bekerja sambil cuti telah musnah. Mana tidaknya. Baru petang tadi dia jumpa Afiq di kolam. Kalau macam tu, mesti Afiq mengginap hotel yang sama. "Hmm aku kenyanglah. Aku naik bilik dulu lah Suzzy." Fiyaa baru sahaja mahu banggun. Pantas Suzzy memegang tangannya "Kau kenapa ni? Lain je aku tengok kau. Dari petang tadi. Kenapa wei? Ceritalah dekat aku. Apa guna kita berkawan kalau kita tak nak meluahkan sesuatu perkara yang boleh menyebabkan tekanan" Pujuk Suzzy lembut. "Kau betul nak tahu?" "Ye nak." "Kalau macam tu, jom naik atas. Dekat sini susah." " Okayy, but boleh tak kasi aku abiskan makanan ni dulu?" "Boleh Suzzy. Lincah sikit" Di hujung-hujung ayat yang agak kasar. Fiyaa meneguk air jus oren yang dipesan tadi.

     Tanpa Fiyaa sedari. Afiq dan kawan-kawan sudah pun duduk di sebelah meja Fiyaa. `Eish inilah lelaki. Duduk ramai-ramai macam tu nak kasi gempak je. Err si Suzzy ni lambat pula abiskan makanan. Mata aku dah berbulu tengok si Afiq tu pakai baju pink. Err macam pondan je.' Maki Fiyaa dalam hati. "Kau boleh cepat tak Suzzy? Jangan aku tinggal kau gituu je tau. Aku penat ni." Suzzy pandang pada wajah teman baiknya "Kau naiklah dulu. Aku lapar lagii." "Kau jangan nak menggatal ea. Aku tunggu kau dah nak dekat 15minit tau!" Marah Fiyaa. Afiq curi-curi pandang pada Fiyaa.`Makin cantik, makin bergaya, makin comel dan.... Makin kurus? Fiyaa kurus bukan sebab aku kan? Manalah tahu dia asyik menangis. Lepas tu badan asyik susut je. Aku kena minta maaf dengan dia. Aku kena settlekan masalah aku dengan dia. Aku tak nak Fiyaa bermasam muka dengan aku.

     "Bro! Pehal kau diam je ni? Teringat awek dekat KL ke? Si Iffah? Ke si Jieha?" Afiq senyum sinis. "Tak ada maknanya. Kau taukan test aku macam mana? Takkan sekali pun aku rindu perempuan macam tu. Sosial sana sini. Dia tu aku anggap kawan je." "Rileklah. Aku gurau je." Afiq terus makan. Malas nak layan si Amran. Buat sakit hati aje. "Peh awek siot. Fiq, tu hahh nampak tak ada awek depan meja kita." Amran memuncung-muncung mulut ke ke arah Fiyaa dan Suzzy.

     Suzzy menggeluarkan baju untuk dipakai esok. Fiyaa pula asyik membisu sajaa. Suzzy hairan. "Fiyaa, tadi kau kata nak ceritakan dekat aku?" Fiyaa memandang Suzzy dengan riak muka yang penat. "Tak ada moodlah nak cerita." "Peh... Okay takpe" Suzzy mencampak baju yang dipegang tadi. Geram Suzzy melihat Fiyaa yang keras kepala. "Okay aku cerita. Sinilah" Suzzy terus duduk sebelah Fiyaa.

     Setelah Fiyaa menceritakan tentang semuanya. Barulah Suzzy tahu, kenapa Fiyaa tiba-tiba tak ada mood. Suzzy kenal sangat dengan Afiq budak photography tu. Dulu dikolej, Afiq sangat dikenali dan sangat digilai ramai pelajar. Tapi Suzzy puji dengan kesombongan dia. Dia tidak melayan mana-mana perempuan. Kecuali melibatkan tentang belajar. Dulu masa Fiyaa kenal dengan Afiq. Itu pun sebab Fiyaa tersalah memanggil orang.

     Fiyaa mahu memanggil budak classnya. Tapi boleh pula tersalah panggil orang. Di situlah mulanya perjalanan hidup Fiyaa dan Afiq. Sejak Fiyaa rapat denga Afiq. Ramai pelajar perempuan yang iri hati pada Fiyaa. Termasuklah Safyy, kembar Fiyaa. Sejak Fiyaa dan Afiq rapat. Safyy tidak berputus asa untuk menggoda Afiq. Tapi cinta Afiq dan Fiyaa sangat kuat. Afiq tidak memandang mana-mana gadis, kecualu Fiyaa. Sehingga harini, Fiyaalah dihati Afiq.

     "Suzzy cepatlah. Dah pukul berapa ni. Nak cari jalan lagi. Nak sarapan lagi. Nak shopping lagi. Eii Suzzy cepatlah!" Bebel Fiyaa. "Kau ni kan. Dah layak sangat kawin. Orang kalau selalu bebel ni. Memang ciri-ciri orang dah nak kawin. Hahaha" Fiyaa terus mencubit pipi Suzzy. "Janganlah wei. Tak sedia lagi aku nak kawin. Banyak lagi benda yang aku nak buat before kawin tau" Mereka berdua tergelak-gelak didepan bilik. Fiyaa dan Suzzy sudah menggatur langkah untuk turun kebawah. Mereka perlu cepat. Kerana hari ini, mereka harus berjumpa dengan rakan kerja Puan Salmi.

     Selepas berjumpa dengan Encik Latif. Suzzy dan Fiyaa ingin beli barang pinggang mangkuk di Idaman Suri, Kuah Langkawi. Fiyaa tenang sajaa memandu kereta sewa yang sudah dibooking Puan Salmi. Fiyaa mahu membeli set pinggan mangkuk dan apa-apa sahaja yang melibatkan dapur untuk diberi pada mama dan kak Ros. Pasti mereka suka.

     Fiyaa teringat waktu dia ingin ke paking kereta. Dia terserempak dengan Afiq. Kalau Afiq saja, mungkin Fiyaa tak kesah. Ini dengan kawan-kawannya pula. Rimas Fiyaa. Masa tu boleh pula salah seorang kawan Afiq menghalang jalan Fiyaa dan Suzzy. Fiyaa takut masa tu. Takut sebab muka kawan Afiq tu garang. Ada parut kecil dekat hujung dahi kiri. "bro, janganlah kacau." Afiq cuba menyelamatkan Fiyaa. Fiyaa apa lagi. Terus jalan laju-laju menuju ke kereta.

     Dalam hati Afiq rasa lega kerana Fiyaa selamat. Afiq telah berjanji, dia tidak mahu Fiyaa apa-apa yang buruk terjadi pada Fiyaa. Dia mahu melindungi Fiyaa. Walau apa pun caranya. Afiq tetap ingin melakukannya. Kerana Fiyaa adalah segalanya bagi Afiq..

No comments:

Post a Comment